nuff nang

Thursday, November 4, 2010

Teka Teki Teka Tekuk…

Hehe..bila dah online, tak dinafikan pelbagai informasi  dan sumber boleh kita perolehi..semalam, saya saja menggoogle perkataan ‘ teka teki’…haaaa…maka berderetlah senarai koleksi teka teki..yang banyaknya dalam versi bahasa melayu. Wah, kreatif rupa-rupanya orang kita ni kan. Kadang-kadang macam tak percaya saja, mereka yang mereka-reka teka teki ni boleh come out with such a great ideas. Dan teka teki ni selalunya sinonim dengan humorous effect…bila berhempas pulas mencari  jawapan, tapi gagal…bila dah tahu jawapannya, selalunya saya akan pasti akan tergelak-gelak sendiri..kadang kala gelakkan jawapannya yang kelakar dan tak diterima akal, kadang kala menggelakkan diri sendiri yang tak berapa pandai nak menjawab..nak-nak, kalau soalan teka teki itu diutarakan oleh anak-anak saudara sendiri…malu woo..ngeeee ;p

Tahu tak..saya ni kan..sebenarnya suka baca teka teki…dan kalau ada ternampak teka teki…mesti saya akan berfikir jawapannya semampu boleh..tak kira la logic atau tidak, mesti saya akan cari jawapannya… geng sekutu saya, adalah dua orang anak saudara perempuan saya, fatin dan nurul.
So, di bawah ini, ada beberapa teka teki yang pada saya mencuit hati…tersenyum-senyum saya sendirian..lupa sebentar segala masalah..tak salah jika cara ini mampu untuk membaikpulih mood dan emosi kita kan ketika itu..

haaa….in case kalau ada yang bertanyakan soalan-soalan teka teki berikut, pasti kita boleh ‘eksen’ kerna dah tahu jawapannya..koleksi ini, saya dapat dari ‘Family Azam Dot Com ( surf lah nanti ya ). Soalan teka teki di bawah ini saya hanya pilih yang mencuit hati saya saja.. Jadi, kalau anda mahu lebih, silalah bertanya kepada ‘ Mister Knows Everything = Mr. Google’ ya.

-          Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
: Penguin

-          Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
: Stokin tu basah lah....

-          Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
: Telur

-          Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)

-          Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
: Aku berjalan secara mengundur!

-          Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

-          Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

-          Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
: Tapak kaki kitalah.

-          Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

-          Apakah yang berada diantara langit dan bumi.   
: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"

-          Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....

-          Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
: Buang tebiat

-          Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!

-          Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?            
: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...

-          Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?               
: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?

-          Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.


-          10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?               
: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

-          Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?  
: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.

-          Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.
: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim.
  3- Alhamdulillah.

Heh, apa lagi..jom kita berteka teki teka tekuk..tak dapat, eden lekuk ( ok, tipu!  part lekuk, saya tak sampai hati nak buatlah ).

Bubbye!

No comments:

Post a Comment