nuff nang

Saturday, November 13, 2010

Refleksologi kaki

Assalamualaikum.

Niat di hati ingin memperlengkapi lagi ilmu mengenai refleksologi kaki. Ya lah, kalau ilmu kesihatan dan kecantikan ni, saya memang suka ambil tahu. Nak-nak kalau dah diri sendiri yang sakit, tahu jugalah mana nak tuju kat badan ni. Almaklumlah, kita kan bujang trang tang tang..tiada yang mahu picitkan..sob sob sob…teettttt…ok, back to the topic ;p

 Bukan apa, almaklumlah, kalau dah tahu ilmu ni nanti, confirm ramai yang mahu tadah kaki pada saya tuk di praktik kan. Time tu, ada sakit kepala , yang sakit kaki lain, yang sakit tengkuk, bla bla bla… Bak kata orang dulu-dulu, kebanyakan penyakit dalam badan kita ni, boleh disembuhkan di bahagian kaki. Wallahualam..saya masih dangkal ilmu untuk mentafsir kenyataan itu.

Ok sambung cerita, kiranya semua penyakit lah keluar time mahu menadah kaki tu. Contoh terdekat, sudah semestinya, ahli keluarga saya lah, siapa lagi. Tapi saya tak kisah, ‘apedehal’ kan…tak reti-reti nak belanja makan lepas tu…hehe ;p baik punya marketing strategy..hikhik..

Sebagai permulaan, mari kita mengkaji gambar kaki ini dulu.. fahamkan bahagian-bahagian di tubuh kita yang Cuma terletak di tapak kaki kita ini. Yalah, tubuh kita ini saling ‘link’ urat sarafnya dan segala bagai. Sebagai nasihat, jangan la pandai-pandai godek kaki tu sendiri, kalau kurang ilmu di dada ok. Nanti lain penyakit pula jadinya.



Ok, tak faham…kita ‘tube awak’ pula..








Ok, blur-blur lagi kan..moh lah isi boring, pergi kursus refleksologi ya.. bila nak pergi kursus tu? Entah bila lah…tak apa, yang penting niat sudah ada…ok, buat sementara, saya dah khatam ‘tube awak’ mengenai refleksologi  ni, ada sesiapa nak tadah kaki. ‘Ada beran’ ? kuang kuang kuang!

Dah,bye!

No comments:

Post a Comment