nuff nang

Tuesday, November 30, 2010

01.12.2010

Assalamualaikum.

dalam beberapa ketika saja lagi, masa bakal beransur ke hari baru. ianya bermaksud kita juga bakal melangkah ke bulan baru, iaitu disember 2010.

hmm..sekejap saja rasa, dah nak sampai akhir tahun..Alhamdulillah, masih lagi kita diberi peluang olehNYA untuk terus bernafas lagi sampai tika ini.

dalam tempoh hampir setahun ini, walau pun rasa sekejap, macam-macam perkara dah berlaku pada kita dan manusia sekeliling. same goes to me. jasad dan mental ini juga tidak terlepas untuk melalui kehidupan yang pahit, manis, kelat, jerih  dan masam masin, semuanya saya dah lalui untuk tahun ini. tak payah lah, nak ulas lebih-lebih pasal itu semua. malas saya nak beremosi untuk bercerita pasal itu. letih juga, setiap hari kita dicop muka 'emosi' kan. well, i am just being my own self, take it or leave it ok people!

waimanya, masih lagi saya 'survives' dalam percaturan hidup, walaupun adakalanya dah 'acup-acup' kelemasan tenggelam timbul dek arus hidup. Alhamdulillah, mungkin juga kerna saya pernah terbaca dan terngiang-ngiang dalam otak dan minda ini akan satu sabda Rasulullah, 'bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam.' jadi, itu lah pegangan saya, walaupun ada ketika saya pun terlupa akannya, well, saya juga manusia biasa seperti kamu semua.

jarang sekali entry-entry saya selama ini, saya menulis panjang-panjang dalam blog, most of it, saya just share ( copy and paste ) and then ada juga saya set it as pictorial entry. well, malam ini, itu mood menulis, ada mari lah..huhu..sila lah baca sampai lebam..teehehe..

baiklah, pengharapan saya pada bulan baru, bulan terakhir 2010 ini, masih lagi sama. secara umumnya, tidak lah saya meminta lebih, malah tidak juga meminta kurang..As long as Allah masih memberi peluang untuk saya terus bernafas, bagi lebih mentaatiNYA dan juga teruskan kehidupan seharian untuk memenuhi tuntutan kerja dan keperluan fungsi keluarga, Alhamdulillah for that. Thank You Allah!

jangan dihitung sangat hari mendatang kerna masa tetap akan berjalan, umur pun makin meningkat, tanggungjawab pula makin besar,resolusi yang tak tercapai segera usahakan.hidup pula sudah pasti makin hectic lagi complicated hasil garapan kita sendiri.amal dan tabiat? itu sendiri fikirkan lah ya.

ulang tayang quote :

"goodbye november and all those sad thingies happened previously..

hello december, please do be good to me..
"


p/s : semalam saya telah belajar satu lagi quote dari seorang rakan. quote nya begini  "good, better, best.... dont rest until your good is better, your better is best". faham maksudnya? fikirkan sendiri, tak faham, tanya lah pada yang tahu ya. ( diulangi, yang tahu ya, bukan yang 'berlagak' tahu mahupun 'purak-purak' tahu ) ;p

 sekian! :)

No comments:

Post a Comment