nuff nang

Tuesday, February 22, 2011

awak sayang saya tak?

pssstt...awak...

ya, awak lah yang tengah baca entry saya ni....

awak kata, awak sayang saya..kalau sungguh bagai di kata..apa kata buktikan nya..

hikhik! apa kata awak klik iklan kat sebelah kiri awak tu...ala....iklan heart beat tu...awak klik lah sampai lebam..hehehe..

dah,saya nak bagitahu tu sahaja..

nak titon dah ni...Assalamualaikum :)

Saturday, February 19, 2011

Solat Istikharah

Assalamualaikum.

Straight forward, sebenarnya saya kurang faham dengan tata cara untuk menunaikan solat ini. naifnya saya, saya lupa akan fungsi sebenar akan solat ini, sehinggalah pada satu hari, saya menceritakan kekeliruan saya pada masalah peribadi yang saya hadapi kepada salah seorang kawan saya di FB, dia nasihatkan saya untuk tunaikan solat ini, dan mohon petunjuk dari Allah.

difahamkan, solat ini dilakukan dengan tujuan untuk memohon Allah berikan kita petunjuk atas keraguan mahupun kekusutan yang berlaku atas diri kita. Tapi jangan pula, kita expect dengan sekali solat sahaja, Allah akan berikan petunjuk pada kita. Haruslah ia, kita laksanakan dengan sabar dan istiqamah serta berulang kali.

Menurut pembacaaan saya, solat ini tergolong dari jenis solat sunat di mana ianya dilakukan dalam 2 rakaat. Nilainya sangat besar apabila kita merukuni nya, iaitu sebesar nilai apabila kita melakukan Solat Dhuha.  Maaf lah, jika fakta saya ini salah, kerna saya pun tahu dari pembacaan di sebuah blog berkenaan dengan solat ini. jika saya salah, anda yang membaca, sudi-sudikan lah untuk membetulkan saya, jadi kita boleh sama-sama manfaatkan ilmu Allah ini.

Dalam melakukan solat ini, bersedia lah untuk menghadapi keputusan nya. Jangan takut untuk menghadapinya, kerna keputusannya mungkin tidak seperti kita harapkan. Saya pernah terbaca pada satu kenyataan, kita haruslah lakukan ia sehinggalah kita dapat jawapannya yang pasti. Kalau kita terus ikut dengan apa yang kita harapkan, mungkin juga ianya molek untuk dalam jangka pendek sahaja. Tapi bagaimana pula untuk jangka masa yang lebih panjang?  Allah itu Maha Mengetahui, bila kita did it continuously, dan sudah di hidayahkan dengan petunjuk, kita redha lah ya dengan sebarang kemungkinan.

Entry ini tidak lain juga, sebenarnya untuk self note diri sendiri, selain itu, dapat juga saya berkongsi pada mereka yang sudi. Jika ada keraguan lebih akan persoalan solat ini, maka tanyalah pada yang lebih arif ya…

Cara-cara
Slightly the same dengan Solat Subuh, Cuma niatnya berbeza. Ia dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Solat ini tidak perlukan azan atau jemaah kerna ia bersifat persendirian, antara kita denganNYA. Sangat  baik andai ia dilakukan sesudah lewat malam dalam suasana sunyi, agar InsyaAllah kita lebih baik penghayatannya dan juga lebih khusyuk.

Ada juga persoalan yang mengatakan, boleh kah ia dilakukan pada waktu siang? Maaflah jika silap, tapi menurut pembacaan saya, ianya boleh dilakukan pada waktu siang, tapi diharamkan pada waktu antara Solat Subuh sehingga waktu Solat Dhuha dan juga selepas Solat Asar.

Niat :
“ Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala” :
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala


Rakaat pertama-Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

·         Satu lagi info, ketika kita bersujud dalam rakaat terakhir itu, kita haruslah membaca tasbih  / selawat dan “Subhanakala ilmalana illama alamtana innakaantal alimul’akim”  sebanyak 40 kali berserta niat apa kita mahu itu.

Berkenaan dengan doa istikharah itu, jika kita mahu berdoa dalam bahasa melayu pun boleh ( refer erti doa tersebut ).  Ianya antara kita dan Allah sahaja. Ianya lebih penghayatan dan sepenuh hati dalam kita berdoa kerna kita lebih memahami maksudnya dan boleh meluahkan dengan lebih baik.

Kalau dilihat pada doa yang saya paste kan di atas, pasti ada perasan simbol  ( *** ) kan, disitu lah kita selitkan permohonan doa atau pun masalah kita.

InsyaAllah, saya pun masih merangkak lagi, sudi-sudikan lah tegur saya, jika salah ya. saya pun mahu belajar..


Friday, February 18, 2011

failure


CPR please! hadoi...dari tahun lepas,sampai lah sekarang...tray ni,memang tak ada petunjuk nak surut...lagi mencanak naik hado!

ini baru kerja failure of filing, belum masuk lagi bab kerja-kerja pentadbiran yang dah terperam pending memanjang....priority everyday, kerja-kerja yang kena submit urgent...dan juga bla bla bla ( tanda malas nak cerita la ni ). ahh, kerja dah tak organize langsung..pity me!nasib baik, gaji pekerja-pekerja bayar punctual and in accurate amount setiap bulan...kalau tidak, haruuuu...

ya ampun, all i need now is just to have, one fine day, yang tak ada gangguan langsung, untuk settle all my pending tasks, filing accordingly..bla bla bla..harus curi waktu itu a.s.a.p...

apa motif entry ini? saja, nak tunjuk yang diriku memang sangat busy body hokay. however, all i wanna do now is to zzzzzzzzzzzzzzzzz......

night...Assalamualaikum...

Tuesday, February 15, 2011

Pesanan Baginda

credit to : www.iluvislam.com

Assalamualaikum,

berikut merupakan beberapa pesanan terakhir Baginda, Nabi Muhammad SAW pada khutbah terakhirnya di Gunung Arafah pada tahun 10 Hijriah.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

 

Monday, February 14, 2011

Antara Maulidur Rasul dan Anuar Zain

Assalamualaikum..

heh, propa saja tajuk tu..hehe..

Salam Maulidur Rasul semua. Ayuh kita sama-sama spending a minute or two, if we could, untuk berselawat ke atas Nabi. basahkan lidah kita untuk menyebutnya sebagai tandai memperingati Baginda. harus kita selalu memperingati, khususnya juga pada hari ini.

Second, Selamat bercuti pada yang bercuti....Enjoy your holiday yeah..syok-syok bercuti tu, jangan lupakan daku yang harus bekerja untuk mencari rezeki pada esok hari..sobs..

last, Happy Birthday kepada 'kekasih tak jadi ku', Anuar Zain ( bajet kononnya Anuar Zain baca lah blog ni kan. lol ;p ) ahakz...ni, yang nak nyanyi lagu 'Wanita Ini' ( original version : Lelaki Ini ).

ok, dah, nak tidur..

Assalamualaikum..

thank you for spending time reading this 2 cents entry :)

Saturday, February 12, 2011

Kisah Sebatang Pokok Epal

Assalamualaikum,

 jika saya copy dan paste, itu tidak bermakna saya ini blogger yang dungu tidak tahu menulis, apatah lagi dasar pemalas.( tapi kalau ada yang berkata sedemikian rupa juga, apakan daya saya, kubur lain-lain kan ). cuma, seperti yang saya katakan pada salah satu entry terdahulu, blog isn't all about writing..yang pastinya jika saya copy and paste tu, ada yang saya mahu kongsikan bersama anda semua..jika anda sudi...

takkanlah, setiap kali nak update nak cerita luahan hati, 'tembak' dan caras orang sana sini. owh, maaflah, di dalam kawalan sedar saya, saya tak mahu tambah koleksi dosa free...

ayuh, baca cerita di bawah ini. moga kita dapat pengajarannya. tujuan saya paste di sini, bukan nak 'tembak' sesiapa atau nak bangga diri dengan self-claim diri ini baik. selain untuk dikongsi, ianya juga untuk self note diri sendiri yang kadangkala leka, alpa, dan ego...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
source :  www.iluvislam.com


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "

Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya," pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.

Mereka berdua menangis kegembiraan.

Cerita ini dipaparkan untuk mengajak semua untuk berfikir tentang pengajaran yang dapat diambil di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang digambarkan di dalam cerita di atas adalah anologi kepada kedua ibu bapa kita. Kita dapat lihat daripada cerita di atas, jika kita memerlukan bantuan, kita akan mencari ibu dan ayah kata. Selepas mereka membantu kita, kita selalunya tinggalkan mereka dan tidak ambil kisah tentang mereka. Mereka (ibu bapa) sentiasa mencari jalan untuk membantu anak-anak mereka, namun ramai anak di luar sana yang tidak mengenang budi malah menderhakai mereka. Fikirkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mereka mungkin tidak sesempurna mana, mungkin juga tidak sebijak diri kita 'kononnya', apatah lagi benar juga mereka tidak sentiasa betul pada telahan kita. But believes me, mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita. cuma kita sebagai anak sahaja kadangkala ego, buta hati, pentingkan diri sendiri tak mahu mengakuinya...so, kamu anak yang bagaimana? Allah SWT sudah anugerah kan kita dengan akal fikiran, InsyaAllah berfikirlah kita dengan waras....
~thatfairlady~

Friday, February 11, 2011

sombong kah aku?

source : www.iluvislam.com

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.

Wednesday, February 9, 2011

kap.alif.ha.wau.ya.nun!

source : www.iluvislam.com 

It was at night after we enjoy watched a Chinese film at cinema. My two friends and I spent some time at Kuala Lumpur City Center(KLCC)'s garden.

We didn't expect that the film will finished early. It was around ten o'clock.

As the night still early, we decided to get some relax for a while before we took the LRT and went back to our campus - International Islamic University Malaysia (IIUM).

We had discussed a lot of things and as a Muslim that still youth we cannot run from having a discussion about marriage.

Who doesn't want to get married, to have the beloved one who always close to us, having cute babes that we will nurture them to be a good person?

For a normal human being, I believe most people have these dreams.

It is interesting when I heard my friend said,

"I don't know why I suppose to have a girlfriend now. I had a girlfriend before but we split up. After that, I don't even try to find the new one. For me, looking for partner means looking for marriage. So, why I suppose to find one if I don't have the capabilities to get married yet, no? I'm still studying. No job, no money, no my own house. Maybe in the future, at the moment I've everything and ready to have a family, I will start find one. My mother also said the same thing".

I replied to him,

"That's why I always told myself that our life based on three things:

Where we come from? Where we are now? And where are we going to in the future? I'm not talking about akhirat, I'm talking specifically about the worldly affair. About our dream for future."
Getting Married? Why?

"Ok, today we are going to have public speaking.

So, some of you will have come in front talk about a certain topic.

The topic of today is about marriage. We will see how you feel to be in front of people and speak."

My English lecturer spoke loudly. Luckily, I was the chosen one to speak in front of the class.

It may seems that I'm quite nervous more than other students in row at the back and maybe thats why he pointed me out.

I walked to the front anxiously. Then, I try to speak out my mind.

"For me, there are three things that people must have in their mind before they get married and why they need to get married. Insya-Allah, if they have these things in their mind, their marriage will be fine, even if there is problem a couple will able to handle.

First, we get married because it is a human requirement. It is a human nature that we can't deny. We need to love others and at the same time, we need also somebody to love us. Also, marriage is the way that Allah has bestowed upon us for us to fulfill our sexual requirement. Our partner is halal(legal) for us.

Secondly, we get married for the purposes of continuation the human being. Once you get married, you will plan to have children. Then, when your children get married, they also will plan for having children. So that, the human race will not perish from the planet's earth.

Thirdly, we get married as it is the process towards good civilization. If we trace back the history of any civilization, you will see and understand that the core of civilization is the society. And the core of society is family. So, by have the marriage, having a husband, a wife, children and nurture them to be good person, it means we built a good family and human resources that will benefit the society, the ummah."

Everyone silence. I'm not sure whether they understand me or not.

I finished my public speaking with a relief.

A relief because it is not easy for me to speak in front of people, but I still able to delivered my ideas.

Now, let me explain to you more about the three general things that I have mentioned that is a MUST for a Muslim youth to comprehend once they have the intention to get married.
First, marriage is human requirement

Human characteristics can be divided into two, humanism and animalism.

Humanism related to feeling of love, caring, responsibility while the sexual relationship is a part of the animalism.

These two states are requirements in human life, and the correct way to fulfill them has been described by Islam.

Marriage is the only way that Islam has enjoined in making the life of man and woman to be in lawful union that also based on the mutual consent.

The purpose of marriage is to foster a state of tranquility and compassion for the couple, providing a lawful means to enjoy the sexual pleasure.

It is the nature of mankind that Allah has created for human to have such desire against the opposite sex and also to seek comfort and love.

Thus, halal(legal) relationship not only will safeguard procreation(generasi) but also make the person into the state of tranquility and peace by giving and receiving love from the spouse.

Second, continuity of human being and Third, for the sake of good civilization.

I always ask myself,

If I leave this world, what the valuable thing should I left to the world? What the thing that I should inherited to this planet?

The thing will give the better future of the world?

After had a long thought, I got the answer.
Yes!, it is children.

The children are one of the best thing that we can inherit to the world. Inherit the children to the world means we are providing something for the future - a people with ability to develop human race and country and at the same time not to put aside the Islamic rules.

The future Muslim that understand their purpose of creation as the khalifah of Allah, thus every of their action will reflect their roles.

Nevertheless, in order to inherit the children to the world is not easy as we may thought. Of course, to have it is 'easy' but to educate and nurture them to be a good Muslim can be very challenging and a great task to the parents.

While the world has changed and children are more likely to influence by environment, internet, television and friends, the way of nurturing the children could be different from the past 50 years, but the basis is the same, that is Islam must be the core principle.

The best and the first 'product' ever been produced by human being was not the car or airplane or building or rocket or train but the human being itself! - a baby.

While those things required years of research and development before it can be produced, a baby can be produced by any mature mankind, but yet still it is complex creation and miracles in the eyes of human regarding Allah's creation.

Therefore, if you have chance to have it, please make sure you have it in the right way.

The way that allowed by Islam.

With the respect to current situation, many of babies have been produced in the wrong way, and being treated like animals (or maybe more worse than that!) - being through away in river, being left in the mosque and not to say is through away like rubbish in dumpsite.

Subhanallah. Oh! Mankind, why are you so cruel?
Conclusion

The whole idea of this article is to provide the reader a general idea of the concept of marriage in Islam.

By interpret the concept of marriage as a whole; we can become more aware of our responsibilitoes as a husband, a father, a mother and not to forget our indirect responsible to the future of Muslim and the world.

I always have the fear whenever I see the current condition of society, while the zina (adultery) become normal, the baby dumping happening almost every day and the divorce amongst young couple at alarming rate.

If this continues and keeps increasing, without any proactive action not only by government but also society, the future of the Muslim is uncertain and will be ruined.

"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."

Tuesday, February 8, 2011

bekas kekasih ku

tak ada maknanya, saya nak reveal siapa mangkuk hayun tu...hahaha.. ;p

korang tahu tak, versatile celebrity di hong kong yang bernama Andy Lau...

owh...i used to like him so much time kecil-kecil lagi...tapi gamaknya, memang still suka kot dengan dia.kira,now and forever lah. lol ;p. so charming, so handsome...walaupun,sepatah haram dia 'speaking' time masa kecil-kecil tu , saya tak faham...haha ;p kalau dia berlakon kat tv tu, saya lah orang paling depan sekali..konon-konon menghayati dan faham lah..padahal, nan adooo...

FYI, saya ada baca satu artikel berkaitan dia recently, tak ingat lah di mana pula ya. tapi artikel tu berkaitan dengan Andy Lau lah...dia pernah merakamkan satu lagu melayu. motif? hahaha..entah!

sila lah klik, ( saya malas nak paste di sini videonya )kalau nak dengar kepelatan dan ketidaksedapan uncle andy lau ini menyanyi ya...tapi diriku tidak kisah..Andy Lau tatap di hati ku ;p

Monday, February 7, 2011

si tua yang buta ilmu alam

ya adik-adik, ini kita panggil mengkarung ya...

yang ini pula, spesies tokek

jangan korang tersilap macam akak ni ya...tu lah,dulu pergi sekolah,tak nak belajar pandai-pandai..kan dah tak reti nak beza kan binatang..mana satu tokek, mana satu mengkarung..

baru nak berangan nak pakai BMW Coupe, bila dapat tokek. sekali, rupanya mengkarung daaa...terpaksa lah,minum A&W saja...alah,lebih kurang lah bunyi nya tu...ada W di belakang nya..

sobs..

bye..

Sunday, February 6, 2011

fatin meow meow

Assalamualaikum...

Meooowwwww... ( alamak, tersound macam kucing garik pulak ) teeehehe ;p

oklah,straight to the point, entry kali ini, saya nak promote satu blog baru bernama Fatin Meow Meow..siapa dia? ada kena mengena dengan Fatin Liyana, si blogger famous itu?

nak tahu, cuba tengok....www.fatinmeowmeow.blogspot.com

pemilik sebenar blog fatinmeowmeow tu sebenarnya adalah budak kesayangan saya...my lil cutey eldest niece

                                    ini budak kesayangan a.k.a anak saudara saya, Fatin Safiyyah.

FYI, she's only 10. Yes! 10 years old kiddo sudah ada blog seyh....makyang dia ( panggilan untuk saya,oleh anak-anak saudara ) pun malas nak update blog setiap hari.dan baru ada blog hanya pada usia sejak 27 tahun....ini kan pula budak kecik ini...hehe...potong que la budak ni..

apa-apa pun, all the best for her in world of blogging. mana tahu, boleh develop writing skill dari kecil lagi kan, moreover dapat bagi positive impact untuk mindanya.. moga baik-baik sahaja lah ya...

kakak Fatin Meow Meow..may you have fun in blogging hokay...i will always love you more and more, without fails...ingat ya, pesanan makyang, jangan naughty. makyang will always loves, hugs n kisses you till 'when-when' lah...walau pun kalau sampai masa nanti,kakak dah besar and dah masuk universiti and also kalau dah kahwin..hehe ;p

readers, kalau sudi, please do give this little cutey kiddo the best support,by following her blog hokay.. ( blog makyang dia, jangan lupa pula ya. ngeh ngeh ngeh ) ;p

bye.

Friday, February 4, 2011

me loves..

those are hair clips and accessories, yang saya twist kan ia menjadi accessories bila saya pakai tudung-tudung saya.

hehehe, ini kegilaan baru, saya sangat suka hokay. definitely, saya akan menambah lagi koleksi dari semasa ke semasa. so,korang semua kalau nak tackle  berbuat baik dengan saya, boleh lah hadiahkan klip-klip macam ini, untuk saya. but pleaseeeeee, jangan lah bagi klip-klip budak-budak remaja, almaklumlah..saya ni kan umur nya dah 28 tahun, hehe..tak sesuai pula kalau nak bergaya persis anak remaja. anyway, you are most welcome :) lol

pendek cerita, siapa kata,kalau kita dah menutup aurat ( ikut definisi masing-masing lah ya ), kita tidak boleh bergaya lagi stylish..(wahh, nak kata diri sendiri stylish lah tu, tak sodar diri eden ni ;p )

ok,dah,bye!

Assalamualaikum..

banjir 2011

Assalamualaikum,

pictorial entry, tak mahu lah ulas lebih-lebih, sebab tak ada semangat nak menceritakan mengenainya. FYI,rumah saya memang affected.

maaflah,saya compile in one piece semua gambar-gambar. saya percaya, atas apa berlaku, tujuannya Allah turunkan ia untuk kita bermuhasabah diri. merenung kembali dan memperbetulkan khilaf kita. ya lah, sebagai hamba Allah, manusia mana yang tidak pernah melakukan khilaf dan berdosa kan. fikirkan lah...


( sila klik gambar,untuk gambaran lebih jelas )