nuff nang

Sunday, November 7, 2010

Kedip Kedip

Hah!apa tu? Mata saya ni, yang sebelah kiri, kelopak mata belah atas,asyik tergerak-gerak atau terkedip-kedip dengan sendiri. Dah berlarutan sehingga 2 minggu dah. Kalau dalam sehari , sampai 4-5 kali dia tergerak-tergerak sendiri.

Emak saya kata, itu petanda,nak tengok orang jauh. Hok oloh! ( saya tak ada lah cakap hok oloh dengan emak saya ok,nak kena luku kepala tu..hehe ;p), dulu-dulu pun rajin gerak juga kelopak mata ni, tak juga jumpa orang jauh. Siapa lah orang jauh tu kan. Haish..pity me, saya anggap itu semua anggapan dan ramalan orang-orang dahulu sahaja. Saya ‘in neutral mode’, tidak pula saya percaya dan tidak juga saya tidak percayakannya…

Tapi, dari segi perubatan, saya mahu tahulah kenapa ya, mata ni asyik terkedip-kedip..adakah kerana urat saraf di kelopak mata saya ni ada masalah?Ada sesiapa boleh tolong perjelaskan? Tapi please do explain it in simple language of bahasa melayu or english yeah…jangan lah explain pada saya guna bahasa doktor..tak dapek eden nak faham yo…kui kui kui..
Anyway, may have a blessing Sunday everyone..                                       

No comments:

Post a Comment