nuff nang

Friday, December 30, 2011

mim.alif.rha.ha

yup,
nak marah, tapi tak dapat..
nasib baik jauh, kalau dekat,
dah ku rebus,
buat sup tulang !

kenapa itu ? biasalah, mood tak tentu hala. salah satu sebabnya Full Moon. Sebab musabab lain, malas mahu cerita...

till then,

Assalamualaikum

Sunday, December 4, 2011

10 MUHARRAM / 5 DISEMBER

CREDIT TO : FB SOURCES


 " Barangsiapa yang berpuasa besok 9 dan 10 Muharram (senin dan selasa) maka pahalanya sama dengan 2 tahun ibadah. Sedangkan bagi yang mengingatkan 
dapat pahala 80 tahun ibadah. "


Antara Peristiwa-peristiwa atau Kejadian besar ketika 10 Muharram yang MESTI Masyarakat Islam ketahui --->>> Hari Peristiwa ini yg BAKAL menjelma pada hari:
( ISNIN - 10 MUHARRAM 1433 bersamaan 5 Dis 2011 )

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid

Friday, December 2, 2011

today

Assalamualaikum.

Moga tiada banjir di bumi Segamat. Moga kita semua dijauhkan dari malapetaka, bahana, penyakit dan bahana.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Namun, jika sudah tertulis takdirnya. walau apa pun yang berlaku, terpaksa akur dan redha akan ketentuanNYA.

buat masa sekarang, apa yang termampu, bersedia tuk segala kemungkinan dan jangan berhenti tuk berdoa.InsyaAllah, DIA Maha Mengetahui apa yang lebih terbaik tuk kita semua sebagai hambanya.

Doakan kami ya?

Assalamualaikum, nite people.

Monday, November 14, 2011

kayu betul !

dah, nak cakap tu je..

ok, dah, bye !

eh lupa, Assalamualaikum wbt

Sunday, November 13, 2011

membosankan

saya seorang yang membosankankah?

 i feels like one right now..

tidak mengapa...

 mungkin diri ini bukan lah manusia yang begitu penting untuk di timbang tara feeling-nya

begitulah manusia, bila kita beria-ia, dia pula ambil mudah...

sudah ada peluang depan mata, tak mahu grab..

nanti bila peluang dah jadi limited,baru tahu 'feeling'-nya kan..

lepas ni, diri ku buat 'tak tahu'..baru tahu...

mungkin itu yang perlu ku lakukan,

jangan mengaduh-kesah selepas ini,

biar sepurnama sahaja lagi menjadi penentunya...

positive atau tidak keputusannya, hidup pasti diteruskan...

'berkecil hati'? iya, memang..


it is time for me to waves 'ta-ta', readers

:)    <-----  senyum pahit je tu

Saturday, November 12, 2011

ORANG KATA BUKAN SAYA KATA

COPIED & PASTED FROM FB :


SANGKA ORANG..

KAHWIN HANTARAN MURAH “ish,murahnye hantaran die,mesti ade apa apa ni ?”

KAHWIN HANTARAN MAHAL “ish,mahalnye?nak jual anak ape?
... ...
KAHWIN UMUR MUDA “ish,muda muda dah kahwin,ini mesti ade buat benda tak baik nie !

KAHWIN UMUR LAMBAT “ish,dah tua baru nak kahwin,tu la muda muda tak nak khwn,org da beranak pinak dia br nak kahwin !

KAHWIN BUAT KECIK ”ish,ni kahwin ke ape?kedekutnye,makanan pun enth pape bukan selalu buat lah besar sikit !

KAHWIN BUAT BESAR-BESARAN “ish,besarnye..kalah anak DATUK nak belagak la tu,macam anak die je nak kahwin kat dunia ni !

-BERSANGKA BAIK LAH,JANGAN DENGAR KATA ORANG DENGAR KATA ALLAH ! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA ! NAK KAHWIN TAK SUSAH ! TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA.. =)

Friday, November 11, 2011

ILMU KECANTIKAN SECARA PERCUMA :

Assalamualaikum.

Kenapa jerawat dan kekotoran yang tersumbat di pori-pori muka sentiasa tumbuh di tempat yang sama ? Malahan pori-pori kelihatan lebih besar dari sebelumnya.

Senang sahaja, ada dua kemungkinan bagi persoalan kenapa muka kita malar ditumbuhi jerawat dan kekotoran di tempat yang sama ( same spot ).

Pertamanya adalah kerana kemungkinan besar , memicit jerawat yang tidak sepatutnya ( jerawat yang kemerahan dan jerawat yang tengah masak ). Jadi, saki-baki / ‘akar’ jerawat di dalam kulit kita masih kekal dan ini menyebabkan bakal berlakunya ‘ulang tayang’ jerawat tersebut di spot yang sama.

 Kedua, pemakaian toner atau mask mahupun menggolek kan muka dengan ais yang tidak konsisten dalam rutin harian. Toner / mask / ais ini membantu mengecilkan liang pori-pori muka kita. Bila permukaan liang pori-pori kita dapat di MINIMAkan, kotoran dan minyak yang membentuk kotoran tersumbat atau jerawat dapat di atasi secara MAKSIMA.

Bagi persoalan,mengapa pori-pori muka kelihatan lebih besar dari yang sebelumnya adalah kerana beberapa faktor. Tapi disini, saya mahu rungkaikan satu sahaja faktor iaitu, anda tidak mencuci muka dengan betul  dan juga tidak memakai medium yang betul untuk mengecilkan liang pori-pori dan kebersihan muka anda. Maka, kekotoran dan juga kuman semakin lama, semakin ‘sedap’ termendak di dalam liang pori-pori kita. Kesannya, liang pori-pori yang kecil menjadi semakin besar, kerna tidak dapat menampung kekotoran halus yang melata di muka kita.

Jadi apa perlunya rawatan muka / facial? Beautician hanya dapat membantu anda tuk cucian ‘deep-cleanse’ pada setiap kali anda facial. Selebihnya, jika tiada praktikaliti yang konsisten diamalkan dirumah oleh anda sendiri, ianya juga tidak dapat menyumbang kepada permukaan muka yang bersih , sihat dan cantik.

Kenapa saya beria-ia mahu bagitahu anda ini semua? 3 SEBAB sahaja. Pertama, saya rasa sangat bertanggungjawab tuk sebar atau war-warkan ilmu ini pada anda semua ( kadang-kadang berasa berdosa pula kalau tak bagitahu ), supaya anda semua faham akan sebab-musababnya kenapa ia berlaku. Keduanya, saya pasti dalam setiap agama yang diamalkan dalam dunia ini, menuntut kita mengamalkan kebersihan, jadi mengapa tidak ianya kita praktik-kan tuk kebersihan muka kita sendiri. Yang ketiga, sharing is caring J

Sampai di sini sahaja.

end.

Thursday, November 10, 2011

TER-

 
TERKESIMA, TERKEJUT, TERUJA !

Sepanjang saya hidup, saya tak pernah tengok video macam ni. kalau ada pun, macam tak minat nak tengok. mesti akan tukar channel punya.  entah mengapa, malam tadi, sementara menunggu mata ni lelap unconciously, boleh pulak nak tengok video di 'tube-awak'.

MasyaAllah ! Subhanallah !Sungguh Indah ciptaan Allah. jaw-dropped for few seconds.. perghhh...underwater lifes tak kan habis kita explore sampai bila-bila. Insaf..

moreover, tempat ni cuma di Malaysia sahaja. tak payah susah-susah nak pergi jauh nak menikmati indah dunia dasar laut ni. 'toksah' lah nak feeling overseas sangat eh.. ( jeles ! ;p )

Hmm..ada sesiapa mahu ajak saya pergi sini? SILA ANGKAT KETIAK ! ( tapi harus consider, phone network disini sangat hancus ! ) tapi khabarnya, next year akan ada development plan tuk upgrade phone network di situ. ok lah tu, boleh lah nak act jakon lalu meng-3G dengan omak eden..kih3..berangan lebey !

hahaha..

oklah, malas dah nak merapu lebih.

Assalamualaikum,

till then,

bye :)

Wednesday, November 9, 2011

tunggu punya tunggu

bak menunggu bulan jatuh ke riba.
 ibarat menanti kucing bertanduk.

sigh..

Assalamualaikum wbt

nite everyone.

Monday, November 7, 2011

EX BOYFRIEND

Assalamualaikum,

baru saja check ini...
                                          ( klik pada gambar tersebut jika rabun tidak jelas )

ya, pengunjung dari korea..

hmmm...ini mesti ex-boyfie saya yang surf ni..rindu dengan i lah tu...kui3..

in case, jika masih ada yang tak tahu ex-boyfie saya..meh sini saya tepek pic dia...harap awak tak kisah ya mr ex-boyfie, walaupun kita telah bercerai tanpa nikah..

jangan lah diri ku dikenang lagi wahai mr. ex-boyfie, sebab hati saya tetap ada padanya..

 
anuar zain.. ;) ( senyum senget kita samalah..owh,chemistry sangat kuat..perasan ! ;p )


mode : out of blue ! tetiba jek...tengok pic ni, buat hati bikin rasa mahu bercuti..tenangkan otak dan fikiran.. perghh..ker ada maksud lain yang tersirat dan tersurat ? propa...kui3..

till then,

Assalamualaikum :)


Sunday, November 6, 2011

uncertainty

Assalamualaikum,

yup, that is what i feels right now...

bercampur-baur = rojak = carca mabra

ya, saya tahu...

Istikharah jawapannya


TFL

Friday, November 4, 2011

Puasa Sunat 9 Zulhijah

Assalamualaikum wbt,


sekadar untuk berkongsi.


esok, (9 zulhijah/sabtu) jom, berpuasa sunat bersempena hari wukuf di arafah :). ganjarannya adalah pengampunan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang. InsyaAllah.


saya tahu, ramai yang tercari-cari niatnya kan? well, tiada yang spesifik, tapi mungkin statement berikut, mungkin boleh membantu anda ya.


read it.


Niat dari segi bahasanya bermaksud kehendak hati atau tujuan hati. Dari segi istilah, Niat bermaksud gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t. Maka, kalau sudah terlintas di hati utk berpuasa Arafah, maka cukuplah utk kita berpuasa. Lafaz niat hny tujuan utk menetap & meyakinkan saja. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu walau sebezar zarah sekali pun. Waallaua'lam. :)


further detail, click link ini ya : http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-hari-arafah.html

p/s : saya yang jahil ini, baru tahu yang 11,12,13 zulhijah adalah hari tashrik, iaitu hari yang diharamkan tuk berpuasa. jika saya salah dengan kenyataan hari tashrik, jika sudi, tolonglah perbetulkan saya ya. terima kasih.

TFL

Malaikat

Assalamualaikum.

Sabda Rasulullah.

 " Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat.
 Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur
Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. 
Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ke tujuh
Ia  mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.
 Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy
Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur.
 Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat. "


Begitulah kekuasaan Allah yang Maha Esa.
Moga kita menjadi umatnya yang sentiasa berdoa meminta keampunan-NYA dan mendapat 'KACAMATA' yang sebenarnya, agar tidak kita tergolong dari mereka yang ' RABUN AKHIRAT'.

Amin Ya Rabbalamin.

Tuesday, November 1, 2011

ramalanku benar belaka

Salam.
gimik saja tu. tak ada kena mengena pun dengan tajuk di atas tuk entry kali.kui3..

oklah, malam semalam, sementara melayan mata yang sudah separa katup, saya saja-saja suka tuk google rahsia tarikh lahir. saya tak percaya 100% pun. but then, ada information yang boleh dipercayai dan ada juga kelemahan yang saya akui ada bila saya membaca ramalan tersebut. to be truth, yang part lemah, saya take note and cuba tuk perbaikinya, from now on.

oklah, jom baca apakah ramalan cuaca tarikh lahir budak TFL ni. saya akan bagi feedback kat any point yang saya rasa perlu ya.

TARIKH LAHIR     : 3 - 8 - 1983

JANTINA         : Perempuan --- tulen ya  ;p

KETINGGIAN        : 152 cm ---- thanks tu high heels and wedges :)



NO. PERIBADI    : 5 --- ok, tak faham.ada apa dengan nombor 5. anyone, can explain it to me?
ELEMEN         : Tanah

CIRI UTAMA     : Mencari - mencari pasal gamaknya ;p
SINOPSIS         : Disukai kerana karisma kepimpinan, namun degil. - part degil tu, memang tak boleh blah ;p
TAFSIRAN UMUM  : Pemimpin, kerja keras, berpangkat tinggi, degil. - kerja keras :)

WARNA SESUAI     : Coklat, beige dan kuning. - only beige yang disukai, dari 3 option tersebut. but i do like red and pink 

                                                                                        the most :)


PENYAKIT UMUM     : Pencernaan (kesakitan atau senak perut), ketidakhadaman, sembelit, anemia (kurang darah), buasir, sakit sendi, sengal tulang (arthritis). - currently memang tengah suffering problem sakit sendi :(


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
################################
- Semulajadi degil, bercakap dengan prinsip yang kuat. Emosional dan tidak penyabar. Individu yang emosional yang sentiasa sibuk setiap masa, kreatif. Bergaul dengan orang kenamaan, tetapi mempunyai kebarangkalian untuk menolak penyokong. Sangat berhati-hati dengan wang, percaya prinsip sendiri dalam memperolehi duit. -
sangat betul !
Selalu keluar dan tiada di rumah/pejabat. Mudah belanja orang, mudah kasihan orang.  Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Banyak idea, tercari-cari kekayaan/kejayaan, mudah bosan dan terlalu suka berangan. Bergaul dengan orang kenamaan/VIP, mudah mendapat kepercayaan orang atasan. Duit banyak dihabiskan untuk belanja orang atasan/kenamaan. Mudah disabotaj dan mensabotaj. Potensi mengumpul wang jika bekerja di luar (outstation). Memiliki gerak hati, ilham, firasat dan muslihat. - tak salah berangan, coz semuanya bermula dengan angan-angan, macam saya berangan nak tackle anuar zain ;p. muslihat? muslihat tiadalah, kalau strategi pemasaran tu adalah :)


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA
################################
(KERJAYA SESUAI)
Hartanah, pusat kewangan, pembuat pasu, kedai antik, pakar runding, perakaunan, pengkebumian, batu permata, marmar, kontraktor, perlombongan, kebajikan, pembinaan, broker saham dan sekuriti, arkitek, pekebun, peladang. - salah satu kerjaya dinyatakan, adalah one of my job right now :)

(KERJAYA TERBAIK)
Perniagaan berasaskan perkhidmatan, minuman, tenaga buruh, agensi pembantu rumah, makanan laut, perkapalan, loji janakuasa air, pakaian renang, agensi pelancongan, agensi insuran, pengurup wang, jual beli, pertunjukan kebudayaan, pengarang bebas, jurujual, peniaga gerai, penapis air, internet, ahli silap mata, stesyen TV, stesyen radio, penyampai berita, DJ, wartawan, posmen, pemandu, nelayan, ahli matematik, ahli falsafah, diplomat.





walau apa pun, ramalan tetap ramalan. yang nyata, hanya Allah sahaja yang tahu.
ia sekadar tuk renungan, agar yang baik, kita jadikan tauladan, yang tidak baik, kita jadikan ia cabaran tuk kita perbetulkan diri kita,ok ?


oklah, bye :)



Monday, October 31, 2011

sharing is caring

just found out those quotes while googling

"No matter how bad it is and how bad it gets, you're going to make it."

  • "Winners never quit, quitters never win."

Tuesday, October 25, 2011

senaman mata

salam.

ayuh, buka mata anda seluasnya. kecilkan dan besarkan. kecilkan dan besarkan anak mata anda sekali lagi. 
kemudian, gelengkan kepala anda kiri dan ke kanan berulang kali.
saye nampak. anda nampak?
kalau tak nampak tu, ish3...something wrong lah tu

ok lah, ada banyak pics lagi tuk share. tapi malas...hihihihi..simpan lah for the next next next entry eh :)

Monday, October 24, 2011

crocodile land and play wood three

source : google

Friday, October 21, 2011

ngidam

salam.

akhir-akhir ini, sindrom 'perut bocor' saya semakin menjadi serius. last timbang a few months ago, berat still maintain lah pada 55kg. sekarang, nak tengok penimbang berat tu pun trauma. jangan exceed 60 kg dah lah ya, sentap haku ! diet routine must on track right now ! tolong lah, nightmare woo kalau baju and seluar dah sendat, tapi apakan daya, saya kalah dengan nafsu makan sendiri...huhu

tahu tak lately ni, saya mengidam bukan-bukan ( kita cerita foods ya, gadgets dan orang  tolak tepi ) ;p
ada beberapa makanan yang teringin nak mamam, antaranya bakso dengan sambal kicap yang pedas gilers dan meatballs yang sedap, pizza yang baru tu, roti john yang isi banjir atau burger daging yang slurppp slurrrpp slurrrrppp.perghhhh...semuanya menggemukkan. huh, ko hade?

nafsu makan tak boleh nak disalahkan sangat. nafsu nak bersenam yang tak mari-mari..itu pasal lah metabolisme dropped down, makan pun menapau lemak dalam badan saja..

TFL, be strong, you must get in shape before the bell rings, ok? oppssss....( berangan lebih ! ) ;p

i gotta go, sebelum mengidam level ini menjadi melalut.

bored reading this entry. sorry, i cannot help you then..but, i can suggest you one instant way on how to get rid of this thingy right now. all you have to do is just by typing 'CTRL+ALT+DEL'

you should try ok?

hikhik...larikkkkkkkkk......

p/s : kak long saya cakap, kalau makan sarapan, elok minum air panas ( habit saya minum cold plain water, hokay ), bagi lemak-lemak dari makanan tu tak stuck badly dalam badan kita..oooohhhhhh yeeee keeeee....patutlah saya 'ramping'. ngeeeee ;p

Thursday, October 20, 2011

purnama

Assalamualaikum wbt,

hape? purnama merindew kew? * serius paling benci orang yang suka taip mesej macam tu. jangan sentap ya. tak boleh ke nak taip betul-betul gamaknya..saya pun suka juga guna short-form in texting ni, but then, tak ada lah sampai yang patut ada huruf di buang, yang tak patut di letak huruf, di tambah 'ew' pula. sebagai contoh, ' kita suka kat awak lah'. instead of, kita boleh je nak type it in shorter-form, such as ' kite ske kt awk lh'..tapi di taip pula macam ni, ' kitew sukew at awakz lerwh..' boleh? Pang !sila bagi pelempang se-das pada diri sendiri. huh, call me an old lady then, if i cannot go with your flow..lol ;p

hokay, point entry ni, bukannya nak cerita pasal isu di atas tu. tetapi secara tiba-tiba saja nak ulas, coz dah lama nak update pasal isu tu, tapi 'rajin' sangat kan.. ;p

baik, purnama? ya,hampir 2 purnama lagi...apa tu? ada apa dengan lebih sepurnama itu?

owh tidak, saya tidak akan berkahwin mahupun bertunang mahupun errrr...arrr...eeeee...cuma...i am just hoping that everything will be better sooner or later. ( ceh, jawapan bajet play-safe ). whatever my reason probably would be, would you mind, to pray for me? pleaseeeeeee :(

oklah, daripada entry ini bakal menjadi entry yang 'emo' dan menyentapkan diri sendiri, baiklah saya melabuhkan tirai segera, dengan menyambung bermuka-buku.

till then,

do not forget to pray for me, readers :)

Assalamualaikum. :)

p/s : tertarik dengan satu statement seorang hamba Allah. katanya, 'orang menulis dalam diari, aku menulis dalam hati'.... mendalam maksud tu..makan dalam !

Saturday, October 15, 2011

Dear, when can u be mine ?

Salam,

Haaaa….dah, jangan nak duk terpikir yang ‘itu’ arrr….tahu lah I ni single lagi kan..hahaha..ate’ yang ‘itu’, korang semua tunggu saja lah, bila masa nya telah tiba, teman warwarkan juga nanti. InsyaAllah, dah confirm baru lah best nak cerita, sekarang ni masih ‘question mark’ lagi. Kuikuikui..

Donia owh donia…huhu, saya maksudkan yang ini lah…

Ipad2. Walaupun brand lain ada yang lebih bagus dari segi spec nya tuk menyaingi si buah  apple ini. Hati saya tetap terpaut padanya. Kira ok lah tu, in term of spec, a lot more of itself dah di upgrade, plus dengan its cosmetic look, wallah ( tapi still confuse nak pilih hitam or putih, pink tarak ka? Lol ;p ) Ini lah satu-satunya gadget touch screen yang saya mahu miliki. Hope tak menyesal lah after a few years eh TFL. Coz saya pernah mengalami problem dengan makhluk-makhluk touch screen ni. Hang lah, touch screen tak function lah, over sensitive lah, even worse speaker rosak! Ate’ pemiliknya bukan jenis lemah dan lembut..nak cepat sesaja ;p full spec, korang tanya lah pakcik google, TFL malas nak tepek sini..RM 1,899.00 ( 16G, WIFI,3G ) hoi hoi ya hoi !

Blackberry bold 3. Actually this version dah upgrade,  dengan keluarnya satu lagi model, tapi di sebabkan model baru tu, ada touch screen, ate’ teman tak minat lah nak memilikinya. Pada saya, BB bold 3 ni dah kira ok lah dengan spec nya yang ‘sedang-sedang’ aja. Mungkin juga faktor pengalaman dan juga usia, saya dah tak berapa minat nak ada phone yang ada camera with MP  yang tinggi, touch screen or ada figure slide ke atas mahupun ke tepi tu. Huhu, just not so ‘me’, anymore. Kalau setahun dua, mungkin oklah, bila dah masuk tahun ke tiga dan keempat, memang phone cenggitu mohon di hempas ke dinding.haha. no offense, coz I take it seriously for every penny that I spent for certain gadgets that I like, especially phone.  Ya lah, orang tukar phone, every year, saya pakai handphone sampai rosak. Ate’ kalau hayatnya lama, bankrap company phone cik TFL oit! Hikhik.. ;p


Ok lah tu, untuk tahun ni, itu saja yang saya mahu. Kena lah usaha lebih nak mendapatkannya. Ate’ nak request dua gadgets ni atas ‘dulang’, entah bila nya kan..tettt! ;p daripada gigit jari, baik beli sendiri. Till then, mo titon lah, mata sudah separa lelap.

Assalamualaikum.
TFL

Friday, October 14, 2011

Istilah Bercinta


Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi kenangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban
Tiada batasan

Thursday, October 13, 2011

What?

‎"Jangan cik adik lah sayang, rindukan bulan.Bulan lah tinggi cik adik jauh di awan. Orang jauh jangan rindu, orang yang dekat dengarkan teman".......

 
i am proud to be johorian ! peace ! :)


suka tengok pic ni. at first sight, terus suka. 2nd sight, terus sedih. kenapa? biarlah eden ( baru je cakap proud to be johorian) saya saja yang tahu.(wah, bajet artis kah? )

banyak yang bakal berlaku pada disember nanti. Moga diberi juga kesempatan olehNYA tuk teruskan hidup.  banyak juga agenda penting dalam hidup, sosial, 'perhubungan', perniagaan, etc yang saya perlu kejar pada bulan tu..Moga semuanya berjalan dengan lancar. Moga dipermudahkan olehNYA. can't wait for Mr. December to come! phewww...feels like a long more journey to go..pergh..drama queen la lu..huhu ;p
- statement ala play safe -

mesti ada yang terpinga-pinga.apakah mesej yang cuba disampaikan dalam entry kali ni. tak apa kalau tak faham, kalau faham pun..( ayat tergantung disitu ya ) hehehe...buwekkk ;p

oklah, nak sambung blogwalking till tidor berdengkur tak sedarkan diri.

salam semua. Moga kita semua dirahmati Allah jua.

TFL


Wednesday, October 12, 2011

angry bird vs angry me

sama tak dengan angry bird dalam games tu?
urghh..tengok gambar ni,tetibe membuak rasa mahu main game,dan menggulingkan si OINK2 berwarna hijau-berhidung bolat-dan menyengih macam 'ba.alif.ba.ya' OINK2 ni.

gudnite everyone.

Salam ! :)

Monday, October 10, 2011

alienated part 2

takmak damapatmat timidurmur lamagimi...gemerammam! bimilama mamatama nimi damapatmat kamatupmup..omotakmak semeramabutmut..emesokmok,mesmestimi mamatama samayama mamacammam panmandama..takmak sumukeme!

Sunday, October 9, 2011

alienated

out of norm

seryoso walang mood sa seseorang.eeee .... good luck ang layo, sa labas ng saklaw ayna, kung malapit, ay nagagalit sa akin. eeeee ... galit!
 
ka, kung basahin mo ang buhay, puso ko ikaw ay galit, alam mo hindi!


TFL

Saturday, August 13, 2011

whoaaa...thanks :)

whoa..tadi family ku meraikan my belated birthday...auwww...touching eden..hikhik...thanks thanks thanks..

dan...tengok lah pic apa tu? yes..kek angry bird...hikhik...memang tak boleh lari jauh...angry bird juga tu..nampaknya hujung tahun ini, kena lah decide sama ada nak beli DSLR camera or Ipad2. eh, tak ada kena mengena langsung dengan angry bird kan? ( since, dalam Ipad kan ada game angry bird,motive? ) hahaha...

tak apa la, maybe i'll stick with my decision to grab DSLR camera..InsyaAllah..Moga dipermudahkan oleh Allah dan dilimpahkan pada ku dengan rezki yang halal.. Ipad2 tak mengapa lah, nanti claim kat dulang hantaran je..eh? lol... berangan lah kau perempuan...hikhik

oklah, mahu tidur, esok mahu kerja la pulok..

Assalamualaikum and ta-ta :)

Friday, August 12, 2011

dah basi


Assalamualaikum,


dah basi kan? hihihi. yup, it was my birthday on August 3rd, recently. nothing special, nothing extraordinares happened. but, what ever it is, i am still being thankful and grateful as well to Allah.

kerna apa? kerna masih memberi peluang pada hambaNYA ini untuk terus menikmati hidup. Alhamdulillah, syukur.

ada hadiah ke? since birthday kali ini, pada bulan Ramadhan. so, tiadalah, makan-makan or family gathering. saya tak kisah pun. coz selama ini pun, tiap kali ada birthday dalam family, saya cuma utamakan anak-anak saudara saya sahaja. bagi mereka bergembira sesama mereka makan birthday cake and upmost, mestilah family gathering. berkumpul adik beradik and whole family.

owh..lupa pula,hadiah ya? ada..ni haaa....


for my birthday....sarung henpong eden..hikhik..angry bird lagi.. from my kaklong and her princesses...it is ok..makyang loikeee..walaupun makyang tak minat angry bird...

other than that, i got so many birthday wishes from friends, siblings and relatives and juga teman tapi mesra..ahakz ;p tettt...thanks guyz...i really do appreciates it...thank you again for still being loyal, standing beside this silly-irritating-mood swinger kinda girl...hikhik...

thank you thank you thank you! May Allah bless all of you.

till then, Assalamualaikum.

* p/s : serius malas nak edit and copyright pics di atas tu registered under TFL. ;p

TFL

Tuesday, August 2, 2011

rhyme ooo rhyme

 I hate the way you talk to me
 and the way you cut your hair
 I hate the way you drive my car
I hate it when you stare
I hate your big dumb combat boots
and the way you read my mind
 I hate you so much it makes me sick
it even makes me rhyme. 
I hate it
 I hate the way you're always right
 I hate it when you lie
 I hate it when you make me laugh
 even worse when you make me cry
 I hate it when you're not around
and the fact that you didn't call
But mostly I hate the way I don't hate you
 Not even close
not even a little bit
not even at all.

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ selamat menyambut bulan ramadhan ♥♥ ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

Wednesday, July 20, 2011

random

Assalamualaikum,

saya tidak tahu nak mula dari mana dan tidak juga tahu apa yang sebenarnya mahu saya ceritakan pada entry ini. pointless! itulah sebenarnya..

terlalu banyak sangat 'drama' dalam hidup ini. ada yang gembira, ada yang duka, ada juga masanya terkejut, dan ada juga tikanya saya kecewa. yang pastinya, yang buat 'drama' ini menarik, sudah pasti momentum duka dan kecewanya..


apa mahu buat, by hook by crook, kita yang masih hidup dan berupaya bernafas ni, kena lah juga tempuhinya. rasa duka n kecewa  saya ini, janganlah pula takrifkan ia pada sudut percintaan sahaja, ianya sangat umum. terlalu letih dan juga terasa malas nak menceritakan in detail segala perihal yang mendatangkan kesedihan hati ini.

yeah, saya tahu, ramai yang akan cakap, ini lah realiti kehidupan. yeah, saya tahu juga, ia memang ayat yang sungguh cliche. tapi itulah juga hakikatnya. mungkin juga 'drama' ini lah punca kenapa saya lebih sukakan gadgets..yup, gadgets,kalau dah minat, they rarely let us down with what its offers itself. tapi manusia? sendiri faham lah ya. saya masih dan sentiasa ingat, seorang rakan lama saya pernah berkata, ' Sometimes people can turn into such big disappointment'. i totally agree with you my old friend. kita hidup di dunia ini menyemai benih, hasil nya di akhirat nanti. setiap apa kita buat, ada timbang tara nya dan ada juga neracanya. Kalau tidak, masa kan ada syurga dan neraka, kan?

ok lah, dari saya melalut or terbuka aib sendiri mahu pun orang lain. baiklah saya undur diri segera, dan muhasabah diri. merenung kembali mana salah dan silapnya, dan perbetulkan apa yang patut agar diri lebih baik pada masa akan datang.

Assalamualaikum.

TFL.

Saturday, July 2, 2011

Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.



Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.



Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.



Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.



Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).

[Surah al-A'raf, ayat 201]

Tuesday, June 14, 2011

reason why..

Assalamualaikum wbt...

lama menyepi bukan?..bukan tahap bersawang dah ni..nak masuk macam sarang kucing beranak ( eh! itu rupa bilik tidur saya sekarang ).huhu...sorry ya, sangat malas untuk berblog. walau pun idea banyak meluap-luap keluar..tapi dek kerna keletihan mental dan fizikal..maka saya biarkan sahaja blog ini haunted keusangan...

entah lah ya, mood dan hormone dan jadi imbalance lately..mungkin letih otak, letih fizikal, dangkal mengawal stress  juga barangkali, lack of anger management dan most probably, overthinking kotttt....sentiasa memikirkan pros and cons untuk setiap perkara or details  in life..itu yang jadi kan every situations becoming much critical..

untuk ambil langkah mudah, i just keep my mouth shut and remains in silent mode..

kenapa ya malam ni, saya rasa nak kembali menulis ? sebab saya rasa nak meluahkan sesuatu, but tak terluahkan...beside mom, family and bff, mungkin juga sampai masanya sudah, tuk saya cari ideal soulmate instead of making me sort of ' stok pelepas sepi cuma' kan..huhu. come on darling, you are getting older, sooner or later, you are becoming 28 years old lady..yeah, a lady...perhaps..


Moga Allah tenangkan dan terangkan hati saya, agar dapat redha dan petunjuknya dalam mencari apa yang saya mahu itu di sebalik kekaburan di hadapan mata sekarang.

ok lah, repekan saya harus di hentikan setakat ini. pointless sungguh entry kali ini kan. sorry for wasting your much precious time by reading this junk.

bila lagi mahu berblog? entah, mungkin esok atau lusa, mungkin juga bulan depan. atau mungkin bila sahaja saya ada waktu senggang yang menyenangkan lagi menenangkan..jika sudi, berilah saya masa..

thank you for reading.

gudnite.

Assalamualaikum wbt.

TFL

Sunday, May 1, 2011

Expectation

source : FB

How do you expect kids to listen to their parents as, Tarzan lives half naked, Cinderella comes back home at midnight, Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves, Batman drives at 320KM/h, Sleeping beauty is lazy and Snow white lives with 7 guys. We shouldn’t be surprised if kids misbehave at times! They get this from their own storybooks:s

so readers,what say you? 

Wednesday, April 20, 2011

sengkek sangat ke?

 
spec, yang ku beli hanya pada nilai RM 2.00 shj di kedai RM 2.00 
( ok fine, mesti akan ada siulan nak mengatakan murah dan tak ada UV protector )
 so what?  akak ni ganas dik, beli lah mahal-mahal pun, part punggung ni nak landing tak kena masa, dan-dan je ranap spec eden. dah 3-4 spec eden hancus kerana kecuaian punggung  eden ni. kesudahannya,beli kat kedai RM 2.00 saja lah. kalau ranap sekali lagi, tak eden raso hangus yo poket eden ni ha..hehehe

juga RM 2.00 for two. tidak, bukan stereng itu, mahu pun paha besar macam gajah itu,gear box itu ya. saya maksudkan leopard print bangles itu. hikhik..

flat tu cuma RM 15.00, dan seluar jeans lusuh itu cuma RM 60.00 or RM 70.00 saja kot.

PERSOALANNYA..

SENGKEK SANGAT KE?????

tak lah sengkek sangat kalau di teliti gaya penampilannya, tengok handphone yang dipakai, netbook yang dibimbit,  kereta apa yang di pandunya..tapi dah itu yang eden suko...nak buek camno...nasib baik eden tak boli yang imitated, itu dah kiro syukur lah tu yo... 

there's nothing wrong for being our own self right?..so, act like one-lah ( rojak betul slanga!ampun T_T )

hehehe..

ok,dah, gastrik eden dah merindui eden semulo ni..

eden, poei dolu lah yo...

sila lah rindu eden kotat-kotat..

eden memang malas nak hapdet solalu blog ni, sobab eden memang sengkek bab waktu-waktu senggang ni..

tatatititutu!


Assalamualaikum :) 


                                   

Sunday, April 17, 2011

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita

source : www.iluvislam.com

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Thursday, April 7, 2011

Sin.Ya.Tha.Wau.Alif.Sin.Ya

Si-Tua-Si

Situasi 1

A : bila nak kahwin? ( sambil tengok B dari atas ke bawah berulang kali ).
B : owh, belum ada jodoh lagi ( sambil buat muka manis dan tahan sabar ).
A : punya lah besar bandar ni, takkan satu pun tak jumpa.
B : haa..itu lah dia.. ( menjawab sambil senyum lagi…sabar..sabar.. )

Selang beberapa minit…
A : kalau ada suami kan senang, nak kemana-mana bergerak, ada suami temankan.
B : hehe..ya lah makcik..  ( senyum lagiiiiiiiii !!!! tq makcik for your caringness  ;p  )



Situasi 2

C : Akak ni bila nak kahwin?
B : eh eh…soalan awak ni.. ( cubaan membuat muka manis disitu )
C : hehe, akak ni cantik lah, kita suka tengok muka akak. takkan tak ada pakwe?
B : hehe,tak apalah,akak tunggu awak lah kahwin dulu ya ( hok oloh!  Senyum lagi… )


Situasi 3

D : anak dah berapa?
B : eh, kak. Saya belum kahwin lagi. ( siot je, tahu lah hari ini aku selebet persis mak orang )
D : eh sorry2…laaa..napa tak kahwin lagi…
B: ( senyummmmmmm!!!! Grrrr )


Situasi 4

E : awak dah kahwin?
B : belum, makcik.
E : lawa macam ni pun tak kahwin lagi,kenapa?
B : InsyaAllah, nanti2 lah..


Situasi 5

F : awak bila nak kahwin ?
B : eh,  hmm belum ada calon lagi lah aunty.
F : ahh ya je awak ni. Lawa macam bintang ‘pilem’ takkan tak ada yang hendak. Kalau saya lah lelaki,
     lawa macam ni. Hari ni kenal,esok saya masuk meminang…
B : …… ( tak tahu nak senyum kena puji or nak menyengih aja kena smash dengan makcik ni )



Actually ada banyak lagi situasi…serius..malas nak tepek di sini..huish…tapi rasanya, the best answer yang patut saya jawab adalah..”InsyaAllah, doakanlah saya dapat jodoh terbaik dan ia dipercepatkan ya”..anyway,anyhow..thank you very much for your valued concern lah eh! :)

Lepas ni, cukup 100 kali di tanya soalan ‘cenggini’..boleh lah, saya nyanyi lagu situasi-bunkface. Boleh buat single album terus ;p

Assalamualaikum..

Monday, April 4, 2011

KUTIP

CHOPPPP!!!

penat guna otak hari ni buat kerja yang dah lama pending...take 5 lah sekejap dengan menghapdet blog..

Tak ada kerja lain lah untuk isi waktu rehat setiap malam, sementara nak tunggu mata ini lelap. Selain ber’muka-buku’, ber’pemesan-yahoo’ dan berdating dengan ‘uncle google’,  www.iluvislam.com sentiasa saya buka, dan baca artikel-artikelnya.  Banyak yang memberi kesedaran, pengajaran, pengetahuan dan ada juga secara tidak langsung memberi inspirasi.  Juga kerna apa? Kerna saya ini kadangkala rapuh didalamnya. Itu yang saya perlukan antibiotic untuk build up kembali semangat dan minda saya.


Jadi, entry kali, saya ‘kutip’ beberapa keratan ayat-ayat menarik untuk dikongsi semasa saya browse through all the articles. Biasa lah, kan saya ini penggemar QOTD / Quotes .

“ Kecantikan luaran tidak mampu ubah, tetapi kecantikan peribadi masih boleh miliki.”

“ Biarlah menang kerana memiliki ilmu bukan kerana memiliki kecantikan. Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri. “

“ Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur“.

 ….kecantikan bukan penentu kebahagiaan, yang penting adalah dengan ilmu yang di miliki dan cara pembawaan diri.”

fikir-fikirkan... 



Sunday, April 3, 2011

A Note For You

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi.

Tidak semulia Khadijah, tidak setaqwa Aishah, pun tidak setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanya wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi isteri solehah.

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama.

Isteri menjadi tanah, dan kamu menjadi langit penaungnya.

Isteri menjadi tanaman, dan kamu menjadi pemagarnya.

Isteri menjadi kiasan ternakan, dan kamu kiasan gembalanya.

Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjakannya.

Saat isteri menjadi racun, kamulah penawarnya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok, berkatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya Iman dan Taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana.

Justeru kamu bukanlah Rasulullah pun bukan Saidina Ali Karamallahuwajhah.
Kamu hanyalah lelaki akhir zaman yang berusaha menjadi lelaki soleh.

*Sumber :  Slot Renungan Bersama  di Kad Undangan Perkahwinan.

Tuesday, March 29, 2011

Sentap

Assalamualaikum..

Ala, dah tak muat almari lah…



setakat ini, ini lah dia koleksi tudung / shawl yang ada dalam simpanan saya. Ada yang saya beli, ada juga atas ehsan emak , dan juga ada yang di sponsor oleh kakak saya ( si tauke tudung ).

huh, macam mana ni, niat di hati nak menambah koleksi, tapi apakan daya tak muat almari.(eh, dah macam pantun dua kerat pula ).

Ini baru koleksi dari bulan januari yang lalu ( sekarang bulan mac )…imagine saja lah, kalau saya non stop buying…rasanya by december,  kena lah tempah satu bilik khas letak tudung / shawls saya sahaja lah.. lol ;p

Semasa saya menggoogle, saya tersentap akan kecantikan dan ke-cun-nan ( hancus bahasa melayu eden ) koleksi shawls di bawah ni…
saya sentap dengan inner scarf nya. sangat cantik :)

memang design ni dah outdated, published last year kot. but then, i still do want it T_T 

i want it! T_T

T_T nak juga...

patchwork yang sangat eden suko..

i love her style.. :)

so far, cuma ini saja tudung syria yang saya suka..dan saya belum dapat miliki lagi. Fyi, tudung yang di pakai tuan punya blogger famous ika,radiusite itu lah :)

shawl dia cantik kan..pink color lagi tu..unique but yet..so shuweeet T_T

cute sangat syria ni kan

sampai sekarang tak dapat shawl warna merah cili menjerit macam gambar di atas. i like this shawl..anyone, ada yang sudi nak hadiah kan ia pada ku ? T_T sobss..

sentap. yang ini pun saya mahu!


Sila sentap! ( kalau tak nak sentap pun tak apa, biar saya seorang saja sentap ;p )


All pics credit to :
www.radiusite.com
www.miasuraya.com
www.aeiouyun.blogspot.com




Alaaaaa….rasa-rasanya nak beli lagi tak?…mestilah nakkkkkk…

Habis kalau tak muat almari macam mana? Alaaaaa…..nak juga!

Iman tak kuat….Fail!

Assalamualaikum…