nuff nang

Tuesday, November 1, 2011

ramalanku benar belaka

Salam.
gimik saja tu. tak ada kena mengena pun dengan tajuk di atas tuk entry kali.kui3..

oklah, malam semalam, sementara melayan mata yang sudah separa katup, saya saja-saja suka tuk google rahsia tarikh lahir. saya tak percaya 100% pun. but then, ada information yang boleh dipercayai dan ada juga kelemahan yang saya akui ada bila saya membaca ramalan tersebut. to be truth, yang part lemah, saya take note and cuba tuk perbaikinya, from now on.

oklah, jom baca apakah ramalan cuaca tarikh lahir budak TFL ni. saya akan bagi feedback kat any point yang saya rasa perlu ya.

TARIKH LAHIR     : 3 - 8 - 1983

JANTINA         : Perempuan --- tulen ya  ;p

KETINGGIAN        : 152 cm ---- thanks tu high heels and wedges :)



NO. PERIBADI    : 5 --- ok, tak faham.ada apa dengan nombor 5. anyone, can explain it to me?
ELEMEN         : Tanah

CIRI UTAMA     : Mencari - mencari pasal gamaknya ;p
SINOPSIS         : Disukai kerana karisma kepimpinan, namun degil. - part degil tu, memang tak boleh blah ;p
TAFSIRAN UMUM  : Pemimpin, kerja keras, berpangkat tinggi, degil. - kerja keras :)

WARNA SESUAI     : Coklat, beige dan kuning. - only beige yang disukai, dari 3 option tersebut. but i do like red and pink 

                                                                                        the most :)


PENYAKIT UMUM     : Pencernaan (kesakitan atau senak perut), ketidakhadaman, sembelit, anemia (kurang darah), buasir, sakit sendi, sengal tulang (arthritis). - currently memang tengah suffering problem sakit sendi :(


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
################################
- Semulajadi degil, bercakap dengan prinsip yang kuat. Emosional dan tidak penyabar. Individu yang emosional yang sentiasa sibuk setiap masa, kreatif. Bergaul dengan orang kenamaan, tetapi mempunyai kebarangkalian untuk menolak penyokong. Sangat berhati-hati dengan wang, percaya prinsip sendiri dalam memperolehi duit. -
sangat betul !
Selalu keluar dan tiada di rumah/pejabat. Mudah belanja orang, mudah kasihan orang.  Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Banyak idea, tercari-cari kekayaan/kejayaan, mudah bosan dan terlalu suka berangan. Bergaul dengan orang kenamaan/VIP, mudah mendapat kepercayaan orang atasan. Duit banyak dihabiskan untuk belanja orang atasan/kenamaan. Mudah disabotaj dan mensabotaj. Potensi mengumpul wang jika bekerja di luar (outstation). Memiliki gerak hati, ilham, firasat dan muslihat. - tak salah berangan, coz semuanya bermula dengan angan-angan, macam saya berangan nak tackle anuar zain ;p. muslihat? muslihat tiadalah, kalau strategi pemasaran tu adalah :)


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA
################################
(KERJAYA SESUAI)
Hartanah, pusat kewangan, pembuat pasu, kedai antik, pakar runding, perakaunan, pengkebumian, batu permata, marmar, kontraktor, perlombongan, kebajikan, pembinaan, broker saham dan sekuriti, arkitek, pekebun, peladang. - salah satu kerjaya dinyatakan, adalah one of my job right now :)

(KERJAYA TERBAIK)
Perniagaan berasaskan perkhidmatan, minuman, tenaga buruh, agensi pembantu rumah, makanan laut, perkapalan, loji janakuasa air, pakaian renang, agensi pelancongan, agensi insuran, pengurup wang, jual beli, pertunjukan kebudayaan, pengarang bebas, jurujual, peniaga gerai, penapis air, internet, ahli silap mata, stesyen TV, stesyen radio, penyampai berita, DJ, wartawan, posmen, pemandu, nelayan, ahli matematik, ahli falsafah, diplomat.





walau apa pun, ramalan tetap ramalan. yang nyata, hanya Allah sahaja yang tahu.
ia sekadar tuk renungan, agar yang baik, kita jadikan tauladan, yang tidak baik, kita jadikan ia cabaran tuk kita perbetulkan diri kita,ok ?


oklah, bye :)



1 comment:

  1. Harrah's Casino, Chester, PA - Mapyro
    Harrah's Philadelphia 김천 출장안마 Casino & Hotel. 777 Harrah's Blvd Chester, PA 18215. Directions · (800) 태백 출장마사지 777-8248. Call 충청남도 출장마사지 Now · More Info. 천안 출장안마 Hours, Accepts 통영 출장마사지 Credit Cards, Accepts

    ReplyDelete