nuff nang

Friday, December 31, 2010

Welcome 2011

Welcome  2011

Syukur ke hadrat Allah, kerna tidak terlepas pandang olehNYA, masih diberi peluang untuk menikmati hidup walaupun hari esok bakal menjengah ke tahun baru. InsyaAllah, moga iman dalam diri diperteguh agar lebih mentaatiNYA.

Kalau tahun baru saja, pasti kita kaitkan dengan azam baru. Well, sempena tahun baru ini, saya tidak mahu seperti tahun lepas yang penuh dengan list azam baru. Tahun baru ini, azam saya adalah tidak mahu berazam. Eh? Hikhikhik ;p

Adalah azamnya, biar saya keep it private. tapi saya tak mahu fix kan azam hanya pada tahun baru sahaja, ianya boleh saya set kan bila-bila saya mahu. Yang pasti, azam pada kali ini, lebih realistic dan juga more on logical-wise.

Anyway,

Happy New year Everyone! ada azam atau tidak, May Allah bless all of you.

2011, please do be good to me yeah  ­(*­_^) V

Thursday, December 30, 2010

Fever-Mode..sob sob

Assalamualaikum semua.

sorry lah tak update entry baru. still in fever-mode, tak berapa berdaya sangat, sebab selalunya setiap malam, lepas makan ubat,terus zzzzzzz....

Esok, InsyaAllah ada entry yang lebih baik untuk blog ini. Pray for my wellness yeah :)

Mahu terus beristirehat dan Zzzzzzzzz...

bye

Monday, December 27, 2010

Sengal Mode

Malam ini, saya sedikit sengal ( bukan tiap malam pun sengal ke). Saya dah edit satu lirik just for fun. Ahmad Dhani, jangan saman eden yo, lirik ni just for fun..

Sila nyanyi ikut original version.

Reff :

Eden bukanlah superwoman
Eden juga biso molalak
Jika kekasih hatiku
Poey meninggalkan esei

Omakku selalu berkato padaku
Anak daro tak boleh molalak
Harus selalu kuek’ harus selalu tangguh
Harus biso jadi tahan banting

Tapi tornyato sakitnyo cinto
Buat eden meraung

Back to Reff:

Omakku selalu memarahi eden
Jika jatuh air mataku
Kata Omak selalu air mata itu
Adalah tando kolomahan
Tapi tornyato air matoku
Tornyato jatuh juo


^-^       si perempuan tua ini baru belajar symbol ni

sengal mode to be cont…

Ok, bye    ^_* ( symbol ini juga )

Saturday, December 25, 2010

Dalam hati ada taman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entry kali ini, saya nak bagitahu ada satu blog yang saya found out about it recently. Sangat best dan sangat ‘comey’ approach nya.  Sesuai lah untuk  yang suka blogwalking dan dambakan bacaan ringan dalam blog. Just like me  ^-^


Tuan empunya blog tu, yang saya panggil ‘adik’ ( orang panggil dia bulat ), bertanyakan pada saya, kenapalah saya suka singgah pada blognya. Saya bilang padanya, yang saya suka approach yang dia gunakan. Creative and Simple, but then message yang mahu di sampaikan, saya sebagai reader  dapat terima dengan baik. Bila browse through blog dia, pasti sejuk sahaja hati ini, sebab ala-ala sweet gitu setiap entry nya, sangat sesuai untuk mereka- mereka yang tengah ‘dalam hati ada taman’.  walau pun dalam hati ku ada machine gun kan. 

Kalau nak cerita pasal favourite entry, saya tak ada pilihan spesifik, sebab semua entry yang di published pun saya suka..ngeeee ( bukan bodek eh, promosi blog ini tidak berbayar ) ^-*
Ok lah, sudi-sudikanlah drop by di blog yang saya mention kan ini ya. kalau kena dengan taste anda, pasti anda juga turut bersetuju dengan pendapat saya. Jom :-)

To Bulat a.k.a adik : 
cepat-cepat lah idea baru tu datang, and update blog ya. Thanks sebab blog kamu berjaya menceriakan hati kakak dan I am sure to others juga. FYI, kalau tak suka blog kamu di promote, nanti inform kakak eh, nanti kakak delete this entry. :) 

Larikkkkkkk  :-p

Friday, December 24, 2010

Jom Berdoa




credits to Google.

Jom berdoa :)

Thursday, December 23, 2010

Bla Bla Bla...

Pada readers yang mengikuti blog ini ( perasan-mode ^-^ ), mesti tahu yang saya suka ‘Quotes’. Tak kisah lah, English quotes, Metaphores atau Pepatah melayu baru dan lama, even Pantun dahulu kala pun saya layan. ( wah, persis oldtimer pula diri ku ;p )

Hokay, jika ada yang perasan, ada entry sebelum ini, menceritakan mengenai ‘ saya sempurna bila’ kan. Jadi, bila saya tengah mencari ilham kononnnya dengan ‘berdating’ dengan ‘uncle google’ nak mencari apa saja material menarik mengenai kesempurnaan, saya telah went thru beberapa quotes melayu yang pada saya amat menarik dan mencuit hati dan emosi saya. Pada yang rasa tak menarik, terpulang lah, tapi saya nak share tuk entry kali ini.

Once again, saya tak pasti nak credit pada siapa because I picked it randomly while I was googling. jadi seperti biasa, ‘uncle google’ lah dapat nama. ;p

Setiap individu, pasti punya interpretasi berbeza bila membacanya. Saya punya interpretasi saya sendiri, anda pula bagaimana? Apa- apa pun, kita perlu hormat tafsiran masing-masing, janji jangan salah tafsir pula ya. You can always ask people surrounds you yang lebih baik pemahamannya.

Kalau sekali baca, mungkin anda akan kaitkan apa yang saya share di bawah ini, cuma berkenaan dengan CINTA. Tapi, cuba luaskan minda dan pemahaman, InsyaAllah, anda akan nampak tidak hanya penceritaan mengenai CINTA  disitu.

Tahu tak, bila membacanya, tiba-tiba buat saya terfikir dan termangu seketika, tapi keputusan telah di buat. In consequence of that, ‘Life Must Go On Bebeh!’ ;p


“Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.”

“Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu. ...”

“Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....”

“Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.”

“Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.”

“Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.”

“Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL....”

·           Si bunga itu mula mekar kembali setelah sekian lama layu-kering tidak berbaja. Tapi apa kan daya,sudah cukup dibaja, sang kumbang pilihan pula tiada deria, hinggap pula di bunga yang lain yang malar mekar sentiasa. Silapnya di mana? Bunga, baja, kumbang atau bunga yang lain itu?....” – thatfairlady.

Freedom of Speech

Ya. Mungkin ini bukan landasan yang betul untuk saya ‘let it out’, apa yang terbuku di hati. But sometimes, ‘pedulik hape’ kan…huhu. 

Saya menyokong yang amat akan freedom of speech, tapi rasanya content entry untuk kali ini, tak ada lah cross the border sangat kan kan kan. dan  juga bukannya a little whining from me. cuma i think i have to let it out.

Baiklah, alkisahnya begini….

Apa kita nak buat dengan orang yang tak reti bahasa ni ya? Dah kita tegur dan nasihat berulang kali pun, masih lakukan kesialan kesilapan yang sama.  Teguran yang dibuat hanya untuk dia berubah dan jadi lebih baik, malah juga untuk kebaikan bersama. Tapi nampaknya kurang berkesanlah. 

Approach yang bagaimana lagi harus saya lakukan, saya pun tak tahu lah nak menangani manusia sebegini perangainya. Setiap pagi bikin spoil mood kita yang bersungguh mahu bekerja untuk mencari rezki. Kalau setiap pagi dah kena ‘injection’ dengan mood yang tidak baik, sesiapa pun tak betah untuk bersabar. Nak marah dah tak kuasa, Istighfar saja lah.

Spesies apa lah ya? Bila kita buat teguran, mukanya  betul-betul blur dan slow. I was wondering dia ini betul-betul noted ke apa yang saya cakap. Isi kandungan apa yang di cakap pula dah ala ‘siaran ulang tayang’, yang sama saja pula tu. Atau memang jenis manusia yang dah selesa hidup dengan ‘dunia’ sendiri?

Yes, I admit, yang part lain, dia boleh buat juga kalau disuruh, walaupun presentation of the works can be rated as average and sometimes below average. Tapi, daripada tak ada kan, ada juga lah dia. Entahlah ya, kalau tak cukup sabar, memang boleh gila dan sakit jiwa dibuatnya. Takkan pula nak ‘psycho’ dia, kang nangis anak orang pula kan. Bila dah ‘bertelenovela’ ,nanti confirm kita pula yang rasa bersalah.

Haish, tak mahu lah cerita lebih-lebih, moga pengakhirannya di harap baik-baik saja lah. Dugaan kecil yang diberiNYA, saya tahu DIA sayang saya. 

InsyaAllah.

p/s : huhu, baru dugaan kecil ini, kalau pegang tanggungjawab besar like sort of have to run the country ala Mr. President, harus mereng diriku ini terus ;p

Assalamualaikum…

bye :)

Tuesday, December 21, 2010

Saya Sempurna Bila...

Saya mendapat invitation untuk create satu entry mengenai  “ SAYA SEMPURNA BILA…”

Secara ringkasnya saya boleh katakan “Saya sempurna bila”…”Saya dapat menerima hakikat bahawa tiada apa yang sempurna dalam hidup ini”.

tetapi jika di tanya pada saya ketika ini, mengenai kesempurnaan,  ada beberapa perkara, yang jika terjadi, walaupun tidak mencapai titik kesempurnaan, dengan izin dan redhaNYA tercapai, Alhamdulillah, syukur padaMU.

Mungkin pada mata insan lain, apa yang saya mahu point out di bawah nanti, agak cliché. But then, itu lah yang saya mahu, itulah yang saya harapkan, itulah yang saya dambakan…itu lah jawapannya pada ketika ini, jika anda bertanyakan mengenai detik kesempurnaan saya.

Saya pasti setiap orang, ada wishlist masing-masing walaupun  pendek atau panjang, sama ada realistik atau tak tercapai dek akal. Begitu juga saya..sama saja,tidak lebih,tidak juga kurang..

Baiklah, saya sempurna bila…

1.       …Saya masih diberi peluang olehNYA untuk hidup dan lebih mentaatiNYA untuk bekalan di Akhirat, InsyaAllah.
-          Banyak sebenarnya elaboration tuk point ini, tapi tak payah lah saya elaborate dengan lebih detail point yang ini, biarlah ianya antara saya dan Allah.

2.       …Saya merasakan saya telah menjadi lebih baik atau bagus kondisinya dari kehidupan sebelum ini.
-          Yeah, kematangan memacu akal dan hati dan emosi saya tika ini.

3.       …Saya bersyukur dengan apa adanya kerna tika dilihat di sekeliling, masih ada yang lebih malang dari saya.
-          Kadang-kadang terasa nak menangis memang menangis pun  bila problems melanda. Tapi bila figure out that ada individu yang lebih teruk situasi dari saya. Buat saya lebih rasional, dan mensyukuri apa adanya.

4.       …Saya mampu untuk mencapai target mahupun pencapaian dalam karier saya.
-          Apa dia? malas lah mahu cerita ;p

5.       …Dari segi keduniaan, saya dapat kumpul aset-aset tetap untuk diri sendiri dan ahli keluarga.
-          Main focus, sudah pasti saya mahu menggembirakan my lovely super Emak. Kalau dapat meringankan beban dia pun sudah berjaya top up my eagerness level in life.

6.       …Saya sudah mampu untuk melangsaikan kesemua hutang-hutang saya.
-          uik, hutang-hutang yang business related hokay, bukan pinjam dengan ahlong arrr ;p

7.       …Saya mempunyai cash flow dan saving yang kukuh.
-          Hehe, hadoi hai…bilo lah nak sompurno part ni…huhu..chayo chayo!

8.       …Diri sendiri mampu memberi inspirasi kepada mereka yang mahu mencontohi.
-          Contohi yang baik-baik saja ya. Yang buruk-buruk tu jangan pula di ikuti, kan Allah dah anugerahkan kita akal dan fikiran. Guna lah ianya wisely.

9.       …Dapat bercuti ke lokasi-lokasi pilihan dengan ahli keluarga dan yang ‘tersayang’.
-          Kan best dapat bawa anak-anak saudara ke Disneyland. (heh, sebenarnya makciknya yang lebih excited nak  enjoy kat situ. Hehe. ;p ). Plus, belum ada pengganti untuk yang ‘tersayang’, sob sob sob.pelamin angan ku musnah lah katakan.

10.   …Saya sebagai wanita, dihargai darjat dan maruah diri dengan sebuah perkahwinan yang Allah berkati dan rahmati.
-          Moga Allah temukan pencarian ‘Yusuf’ saya dengan segera. Melalui pengalaman-pengalaman lampau, saya tahu saya tidak sesempurna mana, jadi sudah tentu saya pun tak boleh mengharapkan kesempurnaan pada seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup. Cukup lah si dia itu di senangi oleh ahli keluarga, ‘bertanggungjawab’ dalam segala hal dan bukan ‘milik’ sesiapa. InsyaAllah..Allah Maha Mengasihani.

Ok, cukuplah, 10 points ya. Kalau nak ikutkan banyak lagi points, tapi ianya lebih bersifat peribadi. Please do respect it because I have to keep it private due to certain circumstances.

Terima kasih kerana sudi buat pelaburan masa untuk membaca entry kali ini.

Task completed.

May have a good day semua!

Bye! Smileeeeeee……

Monday, December 20, 2010

HANTU & saya

* sila klik pada gambar untuk gambaran jelas.

Hadoi, lawaklah cerita ni. kalau saya jadi cikgu budak yang menulis karangan ni, tak tahu lah sama ada nak marah atau nak gelak, mahupun bertanyakan elaboration cerita ni. tapi memang lawak. kurang sikit boring dan gundah-gelana-mode eden ni ha tatkala membacanya.huhu :)

Friday, December 17, 2010

Thursday, December 16, 2010

Entah

Kadangkala…
Entah mengapa minda ini masih…
Dan entah mengapa juga hati ini masih…
Masih ada lagi sisa-sisa yang belum pudar…
Memang dasar manusia lemah!
Moga Allah masih sudi memberi insan picisan ini kekuatan…
Agar betah diri ini tidak hanya hidup dalam kenangan…
Tidak jauh tersasar dari lapangan hidup yang sudah pasti nyatanya..
Kerna diri dan emosi serta minda sudah kehausan sendinya…



Thatfairlady


Monday, December 13, 2010

Instead of

Instead of putting my keys on key box, I rather located it randomly on the table.

Instead of keeping my makeup and beauty tools inside my make up box, I rather storage some of it in so called ‘cheap-not environmental plastic bag’.  ( just imagine giant plastic bag )

Instead of go online with my netbook on proper table perhaps; I rather let my bed be the substitute every night.

Instead of wearing high heels or wedges, I chose my ‘selipar buruk’ yang dah layak humban ke sungai.

Instead of to switch off my netbook and go to sleep heavenly ( how I wish ) every night, I chose to sleep unconsciously with my netbook on my bed and leave itself online-untouchable till early morning.

Instead of eating my dinner before 7 pm, I always mentekadarah eat after 9 pm.

Instead of to type this entry in English as a whole, I chose to type it in rojak dual languages.

Instead of to finish up all my works accordingly in daily basis, I have no choice other than to let it in pending mode, and prioritize the urgents.

And sometimes, instead of feeling grateful and relieves due to ‘moved on' decision making, I still stuck with memories that keep on bugging me all the time.

Sorry, for the time-wasting for reading this pointless entry.

Yeah,

 bye..

sigh..




Friday, December 10, 2010

DOA Untuk Memagari Dari Gangguan Syaitan

Assalamualaikum.

Ada tips doa yang mahu saya kongsi pada entry kali ini. Tips ini saya dapati sumbernya dari Facebook. Walaubagaimanapun, Kebenarannya akan tips ini, saya yang masih dangkal pemikiran logiknya tidak dapat mentafsir samada ianya boleh dipercayai atau tidak.  Jika ianya benar, maka InsyaAllah, moga kita mendapat manfaat darinya. InsyaAllah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut ialah nasihat dan pedoman untuk memagari rumah dan anak-anak daripada gangguan syaitan seperti yang diajarkan oleh Al-Quran dan As-sunnah.

1. Membaca surah Al-baqarah di dalam rumah
Rasullullah bersabda:"Janganlah jadikan rumah kamu sebagai kuburan. Sesungguhnya rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

2. Membaca Bismillah sebelum masuk dan semasa keluar daripada rumah

3. Membaca ayat kursi kepada anak-anak sebelum tidur
 { اللَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ }

4. Membaca doa berikut kepada anak, sambil tangan mengusap kepalanya :
اعذك بكلمات الله التامة من كل شيطان وشره
Maksudnya : “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan kejahatannya.”

5. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian sapu seluruh badan sebelum tidur

Satu hadith daripada Aishah RA, mengatakan, bahawa apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم berbaring di perbaringan baginda pada malam hari, baginda menyatukan kedua telapak tangan baginda lalu baginda meniup keduanya dan membacakan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian baginda mengusap tubuh baginda yang mampu diusap dengan kedua tangannya. Baginda mulai dari kepala, wajah, dan bahagian muka tubuhnya. Baginda melakukan hal itu tiga kali.“ (Hadith sahih Bukhari, riwayat Aishah RA)

6. Bersihkan hidung jika terjaga tengah malam
Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dari mimpinya, hendaklah dia melakukan membersihkan hidungnya tiga kali, kerana syaitan bermalam pada hidungnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Disebut dalam Sahih Muslim, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang membaca 100 kali :
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang.


Thursday, December 9, 2010

SALAM TAKZIAH DAN AL-FATIHAH

Salam takziah kepada keluarga salah seorang sahabat baik saya, Akilah, atas kehilangan Allahyarham bapanya yang tersayang pada pagi tadi.

Akilah ini, bukan sahaja merangkap salah seorang sahabat baik saya, yang saya kenal sejak kecil lagi, tetapi dia juga merupakan saudara terdekat, di mana Allahyarhamah neneknya dan nenek saya merupakan adik beradik kandung.

Moga Akilah dan keluarga tabah dalam menghadapi situasi ini. Saya sympathy dan empathy dengan situasi dan kondisinya. Saya juga turut bersedih.

Pada yang membaca entry ini, saya memohon sepuluh jari, dengan rasa rendah diri, jika sudi, anda semua sedekahkan doa agar Allahyarham lebih tenang di sana dan moga rohnya ditempatkan di kalangan istimewa di sisiNYA. InsyaAllah…
AL-FATIHAH

Wednesday, December 8, 2010

Tri dan cacing

Termasuk ini, dah masuk entry ke-3 mengenai ‘kucing debab’ bernama Mystery ini. Saya bukan penggemar kucing, cuma saya ambil berat akan makhluk ini, atas dasar dia juga ciptaanNYA. lagi-lagi makhluk yang tidak seuntung kita sebagai manusia ni kan. nak tau rupa budak debab itu macam mana, silalah refer entry-entry sebelum ini ya. ala, exercise lah jari tu sikit..teehehe ;p

Semakin hari semakin debab, masa kan tidak, satu hari, ulang alik makan hingga 7-8 kali. Mana tak debab jadinya. Dan symptom kemalasan yang terlebih pun melanda pada dia. Asyik berlengkar atas sofa empuk dan tidur dengan indahnya, sampai kadangkala dia mengigau hokay. Kelakar lah kau ni ‘Tri' ( nama manjanya ).

Menurut kakak saya, si Tri ni ada masalah cacing dalam perut. Kakak saya dah bagi dah ubat cacing padanya. Yang bagusnya, menurut kakak saya, senang pula dia nak makan ubat. Atau mungkin si Tri fikir itu air minuman yang sangat lazat gamaknya. Huhu.

Selain sofa empuk, kalau bangun saja dari tidur, ataupun bila masa dia nak tidur, siaplah paha-paha kami ini jadi mangsa. Saya yang tak termaktub dalam golongan penggemar kucing ini pun dijadikan mangsa Tri. Selalunya, kalau dia dah baring, saya akan keras  je lah, nak angkat geli dan tak reti. Jadi, sesiapa yang lalu depan saya, akan saya panggil untuk alihkan si debab ini.

Nak dijadikan  cerita, pada 2-3 lepas, si Tri ini baru bangun tidur. Since saya seorang saja depannya pada tika itu, so dia dengan muka mengada-ngada lagi gedik pun berjalan dan landing atas peha saya. Mula-mula saya tak kisah juga tapi all of sudden, saya macam suspicious saja si Tri ni asyik mengeoww    ( eh betul ke ejaan ni ), dan macam nampak tak selesa. Rupa-rupanya, ada seketul cacing putih terlekat kat jeans saya, yang saya percaya tak lain dan tak bukan datangnya dari ‘tetttt’ dia lah.

Hadoi, apa lagi, dengan penuh terkejut, terus menjerit minta tolong. Walhal cacing tu tak adalah besar mana, kecil saja. Dah nama minah over kan, propa je lebih. hahaha. Tapi geli lah seyh.

So Tri, lepas ini, diriku dah serik, janganlah kau berharap untukku pinjamkan peha drumstick empuk ku ini untuk tempat kau tumpang beradu. Ceh, tak dapat eden nak nolong.

Tuesday, December 7, 2010

Tadah tangan

Setelah kita berpenat lelah berusaha bekerja mencari rezki, adakalanya kita terhimpit dengan beban hutang yang kadangkala sukar mahu ditanggung dek badan.

Ayuh kita sama-sama menadah tangan, seikhlas hati memohon dan berdoa agar kita peroleh rezki yang diredhaiNYA..

  Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu ”

Amin Yarabbal alamin.

Aku bermohon padaMu Ya Allah, Hanya KAU saja yang mampu untuk memakbulkan doaku ini, kerna hanya KAU saja yang berkuasa di dunia dan Akhirat untuk menjadikan kami dan sekalian alam.

Monday, December 6, 2010

1432H,Terima Kasih Allah

Assalamualaikum Wbt..

Selamat Menyambut Maal Hijrah. tahun baru, iaitu 1432H.

 Moga tahun baru ini, pengharapan saya agar ianya merupakan tahun yang  lebih baik dari sebelumnya.

Lebih baik dari semua segi, tidak kuasa untuk menghuraikan segalanya dengan lebih detail.

Pengharapan saya juga sama untuk anda, moga kedatangan Maal Hijrah ini, memberikan anda kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Moga juga kita sentiasa dirahmati, diberkati, diampuni, di sayangi dan sentiasa di bawah LindunganNYA.

Sedar atau tidak, seberapa banyak khilaf yang kita lakukan selama kita hidup di muka bumi yang dipinjamkan olehNYA, Allah tetap ADA disisi kita dan terus memberi kita Nikmat Hidup yang tidak terhingga. 

Bersyukur lah wahai Makhluk-makhluk kepunyaan Allah. 

Ingatan untuk diri saya juga sebenarnya, selain kita berusaha, janganlah kita berhenti berdoa meminta kepadaNYA, walaupun adakalanya kita berasa yang doa kita belum dimakbulkanNYA. 

janganlah kita menjadi manusia yang ego dan sombong padaNYA, setelah segala nikmat hidup yang kita rasai selama ini, pantaskah kita bersikap sebegitu rupa?

Berdoalah..


Terima Kasih Allah. 

Sunday, December 5, 2010

Jom shopping hadiah weh…

Mari-mari, adik-adik,kakak-kakak, abang-abang ( yang ni kena buat ekpresi muka comel ), makcik-makcik, mahupun pakcik-pakcik ( sambil pandang muka makcik di sebelah tu ;p )..

Saya nak promosi, ada satu blogshop ‘baekkk punyerrrr’. Tapi sebelum itu, saya nak bagitahu, promosi ini adalah percuma, dan juga tidak disuruh oleh tuan empunya blog tersebut untuk ‘promote’ di blog saya ini.  Saya saja nak promote, saya kan comel baik hati. Tapi kalau lepas promosi ini, sales order meningkat ( ceh! Perasan,macam lah ramai yang baca blog ni  kan ;p), tak reti-reti nak lantingkan kat kita di sini free gift ya tuan empunya blog, ngeh ngeh ngeh ;p

Dah, buka mata besar-besar, focus apa yang saya nak promosikan ini.

 ‘On your mark, Get set,Go!’

Ianya merupakan satu blogshop yang menjual baby gifts untuk newborns yang bernama 'MYSELIMUT BABY'.

Setahu saya, main products mereka adalah 'Baby Swappy Swaddle - Bedung Berpelekat Moden', 'Baby Hooded Blanket', 'Bath Towel', and etc. Yang buat ianya lagi best dan special, kesemuanya boleh disulam dengan nama penerima gift itu, of course lah, name of the babies, not the parent ok.hehe. ( eh, tapi kalau ada yang sudi nak bagi saya gift selimut bersulam nama saya, i don't mind ;p )

Kalau anda tak ada masa nak pilih gifts yang special, apatah lagi tidak mempunyai sentuhan kreativiti untuk menghias gifts tersebut. serahkan pada mereka ini ok. 

Nak tahu lebih lanjut, rajin-rajin lah direct click this link :  http://myselimutbaby.blogspot.com/  atau facebook mereka.

ok,dah,bye!

Saturday, December 4, 2010

A bite or two, won’t make you looks even fatter..

* Entry kali ini sebenarnya dah lama 'berkulat' dalam draft saya. tapi disebabkan kemalasan  tiada masa, maka terperam lah ia. hari ini,saya publish juga, kerna berat badan saya sudah naik 3kg! selera makan menaik dan kelihatan menakutkan. Tempat pertama di anggota badan yang nampak obvious naik adalah pipi gebu ku.

Haiyaaa…tak mengapa, kerja keras harus dilakukan semula..mungkin dengan publish entry ini, boleh bantu saya refresh balik apa saya patut buat, so that I can ‘get in track’ semula. Chayo3  ;)


Baiklah mari kita mula..

Ok, maybe you feel it. You sense that you are getting even fatter when you taste it. Lepas tu, makin fed up untuk diet, sebab no eating pleasure. Bila dah fed up, ‘diet untuk kurus-sihat’, turn up jadi ‘diet gemuk-banyak penyakit’.

trust me, bila dah kurus or badan dah menyusut, mesti  ramai  yang puji akan perbezaan kita. Time tu lah kita rasa, amat berbaloi diet dan senaman kita selama ini. Bak tagline celcom, ‘berbaloi-baloi’.

Hehe, saja je kan…jangan bimbang lah, jika anda jaga pemakanan dan diet anda dengan betul, tiap hari amalkan bersenam. A bite or two ( menjamah konsepnya ya), tidak akan menggemukkan anda. Sebab sebenarnya, lemak-lemak dari makanan kita ni sebenarnya ambil masa untuk membentuk kegemukan dalam badan kita. Kalau dah termendak lama dalam badan kita, terutama di usus kita tu, moreover, tak ada aktiviti lasak seperti bersenam, memang lah lama-lama akan jadi lah ‘peristiwa’ kegemukan tu.

Apa hal pula saya membebel pasal ni kan? Saya pun tak banyak ilmu di dada, tapi saya dah lalui segala momentum menjadi seorang yang gemuk. Dari kecil sampai lah dah umur nak masuk 3 series ni. Alhamdulillah, I am getting better with my size, as well as my lifestyle. I figured that I am more healthier right now, dan pasaran ‘saham’ memang makin up, tinggal tengah analyze borang jawatan kosong yang bakal diisi saja ni ( ok, crap, maafkan kemerepekan saya sebentar tadi. Lol ;p )

 Kalau anda masih berumur bawah 30 tahun dan ada masalah kegemukan, berubahlah ok. Slow-slow berubah, jangan lah mahu berubah mendadak, kalau anda tak cukup keazaman, for sure anda akan surrender awal. Kenapa saya cakap umur di bawah 30 tahun? Kerna ia berkait rapat dengan tahap metabolism kita. Tahu kan, jika anda bukan lah seorang yang aktif bersukan atau ahli tari, mahupun genetically gifted dengan high metabolism, jangan mimpi lah year by year tahap metabolism anda semakin menaik. Sementara masih muda ini lah, kita kena mulakan gaya hidup sihat. Tapi untuk mereka yang over 30’s pula, jangan jadikan alasan metabolism yang makin menurun sebagai alasan tidak boleh kurus dan sihat. Sebab, kalau nak jadi kurus dan sihat, ‘banyak alasan’ adalah pembunuh utama kita menjadi orang yang gagal. So, stand up and make a move right on.

Ok, fine, once in a while, sebagai contoh, satu hari dalam seminggu, rehat-rehatkanlah minda kita yang terseksa tu, dengan makan apa yang kita mahu. Tapi harus lah dalam kuantiti yang terkawal ok. Ingat, minda yang mengawal, bukan nafsu. Macam saya cakap tadi, konsep menjamah takkan menggemukkan kita.
Yes, sebagai manusia biasa, saya pun banyak kali melakukan khilaf dalam berdiet, nak-nak bila keluar dengan emak saya dan anak-anak saudara saya, serta time family gathering. Sekali sekala tak mengapa, lepas tu, haruslah we put extra harder on diet and exercise ok. Tapi jangan lah sampai rasa terseksa.

Saya mungkin tidak sebaik dietician sebenar. Tetapi untuk sihat dan susutkan badan, saya ada formula saya sendiri.

First week of diet, cuba control kuantiti pemakanan kita. Kurangkan pemakanan yang boleh menggemukkan. Instead of makanan berlemak dan junk foods, apa kata, sikit-sikit, perlahan-perlahan, try selitkan menu buahan-buahan dalam menu makanan seharian kita. Bila waktu malam sahaja, saya tukarkan meal berat saya dengan sayur-sayuran dan fruits. Buah-buahan ikut selera masing-masing lah. Kalau boleh tukar-tukar lah jenis buah-buahan itu tuk elak bosan menikmatinya. Tapi jangan pula lenjan durian ya.hehe. selain itu, amalkan minum air kosong / mineral / masak. Sangat-sangat penting untuk kesihatan tubuh dan dalam keperluan diet.

Second week, carry forward habit pada 1st week tu dan cuba masukkan aktiviti senaman pula. Kalau anda malas nak pergi ke gym. Anda berjogging saja, mudah dan tiada kos kan? Ambil masa dalam 30 minit- satu jam setiap kali bersenam, kalau anda mampu. Kalau tak mampu, sebagai permulaan, 30 minit pun ok lah. Janji peluh banjir keluar, bila peluh keluar, means toxin dalam badan pun dapat dikeluarkan. Toxins keluar, means badan pun akan rasa lebih sihat dan selesa. Trust me! Kalau nak hasil memuaskan, bersenam lah setiap hari. Kalau tidak pun, jangan paksa diri sangat, ingat kita harus diet in happy-mode ok. Saya sarankan kalau tidak mampu buat setiap hari, buat 3 kali seminggu secara berselang hari dan setiap kali bersenam, luangkanlah masa paling kurang 1-2 jam. Kalau tidak, satu jam pun jadilah. Bersenam ini, selain baik untuk kecergasan badan, ia juga untuk pembentukan otot kita. Tak ada lah, bila kurus nanti, frame saja kurus, otot pula lemah macam orang tua. Selulit dan lemak-lemak yang telah lama bertapa di badan kita juga akan berkurangan.

Third week, sekali lagi carry forward habits dari minggu pertama dan kedua. Kali ini, saya dah mula pakai slimming gel dan pakaikan ia di tempat bermasalah di badan. Sebenarnya aplikasi slimming gel ini boleh diamalkan pada minggu pertama lagi. Lagi bagus, tetapi untuk orang yang azamnya tak kuat, perlahan-lahan la ya. Selalunya saya pakai pada waktu pagi selepas mandi dan juga sebelum tidur. Pada waktu pagi, selepas aplikasikan gel tersebut, saya pakaikan korset, dan biarkan ianya dibadan tidak lebih dari 12 jam. Pemakaian korset pada waktu siang amat bagus, kerana waktu itulah badan kita aktif dan lasak kalau nak dibandingkan pada malam hari. Kalau boleh, jangan obses sampai tidur pun pakai korset ya. Harus diingat, waktu tidur adalah waktu muka dan tubuh kita di rawat. Dan biarlah badan kita pun mahu rehat juga. Satu lagi tips, kalau nak berdiet, jangan tidur hingga lewat malam. Tahu tak, pada waktu 12 tengah malam hingga 3 pagi itu, adalah waktu muka dan tubuh kita mula untuk dirawat pada waktu kita tidur. Jadi, kalau baru nak masuk tidur pada 12 tengah malam, sudah tentulah waktu rawatan itu akan terganggu.

 Tidur cepat juga berjaya mengelakkan kita untuk makan dengan lebih banyak. Trust me, tidur cepat juga buat badan kita terasa ‘fresh’ pabila bangun dari tidur pada keesokan pagi ( pagi ya, bukan bangun tengah hari, nanti muka sembap dan ‘gemuk’ kalau bangun tidur lambat ).

Kalau anda ada bajet sedikit, luangkanlah masa untuk bersauna di spa. Sauna ini banyak kelebihannya, terutama dalam mempercepatkan lagi proses ‘slimming’ . keterangan lebih lanjut mengenai sauna ini, nanti saya buat entry khas ya ( sabar ok ). Jika anda sihat tubuh badan, dan memang disiplin tinggi dalam menurunkan berat badan, saya galakkan anda bersauna sebanyak 3 kali dalam seminggu. Sebelum bersauna, pakaikan slimming gel dan minum segelas air masak. Cuba survey spa-spa berdekatan, dan pilih sauna jenis FIR ( infrared based kerna ia berasaskan haba dan dilengkapi anti kuman, tak ada lah isu terjangkit kuman orang lain kan ).

Ada banyak lagi sebenarnya mahu dikongsi, tapi..cukuplah sekadar ini dahulu ya.

Bubbye!

Friday, December 3, 2010

Naik Belon Jom!

senario sepasang kekasih tengah dating-mode dalam yahoo messenger :

P : awak, awak kata sayang saya.

L : memanglah saya sayang awak.

P : kalau betul, buktikanlah...

L : saya dah booked tiket kita 'naik belon' ke New Zealand.

P : poyo je awak ni, saya tak percaya lah, awak mana ada duit banyak sangat pun.

L : ish awak ni. tak caya baca ni

P : owh, terima kasih awak. saya sayang awak. ( lub lub lub )

L : sayang awak juga. :)
     Nah! amik statement ni, awak promote lah pada kawan-kawan awak ya
 New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ

Tak Suka

saya cukup tak berkenan lagi tidak suka, kalau terdengar orang yang suka cakap ‘TAU TAKPE’ dan ‘ ADA AKU KISAH a.k.a  AAK’.

kononnya, style habis lah tu ya. kalau bercakap sesama sendiri tak apa lah juga, tapi adakalanya segelintir dari mereka, yang terbawa-bawa, bercakap macam itu pada orang yang lebih tua, setua-tua yang boleh kita consider age emak bapak kita. 

Kalau ada bercakap dengan saya macam tu, 

do you know what will I do? 

‘Talk to the hand babe!’

Ok dah, nak bagitahu itu saja.

Assalamualaikum,

bubbye!

Thursday, December 2, 2010

Indonesia VS Germany

sila klik pada carta jika rabun di atas untuk gambaran lebih jelas.
terima kasih. 

Kerja ooo kerja






Nampak tak? Itu adalah rutin kerja di pejabat saya setiap hari. Nak tak nak, kena buat juga lah. Kadang-kadang tu, kalau dah letih fizikal, otak mahupun emosi, saya biarkan saja bertimbun atas tray itu, dan saya dahulukan kerja-kerja yang urgent dahulu. But anyhow, things must be settle juga , kerna lambat laun, tiada orang lain, saya juga yang kena buat kan.

 Itu baru kerja di pejabat, belum masuk kerja-kerja lain dan outstation pula. Pernah banyak kali ini terjadi, di mana, I was in a middle of doing something ( work ), tiba-tiba teringat kerja lain pula, terus tinggal current work at that time, dan buat kerja yang saya baru teringat itu. Sampai kadang-kadang, saya tak tahu nak capai kerja yang mana dahulu. Bad planner, bad filing-organizer, bad bad bad…huhu ;p

Well, ini cuma kerja ringan saja yang saya pegang, belum tengok lagi kerja emak saya a.k.a my business partner, even worse, sebabnya dia punya peranan and roles lebih besar. Kepala otak dia sentiasa bergerak berfikir untuk business dan kehidupan. Itu belum masuk lagi kes, nak settle problem yang suppose nya bukan masalah dia at all, tapi dia tolong solve kan. Aren’t they supposed to be grateful to have her in their life? But, she managed to do it well all these while.  Pada usianya yang hampir menjengah 60 tahun, I adore her and she is totally my mentor dalam kehidupan. Kalau mahu tahu, kadang-kala saya malu juga, saya yang sudah berusia 27 tahun dan merupakan lepasan graduan ijazah pentadbiran perniagaan ini, tidak mampu berfikir dan bertindak sebaik dia dalam business act dan juga kehidupan. I loves you emak!

Back to the topic, waktu kerja saya adalah dari 9 pagi hingga 9 malam,Kadang-kala ianya menuntut saya bekerja lebih awal dan lebih dari waktu itu yang saya nyatakan itu. Tapi walau sesibuk mana pun kerja, masih juga ada waktu untuk solat dan makan serta rehat seketika. InsyaAllah.. hari bekerja pula adalah setiap hari, tanpa bercuti, kecuali cuma jika ada waktu kecemasan dan juga perayaan seperti aidilfitri dan aidiladha. Workaholic? tidak juga, cuma dunia dan nasib anda dengan saya, mungkin sedikit berbeza. Sometimes, I felt so envy pada mereka yang punya banyak masa terluang untuk dibuang setiap hari, meanwhile, saya pula sampai tak cukup masa nak settle kerja.

Anda nak cop saya ‘girl with no life’? terpulang. itulah saya, saya sudah immune dengannya.  nak bersosial seperti lepak dengan kawan-kawan,shopping dan berpacaran seperti zaman belajar di university dahulu pun saya tak betah mempunyai cukup masa. Rimas? Memang, kadangkala terasa, tapi inilah dunia saya. What ever it is, I am grateful, sebab sebilangan orang lain mungkin tidak dapat peluang menjadi seperti saya seperti sekarang ini.

 Nasib baik lah, zaman sekarang ini, sudah ada social networking seperti twitter, facebook, yahoo messenger dan blog.  Kalau tidak, sudah pasti hanyut dek dunia  sendiri. Pada waktu malam, before tidur, social networking ini semualah yang buat saya keep in touch dengan dunia luar seperti keep in touch dengan BFF’s saya dan berita terkini berlaku setiap hari di luar sana. Tapi kalau kata, ternampak saya online sampai ke subuh tu ( selalunya fb dan ym lah ), janganlah ingat saya kemaruk sangat bersocial networking ya, sebab sebenarnya netbook dalam on-mode, tapi saya selalu end up tertidur lebih awal depan netbook saya, atas katil. Teehehe ;p

Dah,

Assalamualaikum  semua.




Wednesday, December 1, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

Tuesday, November 30, 2010

01.12.2010

Assalamualaikum.

dalam beberapa ketika saja lagi, masa bakal beransur ke hari baru. ianya bermaksud kita juga bakal melangkah ke bulan baru, iaitu disember 2010.

hmm..sekejap saja rasa, dah nak sampai akhir tahun..Alhamdulillah, masih lagi kita diberi peluang olehNYA untuk terus bernafas lagi sampai tika ini.

dalam tempoh hampir setahun ini, walau pun rasa sekejap, macam-macam perkara dah berlaku pada kita dan manusia sekeliling. same goes to me. jasad dan mental ini juga tidak terlepas untuk melalui kehidupan yang pahit, manis, kelat, jerih  dan masam masin, semuanya saya dah lalui untuk tahun ini. tak payah lah, nak ulas lebih-lebih pasal itu semua. malas saya nak beremosi untuk bercerita pasal itu. letih juga, setiap hari kita dicop muka 'emosi' kan. well, i am just being my own self, take it or leave it ok people!

waimanya, masih lagi saya 'survives' dalam percaturan hidup, walaupun adakalanya dah 'acup-acup' kelemasan tenggelam timbul dek arus hidup. Alhamdulillah, mungkin juga kerna saya pernah terbaca dan terngiang-ngiang dalam otak dan minda ini akan satu sabda Rasulullah, 'bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam.' jadi, itu lah pegangan saya, walaupun ada ketika saya pun terlupa akannya, well, saya juga manusia biasa seperti kamu semua.

jarang sekali entry-entry saya selama ini, saya menulis panjang-panjang dalam blog, most of it, saya just share ( copy and paste ) and then ada juga saya set it as pictorial entry. well, malam ini, itu mood menulis, ada mari lah..huhu..sila lah baca sampai lebam..teehehe..

baiklah, pengharapan saya pada bulan baru, bulan terakhir 2010 ini, masih lagi sama. secara umumnya, tidak lah saya meminta lebih, malah tidak juga meminta kurang..As long as Allah masih memberi peluang untuk saya terus bernafas, bagi lebih mentaatiNYA dan juga teruskan kehidupan seharian untuk memenuhi tuntutan kerja dan keperluan fungsi keluarga, Alhamdulillah for that. Thank You Allah!

jangan dihitung sangat hari mendatang kerna masa tetap akan berjalan, umur pun makin meningkat, tanggungjawab pula makin besar,resolusi yang tak tercapai segera usahakan.hidup pula sudah pasti makin hectic lagi complicated hasil garapan kita sendiri.amal dan tabiat? itu sendiri fikirkan lah ya.

ulang tayang quote :

"goodbye november and all those sad thingies happened previously..

hello december, please do be good to me..
"


p/s : semalam saya telah belajar satu lagi quote dari seorang rakan. quote nya begini  "good, better, best.... dont rest until your good is better, your better is best". faham maksudnya? fikirkan sendiri, tak faham, tanya lah pada yang tahu ya. ( diulangi, yang tahu ya, bukan yang 'berlagak' tahu mahupun 'purak-purak' tahu ) ;p

 sekian! :)

koleksi pantun lama

jom layan koleksi pantun lama

Halia ini tanam tanaman
Uratnya tumbuh di hujung halaman
Dunia ini pinjam pinjaman
Akherat sungguh tuju pedoman

Anak ikan dimakan ikan
Tulang di mana hendak longgokkan
Pandai makan pandai bersimpan
Rahsia jangan awak tunjukkan.

Sakit pandan kerana duri
Sakit badan tak sedarkan diri

Puyu puyu konon namanya
Di dalam kolam konon tempatnya
cantik manis barang lakunya
serta dengan budi bahasanya

Penggaga di dalam timba
Mari di goreng di dakam kuali
Seekor naga di Lautan Cina
Digonggong kumbang dibawanya lari

Patah ranting di tengah rimba
Patah di titi Malim Sidi
Sungguhpun gajah binatang besar
Sudahlah rezeki si ular lidi


Pulau tinggi terendak cina
Nampak dari Pasir Sibu
Tuan pergi janganlah lama
tidak kuasa menanggung rindu

Pinjam saya pisau raut
Hendak meraut bingkai tudung
Gila apakah ikan di laut
Melihat umpan di kaki gunung

Terang bulan di pintu kurung
Cahayanya sampai ke daun kayu
Kalau Allah hendak menolong
Air pasang kapal pun lalu.

Alang di sebelah alang
Anak ikan kena lukah
Jangan tuan alang kepalang
Jangan diduga Laut Mekah

Buah jering di atas para
Diambil budak sambil berlari
Keringlah laut tanah Melaka
Barulah saya mungkirkan janji

Orang menembak di Pulau Hantu
Asapnya ada timbun menimbun
Seumpama bunga di naung batu
Taruknya kaca, tangkainya embun

Orang mengail di Lubuk Bulang
Apa umpannya? Kulit duku
Orang bermain kekasih orang
Nyawa bergantung di hujung kuku


Buah embacang masak serangkai
burung dekut meniti batang
Saya dagang tidak terpakai
Macam melukut di tepi gantang

Tikar pucuk, tikar mengkuang
Alas nikah raja melayu
Ikan busuk jangan dibuang
Buat perencah si daun kayu

Tebang gelam tebang kenanga
Batangnya tumbang menimpa gedung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung

Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu

Tumbuk lada di atas para
Ada kasut simpan di peti
Tepuk dada tanya selera
Apa maksud di dalam hati ?

Limau Bentan di tepi tingkap
Budak budak melempar burung
Harimau di hutan lagi ku tangkap
Kononlah pulak cicak mengkarung

Air surut, memungut bayam
Sayur di isi ke dalam kantung
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Anak punai, anak merebah
Hinggap di tonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hatinya orang

Rotan siput rotan berlengkar
Anak itik patah kakinya
Hujan ribut gunung terbakar
Embun setitik padam apinya

Dari Arab turun ke Aceh
Naik Jawa berkebun serai
Apa diharap hati yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai

Monday, November 29, 2010

Kepada Allah Aku Meminta..

ini ada satu lagi notes dari FB. kisah ini memang boleh dijadikan kesedaran, meleleh air mata membacanya..Allah Maha Besar..tidak pula saya pasti, siapa penulis asal notes ini, tapi saya pasti niatnya baik,kita berkongsi ya..

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

“Roti canai…” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.
 

*Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

‘Tak boleh sembahyang Jumaat!’

Saya bekerja di bahagian ‘script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

“Kenapa baru balik? Pergi mana?” jerkahnya.

“Sembahyang. Hari inikan Jumaat,” saya jelaskan dengan santun.

“Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!”katanya tidak puas hati. Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ‘solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim ‘bersidai’.

“Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!” kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang “Remiser” mengambil saya berkerja sebagai “Asistant” di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza – bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

“Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat,” ingat mereka kepada saya.

Teresak-eask saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya…

“Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka.”

Ya, begitulah juga dengan saya…hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka…

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia…itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.”





*Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah ‘menyelamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.

Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya. Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu…

Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :

'Mmm…sedap..” Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik-carikkan’ nurani saya. Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena……

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya. Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama ‘universiti terbaik’ hidup kita selama ini.

Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya. Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?” (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa. Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga ‘frust’ dan tewas. Kecewa umpama ‘mati’ sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, ‘menghidupkan’ saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.

Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya. Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang…

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156).