nuff nang

Sunday, April 3, 2011

A Note For You

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi.

Tidak semulia Khadijah, tidak setaqwa Aishah, pun tidak setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanya wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi isteri solehah.

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama.

Isteri menjadi tanah, dan kamu menjadi langit penaungnya.

Isteri menjadi tanaman, dan kamu menjadi pemagarnya.

Isteri menjadi kiasan ternakan, dan kamu kiasan gembalanya.

Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjakannya.

Saat isteri menjadi racun, kamulah penawarnya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok, berkatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya Iman dan Taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana.

Justeru kamu bukanlah Rasulullah pun bukan Saidina Ali Karamallahuwajhah.
Kamu hanyalah lelaki akhir zaman yang berusaha menjadi lelaki soleh.

*Sumber :  Slot Renungan Bersama  di Kad Undangan Perkahwinan.

No comments:

Post a Comment