nuff nang

Thursday, November 4, 2010

Saya Alahan

Ini bukan berkenaan alahan saya pada penyakit resdung saya…itu dah beransur pulih…tapi ini berkenaan alahan yang satu lagi..iaitu ‘alahan kepada soalan-soalan bonus’…heh, siapa yang kena, tahulah bagaimana feelingnya ok.

Ya, saya tidak kisah jika soalan itu berbunyi ‘ Bila ya awak nak buka cawangan baru untuk perniagaan awak?’ atau ‘ Muka awak ni cantiklah, awak pakai produk apa ya?’ mahupun ‘ badan awak dah kuruslah, apa rahsianya?’.. maka, saya tidak kisah untuk memperkatakan jawapannya dalam 4 perenggan sekali pun ya.

Tetapi…yang adooooo….saya masih menjawab ‘soalan-soalan bonus’ itu, tetapi sesungguhnya jawapan di mulut dan jawapan di hati sangat ‘clash’ ok..letih tahu, tetapi saya masih menjawabnya dengan senyuman, ‘walau dalam hati ada pisau’.

Soalan-soalan yang selalu ditanya pada saya adalah ( terutama kebelakangan ini ) seperti berikut.  :

-          Soalan : ‘ Alahai Muka awak ni cantik lah, bila nak kahwin ni?’
Jawapan Mulut : ‘InsyaAllah, tunggu je lah kad jemputan ya’ ( jawapan dengan senyuman )
Jawapan Hati : ‘tak ada calon, asyik frust menonggeng jek.macam mana nak kahwin’..Ngok tul!

-          ‘Belum kahwin ya, bila nak merasa makan nasi minyak ni?’
Jawapan Mulut : ‘Alah, nak makan sekarang pun boleh, jom kita pergi makan kat restoran tu’
                                ( sekali lagi,  menjawab dengan senyuman )
Jawapan Hati : ‘Hok oloh, ada yang mulut kena rodok dengan selipar ni kang..busy body
                            betul.salah ke aku belum berkahwin?’

-          ‘ Dah ada calon ke ni?’
Jawapan Mulut : saya cuma tersenyum lalu jawab bajet ala artis ‘ No Komen’ ataupun cakap saja
                              ‘ Ada’.
Jawapan Hati : ‘Adoi, ada calon atau tidak…jangan sibuk boleh tak? Takkan lah aku nak
                            menceritakan ‘ kronologi cinta’ aku lak…

-          ‘ Anak dah berapa?’
Jawapan Mulut : ‘ Eh, saya belum kahwin lah’ ( masih senyum )
Jawapan Hati : ‘Siot lah, aku belum kahwin, dah nampak macam mak orang lak’

-          ‘ Eh, kenapa rupa awak lain ya dari kakak awak?’
Jawapan Mulut : ‘Owh, akak ni orang yang entah ke berapa ribu entah tanya soalan macam ni’
 Jawapan Hati : ‘ tau arr aku tak lawa, tak payah la nak buat soalan compare-compare ni..hangin
                               tul arr’.

-          ‘Eh, awak dah kurus lah, awak makan ubat apa?’
Jawapan Mulut : ‘ tak makan ubat lah, Cuma diet, exercise dan sauna saja’
Jawapan Hati : ‘Hok oloh, dah makan hati berulam jantung, mana tak nya jadi kurus’

Hmm..believe it or not. Macam-macam ragam ok manusia ini. Ada juga yang bertanya  ‘soalan-soalan bonus’ ni, belum sempat saya memberi jawapan, yang bertanya itu sendiri yang menjawab soalan mereka sendiri. Contohnya :

-          ‘Akak ni comellah, akak dah ada boyfriend tak? Belum sempat saya menjawab, dia dah menjawab. ‘ belum ada jodoh lagi ye kak’
-          ‘ awak dah ada calon ke?’ sama juga,belum sempat jawab, mereka dah bagi jawapan. ‘ belum ya, saya ada kawan…bla bla bla..’

-          ‘ Awak dah kurus lah, apa rahsianya?’ maka mereka menjawab pula soalan mereka sendiri ‘ hmm, yelah dah awak ada semua alatan dan kerja awak pun macam ni, mestilah boleh kurus kan’

Heh,  ada banyak lagi sebenarnya ‘soalan-soalan bonus’, pelbagai versi mahupun edisi…saya tak marah, Cuma kadangkala tu ‘bengkek’ itu adalah juga… so, people out there…please do be good to others ok…
kalau soalan-soalan sebegitu anda utarakan pada mereka yang rapat dengan anda..tidak mengapa, kerna masing-masing sudah tahu attitude each other.

 Ini tidak, baru jumpa sekali, terus ditebak dan dihujani dengan pelbagai soalan-soalan yang mungkin mengganggu ‘privacy’ seseorang..kalau anda bertanya pada saya, mungkin saya boleh menjawab dengan baik dan berbalas senyuman. Tetapi,  Kalau silap tanya kepada mereka yang mungkin moodnya tengah tidak ok, silap-silap ‘kasut berhias sos tomato’ masuk dalam mulut.

Saya pasti anda semua baik-baik orangnya, Cuma kadangkala tingkah kita dalam kehidupan seharian, tanpa disedari boleh ‘violate others’.  maaflah jika anda terasa, saya bukan mahu menunjuk baik, sekadar berkongsi apa di benak saya ketika ini. Jadi jika anda sudi, fikir-fikir kan ya…

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment