nuff nang

Sunday, November 28, 2010

Salahkah...???

Assalamualaikum. kisah ini saya ambil dari notes sharing di FB. 

Sayu jer rasa….

Aku menggeliat sepuas-puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku menggeliat. Mahu jatuh saham aku nanti. huhu.

Tiba-tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper bapa tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapa aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat. Aku anak yatim. huhu.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah-celah langsir tingkap. Jam menunjukkan dah pukul 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun, capai tuala, lalu masuk bilik mandi.

Lepas mandi, aku belek-belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku tersenyum sipu sendiri.

Aku nekad! Aku akan protes habis-habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru je aku nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. NOW or NEVER!!!!

Bila bapa aku buka je pintu, aku bersalam dengannya. Kucium tangannya penuh rasa kasih sayang dengan harapan lembut lah hati bapa nanti. Dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “”Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!” . Sambil memegang tangan bapa yang agak kasar itu.

Mata bapa aku terus jegil sebesar-besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok ayu aku di celah set sofa.

“Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abang tak nak….”

Pangggggggggggggggggggg….! Bapa labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

“Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa???" Takutnyer tengok bapa.

"Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku bubuh “Razali”, tup-tup lekat jadi AZA saja!!!!!

Dan lagi satu aku nak habaq kat hang anakku RAZALI, memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.


Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU?? SALAH KAH AKUUUUUUUU!!! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Moral of the story : Lu FIKIR la sendiri! (^_^)

No comments:

Post a Comment