nuff nang

Monday, November 22, 2010

Angin bayu membawa diriku..

Tidak, entry kali ini tidak ada kena mengena dengan tajuk di atas. saja nak buat kamu naik angin dengan entry angin di atas.

Baiklah, saya ada terjumpa petua di facebook, berkenaan kalau mahu membuang angin dalam badan. jadi, dengan baik hatinya, saya yang lawa rajin ini, mahu berkongsi dengan anda semua, cara tradisional untuk buang angin  'prottt prott' dalam badan kita. ( tapi kalau tengah 'hangin satu badan', itu eden tak dapek nak bantu yo ;p )

Pilihan 1:Ambil beberapa helai pucuk mengkudu dan sedikit halia. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tadi setiap pagi dan petang. Amalkannya selalu.


Pilihan 2:Ambil 5 ulas bawang putih kemudian bakar tetapi jangan sampai hangus. Setelah itu makanlah bawang itu atau anda juga boleh menjadikannya sebagai ulam.


Hah, dah tahu petua tu, tak boleh lah alasan nak malas-malas ya. Ikutlah, kalau rasa lebih selesa berjumpa dengan doktor bila dah angin-angin sepoi bahasa satu badan tu, pergilah. saya cuma kongsikan cara alternatif untuk anda. Selamat Mencuba ya :) 

No comments:

Post a Comment