nuff nang

Thursday, November 4, 2010

Hormonal Driven


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Tahu tak..saya ni orang yang terkadang-kadangnya terdorong oleh sesuatu situasi..berubah mengikut situasi dan mood. Dan saya notice, mood dan hormon saya juga berkait rapat dengan lagu-lagu yang berkumandang…betul…tak tipu..

Contohnya…jika saya in happy mood..saya hanya boleh dengar lagu-lagu ceria ( yang boleh diterima oleh halwa telinga saya ini )  sahaja. Dan saya kurang gemar untuk dengar lagu-lagu sedih sebab ia mungkin boleh spoilt my mood pada ketika itu.

Same  goes, when I was in ‘bunga-bunga chenta mode’ dahulu, saya suka dengar-dengar lagu cinta yang bahagia sahaja. Iyo lah, ‘dalam hati ada taman’ katanya…walaupun! Kalau ada saja lagu-lagu sedih di radio, sehabis boleh, saya mengelak untuk mendengar dan sudah pasti saya akan tukar channel or switch to other songs. Tak tahulah mengapa, hormones driven sungguh woo…

Hmm.. even worse, when I was in ‘SPC’ recently (sila lah refer entry-entry  terdahulu, apa itu SPC ya )…I cannot even heard none of it…Rasa macam nak bakar or baling je apa saja ‘medium’ yang boleh putarkan lagu. Lagu-lagu sedih or frust,  saya langsung tak boleh dengar. Nak-nak kalau lagu tu ada kena mengena dengan situasi saya ketika itu. Terasa macam betul-betul terkena pada batang hidung and I was totally down kalau terdengar..lagu gembira pula, sungguh tak mencerminkan emosi saya pada ketika itu. Dan saya rasa sungguh sakit hati terdengar kegembiraan lagu-lagu tu. Dan ianya berlarutan hampir sebulan.

 Dan pada ketika itu, saya mula menyalahkan stesen-stesen radio, yang pada saya, memberi bad impacts pada saya, kerana dalam purata satu hari, terlalu banyak lagu sedih dan frust berkumandang. Sungguh berkurangan lagu-lagu motivasi dan inspirasi. Itu belum saya sentuh bab ‘lagu-lagu ulang tayang’ sampai 15 kali sehari, macam di negara kita kurang lagu-lagu lain dibuatnya. Radio station, get alive ok! ( song composers and lyricist, I dare you to produce more motivation-inspirations oriented kinda songs, instead of heart broken songs ok! ). Ok lah, maybe it is my fault, saya saja yang teremosi lebih, bukan silap stesen-stesen radio kot. ;p
Mungkin saya hanya berada dalam percaturan di gelanggang sendiri, lupa pada percaturan sebenar di dunia realiti kita sekarang.

Alhamdulillah, nasib baiklah, masih ada lagi lagu-lagu yang masih mampu memberi motivasi pada saat saya rapuh. Believe it or not, sebenarnya lagu-lagu yang kita dengar pada waktu kini, memang akan memberi impak serba sedikit pada emosi kita. Bila mendengar dan menghayati Ayat-ayat suci Al-Quran yang saya simpan dalam handphone dan netbook, dan juga beberapa koleksi Zikir penenang jiwa..walaupun tidak secara total, ia melegakan sedikit keluh kesah saya pada saat rapuh. bukan saya mahu menunjuk baik dengan menceritakan ini di blog, saya cuma berlaku jujur..

Sekarang, saya sudah beransur pulih, da mula banyak mendengar lagu-lagu yang berunsurkan motivasi, ceria dan memberi inspirasi. Mungkin kamu akan gelakkan saya, tahu tak, saya juga mendengar lagu ‘Barbie’ dari pelbagai OST. Sumpah,! ini bukan influences dari anak-anak saudara saya ya. Lol ;p Hehe, kalau betul-betul dengar dan hayati lirik-liriknya, banyak lagu-lagu dari OST ‘Barbie’ yang bermacam-macam genre ( boleh surf lagu-lagu di ‘tube awak’ ) memberi semangat dan motivasi serta inspirasi. So, siapa kata, ‘Barbie’  movies and songs just for kiddos saja.
Saya tidak pasti anda semua, sama atau tidak dengan driven saya nan satu ini. Tapi, itu lah saya, ‘ Saya mungkin a good pretender or faker in expressing certain thingies, but  perhaps I am not a good liar…because I cannot lie with my emotion. ’

That Fair Lady.

No comments:

Post a Comment