nuff nang

Tuesday, December 21, 2010

Saya Sempurna Bila...

Saya mendapat invitation untuk create satu entry mengenai  “ SAYA SEMPURNA BILA…”

Secara ringkasnya saya boleh katakan “Saya sempurna bila”…”Saya dapat menerima hakikat bahawa tiada apa yang sempurna dalam hidup ini”.

tetapi jika di tanya pada saya ketika ini, mengenai kesempurnaan,  ada beberapa perkara, yang jika terjadi, walaupun tidak mencapai titik kesempurnaan, dengan izin dan redhaNYA tercapai, Alhamdulillah, syukur padaMU.

Mungkin pada mata insan lain, apa yang saya mahu point out di bawah nanti, agak cliché. But then, itu lah yang saya mahu, itulah yang saya harapkan, itulah yang saya dambakan…itu lah jawapannya pada ketika ini, jika anda bertanyakan mengenai detik kesempurnaan saya.

Saya pasti setiap orang, ada wishlist masing-masing walaupun  pendek atau panjang, sama ada realistik atau tak tercapai dek akal. Begitu juga saya..sama saja,tidak lebih,tidak juga kurang..

Baiklah, saya sempurna bila…

1.       …Saya masih diberi peluang olehNYA untuk hidup dan lebih mentaatiNYA untuk bekalan di Akhirat, InsyaAllah.
-          Banyak sebenarnya elaboration tuk point ini, tapi tak payah lah saya elaborate dengan lebih detail point yang ini, biarlah ianya antara saya dan Allah.

2.       …Saya merasakan saya telah menjadi lebih baik atau bagus kondisinya dari kehidupan sebelum ini.
-          Yeah, kematangan memacu akal dan hati dan emosi saya tika ini.

3.       …Saya bersyukur dengan apa adanya kerna tika dilihat di sekeliling, masih ada yang lebih malang dari saya.
-          Kadang-kadang terasa nak menangis memang menangis pun  bila problems melanda. Tapi bila figure out that ada individu yang lebih teruk situasi dari saya. Buat saya lebih rasional, dan mensyukuri apa adanya.

4.       …Saya mampu untuk mencapai target mahupun pencapaian dalam karier saya.
-          Apa dia? malas lah mahu cerita ;p

5.       …Dari segi keduniaan, saya dapat kumpul aset-aset tetap untuk diri sendiri dan ahli keluarga.
-          Main focus, sudah pasti saya mahu menggembirakan my lovely super Emak. Kalau dapat meringankan beban dia pun sudah berjaya top up my eagerness level in life.

6.       …Saya sudah mampu untuk melangsaikan kesemua hutang-hutang saya.
-          uik, hutang-hutang yang business related hokay, bukan pinjam dengan ahlong arrr ;p

7.       …Saya mempunyai cash flow dan saving yang kukuh.
-          Hehe, hadoi hai…bilo lah nak sompurno part ni…huhu..chayo chayo!

8.       …Diri sendiri mampu memberi inspirasi kepada mereka yang mahu mencontohi.
-          Contohi yang baik-baik saja ya. Yang buruk-buruk tu jangan pula di ikuti, kan Allah dah anugerahkan kita akal dan fikiran. Guna lah ianya wisely.

9.       …Dapat bercuti ke lokasi-lokasi pilihan dengan ahli keluarga dan yang ‘tersayang’.
-          Kan best dapat bawa anak-anak saudara ke Disneyland. (heh, sebenarnya makciknya yang lebih excited nak  enjoy kat situ. Hehe. ;p ). Plus, belum ada pengganti untuk yang ‘tersayang’, sob sob sob.pelamin angan ku musnah lah katakan.

10.   …Saya sebagai wanita, dihargai darjat dan maruah diri dengan sebuah perkahwinan yang Allah berkati dan rahmati.
-          Moga Allah temukan pencarian ‘Yusuf’ saya dengan segera. Melalui pengalaman-pengalaman lampau, saya tahu saya tidak sesempurna mana, jadi sudah tentu saya pun tak boleh mengharapkan kesempurnaan pada seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup. Cukup lah si dia itu di senangi oleh ahli keluarga, ‘bertanggungjawab’ dalam segala hal dan bukan ‘milik’ sesiapa. InsyaAllah..Allah Maha Mengasihani.

Ok, cukuplah, 10 points ya. Kalau nak ikutkan banyak lagi points, tapi ianya lebih bersifat peribadi. Please do respect it because I have to keep it private due to certain circumstances.

Terima kasih kerana sudi buat pelaburan masa untuk membaca entry kali ini.

Task completed.

May have a good day semua!

Bye! Smileeeeeee……

No comments:

Post a Comment