nuff nang

Thursday, December 23, 2010

Freedom of Speech

Ya. Mungkin ini bukan landasan yang betul untuk saya ‘let it out’, apa yang terbuku di hati. But sometimes, ‘pedulik hape’ kan…huhu. 

Saya menyokong yang amat akan freedom of speech, tapi rasanya content entry untuk kali ini, tak ada lah cross the border sangat kan kan kan. dan  juga bukannya a little whining from me. cuma i think i have to let it out.

Baiklah, alkisahnya begini….

Apa kita nak buat dengan orang yang tak reti bahasa ni ya? Dah kita tegur dan nasihat berulang kali pun, masih lakukan kesialan kesilapan yang sama.  Teguran yang dibuat hanya untuk dia berubah dan jadi lebih baik, malah juga untuk kebaikan bersama. Tapi nampaknya kurang berkesanlah. 

Approach yang bagaimana lagi harus saya lakukan, saya pun tak tahu lah nak menangani manusia sebegini perangainya. Setiap pagi bikin spoil mood kita yang bersungguh mahu bekerja untuk mencari rezki. Kalau setiap pagi dah kena ‘injection’ dengan mood yang tidak baik, sesiapa pun tak betah untuk bersabar. Nak marah dah tak kuasa, Istighfar saja lah.

Spesies apa lah ya? Bila kita buat teguran, mukanya  betul-betul blur dan slow. I was wondering dia ini betul-betul noted ke apa yang saya cakap. Isi kandungan apa yang di cakap pula dah ala ‘siaran ulang tayang’, yang sama saja pula tu. Atau memang jenis manusia yang dah selesa hidup dengan ‘dunia’ sendiri?

Yes, I admit, yang part lain, dia boleh buat juga kalau disuruh, walaupun presentation of the works can be rated as average and sometimes below average. Tapi, daripada tak ada kan, ada juga lah dia. Entahlah ya, kalau tak cukup sabar, memang boleh gila dan sakit jiwa dibuatnya. Takkan pula nak ‘psycho’ dia, kang nangis anak orang pula kan. Bila dah ‘bertelenovela’ ,nanti confirm kita pula yang rasa bersalah.

Haish, tak mahu lah cerita lebih-lebih, moga pengakhirannya di harap baik-baik saja lah. Dugaan kecil yang diberiNYA, saya tahu DIA sayang saya. 

InsyaAllah.

p/s : huhu, baru dugaan kecil ini, kalau pegang tanggungjawab besar like sort of have to run the country ala Mr. President, harus mereng diriku ini terus ;p

Assalamualaikum…

bye :)

No comments:

Post a Comment