nuff nang

Saturday, December 4, 2010

A bite or two, won’t make you looks even fatter..

* Entry kali ini sebenarnya dah lama 'berkulat' dalam draft saya. tapi disebabkan kemalasan  tiada masa, maka terperam lah ia. hari ini,saya publish juga, kerna berat badan saya sudah naik 3kg! selera makan menaik dan kelihatan menakutkan. Tempat pertama di anggota badan yang nampak obvious naik adalah pipi gebu ku.

Haiyaaa…tak mengapa, kerja keras harus dilakukan semula..mungkin dengan publish entry ini, boleh bantu saya refresh balik apa saya patut buat, so that I can ‘get in track’ semula. Chayo3  ;)


Baiklah mari kita mula..

Ok, maybe you feel it. You sense that you are getting even fatter when you taste it. Lepas tu, makin fed up untuk diet, sebab no eating pleasure. Bila dah fed up, ‘diet untuk kurus-sihat’, turn up jadi ‘diet gemuk-banyak penyakit’.

trust me, bila dah kurus or badan dah menyusut, mesti  ramai  yang puji akan perbezaan kita. Time tu lah kita rasa, amat berbaloi diet dan senaman kita selama ini. Bak tagline celcom, ‘berbaloi-baloi’.

Hehe, saja je kan…jangan bimbang lah, jika anda jaga pemakanan dan diet anda dengan betul, tiap hari amalkan bersenam. A bite or two ( menjamah konsepnya ya), tidak akan menggemukkan anda. Sebab sebenarnya, lemak-lemak dari makanan kita ni sebenarnya ambil masa untuk membentuk kegemukan dalam badan kita. Kalau dah termendak lama dalam badan kita, terutama di usus kita tu, moreover, tak ada aktiviti lasak seperti bersenam, memang lah lama-lama akan jadi lah ‘peristiwa’ kegemukan tu.

Apa hal pula saya membebel pasal ni kan? Saya pun tak banyak ilmu di dada, tapi saya dah lalui segala momentum menjadi seorang yang gemuk. Dari kecil sampai lah dah umur nak masuk 3 series ni. Alhamdulillah, I am getting better with my size, as well as my lifestyle. I figured that I am more healthier right now, dan pasaran ‘saham’ memang makin up, tinggal tengah analyze borang jawatan kosong yang bakal diisi saja ni ( ok, crap, maafkan kemerepekan saya sebentar tadi. Lol ;p )

 Kalau anda masih berumur bawah 30 tahun dan ada masalah kegemukan, berubahlah ok. Slow-slow berubah, jangan lah mahu berubah mendadak, kalau anda tak cukup keazaman, for sure anda akan surrender awal. Kenapa saya cakap umur di bawah 30 tahun? Kerna ia berkait rapat dengan tahap metabolism kita. Tahu kan, jika anda bukan lah seorang yang aktif bersukan atau ahli tari, mahupun genetically gifted dengan high metabolism, jangan mimpi lah year by year tahap metabolism anda semakin menaik. Sementara masih muda ini lah, kita kena mulakan gaya hidup sihat. Tapi untuk mereka yang over 30’s pula, jangan jadikan alasan metabolism yang makin menurun sebagai alasan tidak boleh kurus dan sihat. Sebab, kalau nak jadi kurus dan sihat, ‘banyak alasan’ adalah pembunuh utama kita menjadi orang yang gagal. So, stand up and make a move right on.

Ok, fine, once in a while, sebagai contoh, satu hari dalam seminggu, rehat-rehatkanlah minda kita yang terseksa tu, dengan makan apa yang kita mahu. Tapi harus lah dalam kuantiti yang terkawal ok. Ingat, minda yang mengawal, bukan nafsu. Macam saya cakap tadi, konsep menjamah takkan menggemukkan kita.
Yes, sebagai manusia biasa, saya pun banyak kali melakukan khilaf dalam berdiet, nak-nak bila keluar dengan emak saya dan anak-anak saudara saya, serta time family gathering. Sekali sekala tak mengapa, lepas tu, haruslah we put extra harder on diet and exercise ok. Tapi jangan lah sampai rasa terseksa.

Saya mungkin tidak sebaik dietician sebenar. Tetapi untuk sihat dan susutkan badan, saya ada formula saya sendiri.

First week of diet, cuba control kuantiti pemakanan kita. Kurangkan pemakanan yang boleh menggemukkan. Instead of makanan berlemak dan junk foods, apa kata, sikit-sikit, perlahan-perlahan, try selitkan menu buahan-buahan dalam menu makanan seharian kita. Bila waktu malam sahaja, saya tukarkan meal berat saya dengan sayur-sayuran dan fruits. Buah-buahan ikut selera masing-masing lah. Kalau boleh tukar-tukar lah jenis buah-buahan itu tuk elak bosan menikmatinya. Tapi jangan pula lenjan durian ya.hehe. selain itu, amalkan minum air kosong / mineral / masak. Sangat-sangat penting untuk kesihatan tubuh dan dalam keperluan diet.

Second week, carry forward habit pada 1st week tu dan cuba masukkan aktiviti senaman pula. Kalau anda malas nak pergi ke gym. Anda berjogging saja, mudah dan tiada kos kan? Ambil masa dalam 30 minit- satu jam setiap kali bersenam, kalau anda mampu. Kalau tak mampu, sebagai permulaan, 30 minit pun ok lah. Janji peluh banjir keluar, bila peluh keluar, means toxin dalam badan pun dapat dikeluarkan. Toxins keluar, means badan pun akan rasa lebih sihat dan selesa. Trust me! Kalau nak hasil memuaskan, bersenam lah setiap hari. Kalau tidak pun, jangan paksa diri sangat, ingat kita harus diet in happy-mode ok. Saya sarankan kalau tidak mampu buat setiap hari, buat 3 kali seminggu secara berselang hari dan setiap kali bersenam, luangkanlah masa paling kurang 1-2 jam. Kalau tidak, satu jam pun jadilah. Bersenam ini, selain baik untuk kecergasan badan, ia juga untuk pembentukan otot kita. Tak ada lah, bila kurus nanti, frame saja kurus, otot pula lemah macam orang tua. Selulit dan lemak-lemak yang telah lama bertapa di badan kita juga akan berkurangan.

Third week, sekali lagi carry forward habits dari minggu pertama dan kedua. Kali ini, saya dah mula pakai slimming gel dan pakaikan ia di tempat bermasalah di badan. Sebenarnya aplikasi slimming gel ini boleh diamalkan pada minggu pertama lagi. Lagi bagus, tetapi untuk orang yang azamnya tak kuat, perlahan-lahan la ya. Selalunya saya pakai pada waktu pagi selepas mandi dan juga sebelum tidur. Pada waktu pagi, selepas aplikasikan gel tersebut, saya pakaikan korset, dan biarkan ianya dibadan tidak lebih dari 12 jam. Pemakaian korset pada waktu siang amat bagus, kerana waktu itulah badan kita aktif dan lasak kalau nak dibandingkan pada malam hari. Kalau boleh, jangan obses sampai tidur pun pakai korset ya. Harus diingat, waktu tidur adalah waktu muka dan tubuh kita di rawat. Dan biarlah badan kita pun mahu rehat juga. Satu lagi tips, kalau nak berdiet, jangan tidur hingga lewat malam. Tahu tak, pada waktu 12 tengah malam hingga 3 pagi itu, adalah waktu muka dan tubuh kita mula untuk dirawat pada waktu kita tidur. Jadi, kalau baru nak masuk tidur pada 12 tengah malam, sudah tentulah waktu rawatan itu akan terganggu.

 Tidur cepat juga berjaya mengelakkan kita untuk makan dengan lebih banyak. Trust me, tidur cepat juga buat badan kita terasa ‘fresh’ pabila bangun dari tidur pada keesokan pagi ( pagi ya, bukan bangun tengah hari, nanti muka sembap dan ‘gemuk’ kalau bangun tidur lambat ).

Kalau anda ada bajet sedikit, luangkanlah masa untuk bersauna di spa. Sauna ini banyak kelebihannya, terutama dalam mempercepatkan lagi proses ‘slimming’ . keterangan lebih lanjut mengenai sauna ini, nanti saya buat entry khas ya ( sabar ok ). Jika anda sihat tubuh badan, dan memang disiplin tinggi dalam menurunkan berat badan, saya galakkan anda bersauna sebanyak 3 kali dalam seminggu. Sebelum bersauna, pakaikan slimming gel dan minum segelas air masak. Cuba survey spa-spa berdekatan, dan pilih sauna jenis FIR ( infrared based kerna ia berasaskan haba dan dilengkapi anti kuman, tak ada lah isu terjangkit kuman orang lain kan ).

Ada banyak lagi sebenarnya mahu dikongsi, tapi..cukuplah sekadar ini dahulu ya.

Bubbye!

No comments:

Post a Comment