nuff nang

Friday, October 22, 2010

Penggembira Hati...

Salam.

Di atas tuntutan kerja, kini pada setiap hari, antara tempat saya harus pergi adalah ke sebuah sekolah rendah yang terletak di daerah saya.

Almaklumlah, nature kerja saya ini merangkumi pelbagai tugas. Gila kuasa eh? Heh ;p Saya lah driver, saya lah pemantau, saya lah pembantu big boss ( emak ), saya lah kerani, saya lah financial controller sayalah boss wannabe..bla3…senang cerita, self employed- lah..

Setiap kali datang, kebetulannya mesti pelajar-pelajar atau anak-anak itu sedang ‘recess time’.  Maka, dah nama pun kanak-kanak kan..pelbagai ragam yang saya jumpa setiap hari. Memang terhibur, walaupun saya hanya melihat mereka dari dalam kereta sahaja. Ada yang nerd, ada yang nakal dan aktifnya lebih banyak berlari melenting-lenting ( saya memanggil ‘larian berirama’ ) dari berjalan. Soal pakaian tak payah cakaplah, yang awning tudung kedepan tak nampak muka, baju berlengan comot terkena sambal makanan, kasut pula, kalau cuba dibaling ke sungai,  banyak dapat ikan free agaknya. Hehe. Kalau yang mungkin sudah besar sedikit tu, pandai la menjaga pakaian, yang lelaki memang sungguh kemas dan tinggi melampai. Yang perempuan pula, kemas bertudung, duduk pun tertib, jalan pun sudah pandai control tahu, pantang nampak cermin kereta cikgu, pasti berhenti untuk betulkan baju dan tudung. Baik yang lelaki mahupun perempuan, keletah mereka semuanya gembira sahaja…

Kalau saya berada di luar kereta, ada sahaja tersenyum-senyum malu melihat saya, ada juga 2-3 orang yang menegur saya, “ Assalamualaikum Makcik” (okey, time tu I dah rasa tua ;p ). Saya pun tersenyum dan menjawab salam mereka.  Nasib baik tak panggil saya ustazah..heh ;p

Ada juga, yang tersenyum bagai kerang busuk, bila lalu di hadapan saya, menegur saya, “ Hai Makcik!”. Saya pasti akan menjawab semula.. At the same time, ada juga yang berani, menggegar kereta saya, semata-mata mahu ‘wave’ tangan pada saya..saya tak marah, budak-budak kan...

Melihat mereka, memberi pengalaman baru pada saya, mungkin orang lain rasanya berbeza, tapi saya rasa sungguh lain. tiap kali melihat mereka, saya pasti rasa terhibur, lupa sebentar masalah kerja dan hidup yang cukup hectic. Berlari-lari melenting-lenting bermain sesama mereka, makan makanan mereka sepenuh hati sampai baju atau tudung kotor dan terkena sambal pun tak mengapa, tergelak ketawa penuh riang.. bagai dunia riang mereka,tiada penghujungnya.

saya berfikir sejenak, yang mereka ini, memang sungguh beruntung sebenarnya. Di usia mereka, mereka kurang mengerti kedewasaan hidup, jadi selain belajar, apa lagi yang boleh mereka fikir, bergembiralah…belum sampai lagi masanya untuk kamu dewasa wahai anak-anak. Tidak perlu fikir masalah mahu bayar kereta setiap bulan, bagaimana mahu pastikan duit gaji  survives untuk ke bulan seterusnya, belum masuk kes ‘putus chenta’ lagi kan. Lol ;p sungguh beruntung kamu wahai anak-anak, kadang-kadang ‘makcik’ pun naik jeles dengan keriangan kamu.

Well, tidak salahkan mereka, sebahagian kesusahan hidup milik sang dewasa, belum layak diletakkan dibahu mereka.  Perlahan-perlahanlah kita salurkan pengalaman hidup kita pada mereka, agar bila sampai tahap pada satu usia bersesuaian, mereka tidak gentar melalui hidup dan tidak hidup dalam kebergantungan pada bahu parent, keluarga dan orang sekeliling selalu.

Thank you anak-anak kerna menceriakan hati ‘makcik’ yang sedang berduka lara sebenarnya..huhu..

Other than that, pada 5 orang kanak-kanak favourite saya, Fatin, Uyul, Ayish, Yiyin dan Nana ( setakat ini, belum ada tanda-tanda kelahiran terbaru dalam keluarga lagi ;p ). I will always loves you my lovely nieces and nephew..kamulah, buah hati pengarang jantung saya dalam apa segala mood saya pun, kamulah yang sebenarnya antara yang ‘termuaccchhh’ di hati..tiap kali jumpa mereka ( walaupun setiap hari ), we will hugs and kisses each other..really melts my heart tatkala mereka membalasnya. Tak tahulah nanti, bila dah ada anak sendiri nanti bagaimana pula saya. Betullah kata emak saya..’Kalau dah jadi emak, baru kamu tahu rasanya nanti’. Yang pasti, feelingnya mesti berbeza.

P/S : To 5 all time-favourite kids saya, jangan marah saya ya, meskipun kamu dah besar panjang dan masuk ke universiti kelak, saya tetap akan hugs and kisses all of you. So bersiap sedialah ya anak-anak saudaraku sayang ;p


No comments:

Post a Comment