nuff nang

Monday, October 18, 2010

I am officially ‘51’..

Heh, apa kena lah dengan ‘budak putih’ ni kan..happy bebenar. Bukan officially mencapai usia 51 ok..i masih muda lagi ( yang tak berapa muda actually ;p ). Sebenarnya, saya happy sangat berat badan sudah menurun ke 51kg. wah, macam such a big deal eh? Memang lah big deal babe, bila dah dihitung, I managed to reduced till 18kg..wooo…seberat apakah itu? Huhu

Ok mari baca bebelan dan repekan saya lagi, bagaimana saya mampu (eh mampu ke? ;p ) untuk turunkan berat badan. Begini journeynya…

Started from last year, around june kot, setelah mengalami sindrom SPH ( Sindrom Patah Hati. Lol ;p ) berkobar-kobar saya mahu menguruskan badan. Pelbagai cara dan petua saya buat. Yang pasti in very positive way ya. I was so determine that time.

 Memang nekad. Sort of macam tension dengan segala-galanya, plus ‘nature’ kerja saya memang menuntut saya serba serbi almost sempurna. Saya control makan and diet, gantikan makanan berat dengan buah-buahan, elakkan makanan berat and nasi ( Cuma once in a while, kalau dah hadap sangat nak makan kan ), dalam waktu senggang di waktu kerja, saya akan exercise ringan.  Minuman pula, soft drinks is a big NO-NO! Hanya minum air masak sahaja ketika itu. waktu malam pula saya tidak akan makan apa-apa kecuali fruits jika lapar, and malam juga saya exercise, samaada treadmill ( wajib 30 minit ), exercise ringan dan juga saya berbasikal  ( 5-10 minit ). Sampai satu masa, saya jadi kemaruk exercise, satu hari tidak bersenam, saya rasa sungguh tak selesa. At the same time, saya juga bersauna.  pemakaian corset dengan sungguh disiplin dan dedikasi amat membantu untuk tone kan badan saya . Hasilnya pada bulan oktober 2009, saya berjaya reduced sehingga berat mencapai  56kg. wah, bangga gila bila semua orang mula puji dan realize yang badan saya dah banyak reduced, 14kg..banyak tu tau…

Tapi disebabkan selepas itu, sesi bunga-bunga cinta bermula ( dan telah pun berakhir beberapa minggu ini ).  Berat saya sedikit goyah, sekejap menaik dan menurun, tetapi tidaklah sehingga mencapai 59kg. paling tinggi pun, 58kg. mungkin kerna hormon gembira time itu.huhu.

But due to hectic works during bulan puasa, and demam panas melanda pada malam raya sehingga raya kelima, berat mendadak reduced to 56kg. wah, drastic kan..huh, reduced itu saya suka, yang part demam tu saya tak mahu.hehe ;p

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, sesi ‘bunga-bunga cinta pula berakhir’ beberapa minggu lalu, maka bermulalah episod jiwa kacau dan lara merana emosi. Berlakulah sindrom SPC ( Sindrom Putus Cinta. Lol ;p ). dalam seminggu sahaja, berat saya dropped ke 53kg. gila kan?3 kilos in a week. Pathetic, nasib baik, I am a survivor ( always remember my kak long’s said, ‘Be strong + positive. It is his loss, not yours )..

Now, saya dah mula adapt dengan situation, heart and emotion  juga sudah mula recover, sudah mula amalkan kembali cara hidup yang lebih baik, mula exercise dan diet…hasilnya….tadaaaa…51kg  ( tak tahu lah, sampai bila will it last kan). Just hoping for the best and better day by day J walaupun sudah banyak reduced, ada certain part di body saya, yang masih kena banyak di work out kan. Barulah gorgeous ( perasanlah kau ;p )

Setelah anda berpenat lelah membaca repekan saya, conclusion or point is, BE DETERMINE! Determination dan azam anda kena kuat, tumpaskan ‘parasit-parasit’ yang selama ini, melemahkan semangat kita. Cabar diri kita to be better. Tapi jangan sampai stress, takut nanti kita ‘tersungkur dalam harapan’…saya bukan mahu menunjuk bagus, cuma dari entry ini barangkali ada yang dapat manfaatnya..apa salahnya kan..

Itu sahaja yang mahu saya kongsi untuk entry kali ini ( panjang gila entry ni tau! ). Mahu kembali berbasikal.
 
 * bila lah i nak gorgeous, kurus, cantik dan mempunyai rambut kepuk-kepuk macam si manis fazura ini.
 Bubbye !

No comments:

Post a Comment