nuff nang

Sunday, October 31, 2010

nak CANTIK MALATOPZ ?

Hehe..mentang-mentang sudah beberapa tak update blog, tajuk entry kali ini, memang sungguh tak boleh blah! hehe..propa saja yang lebih..

ada rahsia kecantikan lagi yang mahu dikongsi bersama anda...
ALOE VERA atau dalam istilah melayu,ianya lebih dikenali dengan nama lidah buaya..
tahukah anda,penggunaan aloe vera ini boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang,khususnya bidang kecantikan.
di sini,saya ingin berkongsi dengan anda beberapa cara untuk menjaga kecantikan wajah dan tubuh badan dengan hanya menggunakan ALOE VERA.

1. MASKER (muka dan badan)
- potong atau racik isi aloe vera ini dengan halus,dan anda boleh terus aplikasikannya terus ke muka sebagai masker. selepas 15-20 minit,anda boleh bilas muka anda dengan air suam atau pun air sejuk,untuk mendapatkan efek muka yang lebih tegang.
anda juga boleh campurkan aloe vera ini dengan bedak sejuk dan madu serta air sejuk,untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat,muka yang lebih bersih,tegang,dan lembapan terkawal serta mampu meminimakan permukaan pori-pori di kulit muka dan badan.

2. AGEN ANTIJERAWAT / ANTISEPTIK (muka dan badan)
- juga dipotong dengan halus,dan boleh terus diletakkan di spot-spot jerawat degil itu. buat permulaan,adalah di nasihatkan,aplikasikan ia selama seminggu atau pun sehingga kondisi muka anda dalam keadaan yang meyakinkan. untuk pemakaian yang lebih menyelesakan, letakkan aloe vera ini di tempat yang dingin,seperti peti sejuk.kandungan aloe vera ini mampu mengeringkan jerawat.

3.AGEN PEMULIHAN LUKA (muka dan badan)
-dipotong dengan halus,dan boleh terus diletakkan di spot-spot jerawat degil itu. buat permulaan,adalah di nasihatkan,aplikasikan ia selama seminggu atau pun sehingga kondisi muka anda dalam keadaan yang meyakinkan. untuk pemakaian yang lebih menyelesakan, letakkan aloe vera ini di tempat yang dingin,seperti peti sejuk.

untuk menjaga kualiti,dan ketahanan aloe vera,letakkan ia ditempat dingin seperti peti sejuk. bagi aloe vera yang telah dipotong halus,letakkan ia di dalam satu bekas khas berpenutup. jika ia didapati terlalu kering,campurkan sedikit dengan air.apabila mahu digunakan,toskan ia daripada air yang telah dicampurkan tadi.

selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment