nuff nang

Tuesday, October 26, 2010

Banana



Heh? Dah macam tak ada topik lain lagilah saya ni kan. Ala, sekali sekala bercerita pasal pisang mahupun buah-buahan apalah salahnya kan. Lagipun, saya ni kan memang tengah in diet-mode. So, apa saja yang berkaitan dengan diet, saya suka ambil tahu, supaya tiada efek buruk akan berlaku pada diriku (huhu,almaklumlah I kan single mingle lagi ;p )

Salah satu buah-buahan yang boleh di amalkan oleh para pengamal diet adalah pisang or banana. Kalau hanis zalikha dengan teori ikannya. Ok, mari saya beritahu awak semua pasal fakta dan kebaikan pisang ya. Senang nak dapat dan juga murah.  Siapa kata nak kurus dan sihat lagi cantik itu perlu banyak kos? Heh, itu alasan ok!

Secara ringkasnya, Buah-buahan dalam kehidupan diet seharian adalah amat perlu. Selain membekalkan kita zat dan vitamin tersendiri pada setiap buah-buahan tersebut, ianya juga membantu dalam membekalkan air ke dalam badan kita. By nature, umum dah tahu kan, air perlu cukup dalam badan kita untuk tubuh lebih sihat. ( kalau tak tahu, surf la net k. kalau rajin,nanti saya buat entry khas air ok! )

Oklah, untuk tidak terus melalut. Berikut adalah simple facts and benefits mengenai PISANG / BANANA :)

-          Kaya dengan fiber, magnesium dan vitamin b6.
-          Mengandungi potassium – yang selalu nak pitam atau pening-pening lalat makan lah buah ni ya.
-          Membantu regulate blood chemistry dan menyeimbangkan PH kita.
-          Kandungan serotonin dan norepinephrine dalam pisang boleh membantu kita mengawal depresi. ( woot woot! ;p  )
-          Antioxidant – patutlah saya still nampak muda remaja walaupun usia mahu menjengah 3 series. Lol ;p
-          Membekalkan tenaga.
-          Selain depresi, pisang juga boleh menyeimbangkan dan mengawal perasaan gemuruh kita.
-          Membantu menjauhi penyakit kanser dan ‘hati’ – kalau ‘busuk hati’, pisang memang tak dapat bantu ok.
-          Membantu membekalkan karbohidrat yang lebih baik dan protein dalam metabolism – sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.
-          Mengawal blood pressure.
-          Memenuhi keperluan gula dalam badan manusia.
-          Produce collagen – owh, I loike! ( tahu tak every year, peratusan collagen dalam badan manusia akan berkurangan ). Harus restock pisang banyak-banyak lepas ini. Heh ;p
Membantu pembentukan otot. ( tak ada lah isu muka muda tapi badan macam orang tua lepas ni ya )
-          Better sleep – ( desperately need it! )
-          Relieve diarrhea ( sangat betul! ) dan constipation.


Heh, sekarang dah tahu kan? Mahu atau tidak terpulanglah ya, saya cuma sekadar berkongsi ilmu yang sedikit pada saya ini.

Itu saja, bubbye..

2 comments:

  1. dulu kakak aishah suke soberi tau..skang dah suke pisang..keep on restock pisang je la..sbb dia ble abiskan seikat pisang sehari..just imagine..hmmm bila membuang adehhhh..xle blah bau..heheheh

    ReplyDelete
  2. hahaha...tp takpe..perut ko clear dari toxin babe kalau amalkan makan pisang..aku pn suka makan pisang lately..almaklumla..diet mode ;p

    ReplyDelete