nuff nang

Sunday, October 31, 2010

Nak CANTIK tak?

Wipe-wipe screen laptop yang da berhabuk (ceh!nak bagi tahu dah lama tak update blog lah tu )..ngeh3..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  :)

psstt...nak share sedikit rahsia..nak cantik tak ?

ada masalah muka kendur,tak tegang, pori-pori jelas kelihatan,kurang lembapan,muka mengelupas kekeringan,berjerawat,dan banyak lagi masalah...phewwwww....ada penyelesaiannya..

tiga bahan mudah yang perlu ada ;-
1. bedak sejuk 2. madu asli 3. ais / air sejuk (dalam peti ais)

campurkan ketiga-tiga bahan,sukatkan ia menjadi masker...amalkan 15-20 minit ( kadar penyerapan masker baik pada waktu 15 minit pertama, walaubagamainapun kepanjangan waktu pemakaian masker bergantung pada keselesaan anda ). cuba amalkan ia setiap hari,selama sebulan...InsyaAllah (dengan izin-NYA)...pasti berkurangan masalah muka yang anda hadapi...

tapi apa-apa pun, harus berpegang pada kata kuncinya - 2 J : Jangan Malas, Jangan banyak alasan... :)

kenapa saya tekankan,pemakaian ketiga-tiga bahan ini sebagai masker..sebabnya,kesemuanya mempunyai khasiat tersendiri. sebagai contoh, bedak sejuk berperanan sebagai agen masker, madu pula mempunyai 1001 khasiat seperti yang terkandung dalam Al-Quran, iaitu antaranya sebagai agen pelembap muka dan antiseptic ( pembunuh kuman punca alahan & jerawat ). manakala ais / air sejuk membuatkan muka menjadi lebih tegang, mengecilkan liang roma, dan juga meredakan kemerahan jerawat dan alahan.

Selamat Mencuba :)

No comments:

Post a Comment