nuff nang

Saturday, January 1, 2011

INAI SUDAH DI UKIR, CINCIN DI JARI TIADA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Wah! Tak boleh blah sungguh tajuk entry kali ini kan. Hehe.

Ok, ia tidak ada kena mengena dengan jodoh perkahwinan ya. Belum nampak lagi jalan ke arah itu. Almaklum lah, tahu saja la kenapa kan. Apa? Tak tahu? Saya malas nak bagi tahu, rajin-rajin lah exercise jari itu tuk klik previous entries.

Hokay, back to the topic. Sebenarnya few weeks back, on Tuesday kalau tak silap. Saya menemani keluarga ke Kuala Lumpur atas beberapa urusan. Sebelum balik, sempat juga menghiburkan hati saya dengan buat ukiran inai di tangan kiri ini, manakala adik lelaki saya, saja buat ukiran inai di lehernya. Si emak dah menjeling-jeling pada adik bongsu saya ni, tapi dia buat tidak tahu. Tettt…tak apa, yang penting diriku tidak di marahi..hehe.


 Cekap sungguh tukang ukir inai ini buat, dalam tak sampai 5 minit rasanya, ukiran di tangan saya dah siap. bila saya tanya  berapa lama pengalaman, dah 8 tahun katanya. Patut lah cekap dan cantik hasilnya.  kalau suruh saya, ukiran inai tak jadi, tapi jadi lukisan hagemaru..hehe.

Dalam tengah dia mengukir inai tuk kami berdua. Sempat lagi dia bertanya pada saya, asal dari mana? Saya cakap lah dari jauh datangnya. “ Owh, kamu ni Orang Sabah kah ?”. Saya jawab, “ Tidak lah kak, kenapa, rupa saya macam orang Sabah kah?” “Iya”, jawabnya ringkas. Huhu. Bukan sekali dua saya kena tanya soalan macam ini, time tengah ‘zaman cintan cintun’ or berdating dahulu pun, selalu juga kena soalan macam ini. Apo nak di kato, mungkin la gamaknya ada rupa sikit. kawan-kawan pun ramai dari sana, malahan ‘bekas’ pun dari sana. Lagi lah pula, boleh berbahasa sikit-sikit ala-ala orang sana. Mana tak orang selalu salah sangka. Huhu. Tak kisah lah dari mana, janji diriku ini sahih rakyat Malaysia.

Setelah seharian keletihan di Kuala Lumpur, malam itu kami pulang juga, since keesokan harinya masing-masing ada komitmen kerja kan. On the way back home, kami singgah di satu RnR untuk makan malam. Maka di situ, terjadilah insiden yang tak diingini berlaku. Cincin-cincin di jari saya hilang selepas kami siap makan malam kami. Asalnya nak buangkan inai yang dah kering di leher si adik lelaki saya. Entah macam mana, mungkin over ‘mengibas’ or menggerakkan tangan dan jari saya. Cincin-cincin di jari saya, terpelanting. Satu cincin terjatuh depan saya. Satu lagi entah mana tercampak. Maka haru lah saya, dan keluarga mencari dalam gelap, cincin saya itu.

Dah lah tengah mencari cincin dalam gelap tu, ada pula berlaku ‘drama pergaduhan laki-bini’ depan mata, sampai adik lelaki saya kena call polis untuk bantuan meleraikan mereka. Sengal kan ‘diorang’ ni., kita dah la tengah kusut otak mencari benda hilang. Tapi dalam kekusutan mencari, yang buat saya terharu, rata-rata yang datang lalu lalang, turut bantu mencari cincin saya yang hilang tu. Agaknya tak sampai hati tengok, muka memang dah nak menangis, tengok pula tangan dah berinai. Mesti dalam fikiran ‘diorang’, budak ni muka macam bajet baru lepas kahwin. Huhu, tak kira lah melayu atau cina, turut sama lah bantu kami mencari cincin yang hilang tu. Time tu terasa juga, untungnya duduk Malaysia ni, kalau susah, masih ada yang nak membantu mencari, walaupun tak kenal sesama sendiri.

Dalam hati, tak payah cakaplah, segala doa yang saya tahu, saya keep on baca..cakap je lah, ceruk mana kat kawasan tu kami tak cari. Masing-masing dah tak ada gaya terbongkok-bongkok dalam gelap, terus kami  merangkak dan pakai tangan ‘membarik’ tanah, mencari cincin itu. Hadoi, kalau takat cincin silver biasa, memang tak adanya saya nak mencari dalam gelap. Tapi cincin itu, cincin emas pemberian emak, precious woo..

Dalam bag pun turut saya cari beberapa kali. Sling bag saya tu, dah berapa kali saya ‘barik’, tapi tak juga jumpa. Nak di jadikan cerita, selepas sejam lebih misi pencarian mencari cincin, saya berdoa lagi,saya kerap ungkap ‘auzubillah himinashaitanirojim’ dan cari lagi. Saya punggah lagi bag saya ke atas seat yang kakak saya duduk. Hampanya, tiada juga. Tapi, masa saya nak mengemas semula barang-barang nak dimasukkan dalam bag, saya ternampak satu benda kecil seakan shining, terselit di celah seat itu.heh, apo dio? Cincin saya lah itu. MasyaAllah, terus saya jerit pada mak saya, yang saya dah jumpa. Serta merta orang disekeliling saya yang dah tahu, terus stop pencarian, except this one Chinese lady, yang dari tadi gigih bantu mencari walaupun pada asalnya dia pun sebenarnya tak tahu apa yang kami cari. Huhu. After cakap terima kasih pada semua yang membantu, kami pun terus naik kereta dan teruskan perjalanan pulang. Sebelum pulang, ada seorang pakcik tu bercakap pada kami, tak ingat sangat ayatnya , tapi sort of lah “ Alhamdulillah, syukurlah dah jumpa, maknanya datang dari rezki yang halal lah tu”. InsyaAllah pakcik..



Dalam kereta, phewwww…relieved..itu saja yang saya rasa and that was the moment yang saya terasa pula air mata mengalir. Hehe. Tapi yang peliknya, macam mana lah pula, boleh terselit pada seat yang kakak saya duduk di bahagian depan, walhal pergi-balik perjalanan saya duduk di seat saya sendiri, di belakang. Dan cincin itu pula terpelanting di luar kereta. Saya tak mahu fikir lebih, yang penting saya dah jumpa cincin itu. Thank you Ya Allah, Kau Maha Mengetahui di langit dan bumi.

Pengajarannya, lepas dari insiden malam itu, saya tak lagi pakai cincin-cincin itu, ada saya simpan rapi di tempat sepatutnya. Ya, memang silap saya, dah tahu cincin-cincin itu dah semakin longgar, mahu lagi di pakai. Itu lah dia keterbiasaan saya yang tak patut di amalkan. Keterbiasaan melalaikan yang menyusahkan diri sendiri, even worse saya telah menyusahkan ramai orang, terutama my lovely dovey my Emak.

Jangan contohi saya hokay .

(^_^)V




No comments:

Post a Comment