nuff nang

Wednesday, January 19, 2011

Cantik di mata mereka..

Cantik?  Setiap pagi, sebelum kerja, itu yang selalu kita perkatakan pada diri kita, bila berada di hadapan cermin.  Dan cantik itu sendiri, tidak dinafikan, seakan mempunyai chemistry hebat dengan wanita. Kalau tidak, masa kan kecantikan wanita sering sahaja di luahkan dalam karya-karya lagu dan puisi di seluruh dunia.

Waima, tiada sesiapa pun di dalam dunia ini, mampu memberi definisi yang tepat dalam mengenalpasti apa itu cantik kerna kita punyai pandangan berbeda terhadap apa itu cantik. Ada yang menilainya dari perspektif matanya sahaja, ada juga menilai cantik itu dari pelbagai sudut. Mungkin tidak dari rupa paras dan fizikal, ada juga memberi definisi cantik berdasarkan makanan, tempat, kaum, budaya dan peredaran semasa .

Ada yang berkata, kecenderungan dalam mentafsir kecantikan itu banyak di pengaruhi oleh barat. Tanpa mengambil kira kaum, keturunan, etnik dan kepercayaan oleh masyarakat seluruh dunia , tapi kita di timur ini juga punyai pandangan istimewa dan unik mengenai apa itu cantik.

Contoh-contoh info mengenai kepelbagaian definisi cantik oleh masyarakat di beberapa pelusuk dunia, jom jenguk di bawah ini :-

( sources : credit to googles )

-          Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh. : di mana lah Mauritania ini ya? Saya nak pergi lah.hehe ;p

-          Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
: owh, nasib baik lah diriku di lahirkan di Malaysia.

-          Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
: sudah pasti mereka ini sangat cantik dan seksi di mata sang lelaki di sana ya. Telinga kamek sik panjang towk, bahasa Sarawak pun sik pandai kamek nangga sama kitak.hikhik ;p

-          Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
: lebih baik eden bayar hutang ptptn dari nak kena bedah-bedah ni.

-          Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
: eh, bukankah negara itu negara Islam. Wallahualam.

Owh, siapa yang tidak mahu cantik kan. Tipu sangatlah anda semua termasuk diri saya sendiri tidak mahu cantik. Jika tidak untuk orang lain pun, cukuplah rasa puas kecantikan itu untuk diri sendiri.

 Cantik itu bisa meninggikan tahap keyakinan kita dan secara tidak langsung menjadi salah satu faktor dalam mendapat tempat di hati manusia lain ( ohok3 ;p ). Baik lelaki mahu pun wanita, tetap mahu kelihatan sempurna di mata manusia lain. tetapi bagaimana pula cantik di mata Allah? Itu saya tidak mahu ulas lah ya, sebab ianya akan menjentik sensitiviti dan emosi masing-masing, apatah lagi saya ini manusia tidak sempurna mana, tidak betah untuk memperkatakan lebih-lebih. Yang saya mampu, sebagai blogger, saya share sahaja dengan anda semua  (*_*)V

Sekadar berkongsi ( sources : www.iluvislam.com ):-

“ Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.”

p/s :
*sengal mode : ya ya ya. Saya tidak sempurna. Mata saya besar. Pipi saya tembun. Badan saya gemuk. Muka saya tampak berusia dari usia sebenar. Ya ya ya. Saya tidak cantik…tapi saya comel kan kan kan? Eleh, mengaku saja lah..hehehe..

Assalamualaikum wbt :)







No comments:

Post a Comment