nuff nang

Monday, January 3, 2011

Perempuan, Akal Setipis Rambutnya?

Assalamualaikum.

Benarkah seperti tajuk di atas itu? Ianya saya dapat disini.

Seperti biasa, saya kan pemalas. Jadi kalau mahu tahu apa ceritanya, klik link di atas, anda baca dan tafsirkan sendiri ya.

Cuma, entry pada kali ini, saya mahu share sedikit, ada beberapa potong ayat yang pada saya amatlah menarik untuk kita renungkan dan fikirkan. Agar kita sesama wanita lebih percaya dengan kelebihan kejadian kita di muka bumi ini, mahupun anda lelaki di luar sana, lebih menghargai manusia istimewa ciptaanNYA, iaitu WANITA.

“ Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. ”

“ Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. “

“ Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. “

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'. “

“ Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. “

“ Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali. “

Jadi, bagaimana? I ‘leave’ it to you to think about it.

Entry tamat.

End.  



No comments:

Post a Comment