nuff nang

Tuesday, January 18, 2011

Jejaka Seksi..

Assalamualaikum.

Wah! Cepat saja ya klik, bila keluar title berkaitan seksi-meksi ni.tetttt! kantoi!..

Maaflah, saya tidak berminat mahu bercerita mengenai seksi dari segi body figure mahupun appearance.  Tapi saya mahu berceritakan mengenai ‘keseksian’ hamba Allah yang datangnya dari kaum ‘Adam’ ini dari sudut berbeza.

Entry ini terbit berikutan satu artikel yang saya telah baca di www.iluvislam.com yang bertajuk ‘ Lelaki Rajin itu Seksi’. Mahu lebih detail, sila search di link di atas ya. Tapi, izinkan saya share dengan anda semua, ada beberapa keratan ayat yang menarik dari artikel tersebut.

“…hakikatnya mata wanita dijadikan Tuhan menilai keseksian seorang lelaki melepasi tarikan fizikal.”

“ pesanan Rasullah s.a.w akan empat jenis pasangan terbaik (harta, keturunan, cantik dan beragama)”

“sifat rajin adalah satu piawaian yang mampu membantu para wanita mencari pasangan seperti pesanan Rasullah s.a.w:
-          Harta - rajin bekerja (tidak kira latar belakang pendidikan)
-          Keturunan - rajin berusaha memperbaiki diri (menambah ilmu dan tidak terlibat dengan anasir negatif)
-          Cantik - rajin menjaga kesihatan diri seperti bersenam dan tidak mengambil toksid (termasuk tidak merokok)
-          Beragama - rajin ke masjid, majlis ilmu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan ”

“ ..dimata 'wanita-wanita seksi', jika anda menjadi seorang lelaki yang rajin dalam segala hal, anda akan dilihat sebagai seorang lelaki yang amat seksi.”

Haaa.. dalam blog kesukaan saya pula , www.fotochenta.blogspot.com juga  terdapat satu entrynya yang memperkatakan mengenai keseksian lelaki …..

( snap pic credit to www.fotochenta.blogspot.com )


Tapi pada nilaian interpretasi saya…lelaki itu sangat seksi ( tolak tepi rupa paras dan bentuk badan ) apabila, memadai lah saja jika dia sangat menghormati wanita ( termasuk peradaban dan layanan ) dan menghargai kewujudan wanita di muka bumi ini

Wah! Ayat tak boleh blah. nampak macam senang saja kan. Tapi itu cuma ‘main point’   saja , kalau anda nak saya elaborate in details…boleh…tapi takut ada yang berdarah mata saja bila nak membaca nanti.. ;p ( siapa yang nak berdarah mata tu? Heh, malas mahu reveal, kamu tahu siapa kamu itu ya! )

Walaubagaimanapun, saya percaya, jika mereka tergolong dari 2 jenis golongan seperti yang saya nyatakan tadi, InsyaAllah, segala sifat-sifat baik seperti rajin, jujur, setia dan beriman pasti akan ada pada mereka internally and it will ‘well-naturally-sincerely express’. 

Well, kaum adam, when you are so call ‘well-naturally-sincerely express’, definitely you are ‘sooooo sexxyyyyy’  to me!

Bye!

No comments:

Post a Comment