nuff nang

Monday, January 17, 2011

Kata-kata Itu Indah…

Assalamualaikum.

Maaflah, jika sudah lama tidak buat entry yang ‘berisi’…kalau update pun, saya sekadar menulis beberapa line sahaja. Idea untuk menulis itu sentiasa ada, cuma few weeks back ini, otak dan emosi ini sentiasa  menidakkan apa yang patut. mood pula terbang selalu. Hasilnya, bersawang lah blog ‘cik putih’ ini. Mohon maaf sekali lagi, itu lah saya, sentiasa tidak lekang dari khilaf.

Seribu satu kali saya cuba untuk menceriakan hati, tapi seribu satu kali itu juga saya fake it. Tak mengapa, masih boleh mencuba buat kali ‘seribu dua kali’ dan seterusnya juga. InsyaAllah, Allah itu Maha Mendengar doa hambaNYA, dan juga Maha Mengasihani. Moga kita sebagai hambaNYA, tidak terlepas pandang olehNYA.

Anyway, tidak update blog, tidak bermakna saya terpisah langsung dari virtuality. Saya masih membaca senarai ‘blogwalking’ dan juga membaca beberapa penulisan menarik dari pelbagai sources di internet, walaupun end up tertidur di depan netbook beberapa kali. Ngeee ;p

Baiklah, seperti biasa, entry kali ini, saya kumpul beberapa ayat-ayat dan kata-kata yang saya rasa cukup ‘cantik’ dan indah untuk di kongsi bersama. Ya, ianya berkaitan fitrah istimewa di sebalik kejadian manusia  berjantina ‘Hawa’ ini. 


“ Jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. ”

“ Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.”
“ Apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita “
“Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.”

“ Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.”

“ Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai”

“ Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata."

“ Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. “

Sekian saja, untuk entry pada kali ini. InsyaAllah, lain kali saya update lagi ya. Terima kasih kerana membaca.

(*_*) V   
 
Peace, Bye,End!





No comments:

Post a Comment