nuff nang

Friday, March 18, 2011

Yang Fardhu..

Assalamualaikum.

Nak tanya ni.. masih ingat tak apa maksud Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah mengikut fahaman anda sendiri.. ( hep hep hep..dan-dan nak pergi google cari maksud nya kan? ) saya tahu anda semua bijak pandai, tapi mesti ada yang dah terlupa kan..same goes to me, saya dengan jahilnya, sama terleka dan terlupa apa maksudnya bila di tanya pasal Fardhu Ain pada beberapa hari lepas oleh seorang teman..padahal Sekolah Agama sampai darjah 6 ( sekolah agama di negeri johor ), dan subject Pendidikan Agama merupakan antara subject yang saya selalu score pada zaman sekolah dulu. Tapi apakan daya, berubah mengikut zaman, otak pula sudah pandai tumpul dan berkarat..alah, senang cerita, di akui lah, saya yang alpa..

 Jom kita refresh pada dasarnya  sahaja mengenai Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.  Saya tak berani nak sentuh lebih mendalam mengenainya sebab masih belum cukup ilmu di dada. Info-info ini pun, macam biasalah credits to Google dan juga pada seorang teman saya ini yang top up n refreshing me all about regarding to this matter. Seperti biasa, jika saya tersilap, sudi-sudikan lah membetulkan saya ya. Tapi please, betulkan lah saya dengan usul yang kukuh sebab saya tidak mahu memperdebatkan mahu pun mempelajarinya atas dasar omongan kosong mahupun ibarat mengetuk tin kosong.

Salah seorang ulama yang bernama Al-Ghazali, pernah berkata yang hanya ada satu ilmu yang wajib di tuntut, iaitu ilmu agama. Ilmu agama itu pula, terbahagi kepada dua, Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

Mengikut Al Ghazali, Fardhu Ain itu adalah kepelbagaian ilmu untuk mengenal Allah dan sifat-sifatNYA,  mengetahui cara beribadat, apa yang halal dan haram dan macam- macam lagi. Pada bahasa yang lebih mudah untuk di fahami, kiranya Fardhu Ain ini adalah berkenaan ilmu yang wajib kita ketahui sebab bila kita dah tahu, yang wajib dan halal kita lakukan dapat pahala, manakala jika ditinggalkan pula, dapatlah kita dosa.  Dari Fardhu Ain juga, timbullah istilah ilmu-ilmu lain iaitu kita panggil ilmu syara’  seperti yang kita selalu dengar iaitu Tauhid, Feqah, Tasawuf, Mu’amalah dan Mukasyafah.  Dan satu lagi, jangan lah kita sempitkan pemikiran kita dengan takluki Fardhu Ain hanya pada perkara-perkara wajib seperti solat, haji dan puasa saja. Sebenarnya, dalam kehidupan seharian, ada banyak lagi hal-hal wajib dan ianya merupakan Fardhu Ain.

Fardhu Kifayah pula, ilmu yang perlu untuk kita tahu, sebab ianya merupakan ilmu yang digunakan untuk keperluan dan keselesaan hidup kita di dalam dunia ini. bila tiadanya ilmu ini, mesti kita rasa susah untuk meneruskan hidup. Bila dah susah, sukar pula kita nak buat apa yang wajib dalam Fardhu Ain tadi. Contoh senang adalah ilmu perubatan, matematik, ekonomi dan lain-lain berkaitan. Walaupun ianya tidak sewajib Fardhu Ain, tapi tahu tak, yang sebenarnya ia nya sangat mutual untuk kita ketahui sebagai menghindar dosa. Saya bagi satu contoh, dalam satu situasi untuk menentukan sesuatu perkara  yang mungkin berkaitan dengan kematian dan perubatan.  jika ada di antara kita yang tahu akan ilmu Fardhu Kifayah itu, InsyaAllah terlepas kita dari dosa. Tetapi, jika tidak ada seorang pun di kalangan kita yang mendalami ilmu itu, maka kita ini diklasifikasikan sebagai berdosa. Masa kan tidak, kita tidak tahu apa yang betul dan tidak, apatah lagi ia melibatkan nyawa dan penyembuhan manusia.  Nasib baik kita ada tokoh ilmuan perubatan Islam dan juga doktor-doktor sebagai rujukan. hmm..rasa-rasanya, faham tak maksud contoh saya tadi? Maaf ya, kalau tak faham, sila lah rujuk pada yang lebih arif.

Satu lagi contoh, hukum kita melakukan solat sunat adalah sunat, tetapi tahu kah anda, yang apabila kita mengerjakan solat tersebut, adalah wajib untuk kita merukuninya dengan sempurna. Di situ kita dah nampak link di antara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah kan.  Pada fahaman saya atas contoh tadi, solat sunat itu sebagai satu tuntutan untuk menuntut ilmu ( Fardhu Kifayah ), tetapi merukuninya dengan sempurna itu sudah di kategorikan wajib ( Fardhu Ain ). Ada banyak lagi contoh yang saya dapat bila googling, tapi untuk sekadar memahami nya, cukup lah saya bagi satu contoh ya.           

Aduhai, bila di fikir-fikir, yang saya pelajari di sekolah dulu,  cuma asas Fardhu Ain sahaja, itu pun saya masih kabur lagi mengenai kefahaman dan konsepnya. Masih banyak lagi perlu dipelajari. Bila dah pelajari, wajib lah untuk dipraktikkan pula.haaaaaa…sendiri mahu ingat lah ya! ( eh, macam pernah nampak saja tagline tu ;p )
 Menyentuh mengenai perniagaan pula. Sudah tentu lah tujuan utamanya kita berniaga ni adalah untuk mencari nafkah .memang mencari nafkah itu sudah wajib hukum nya. Tetapi dalam mencari nafkah itu kita perlu juga tahu ilmu perniagaan. Ilmu perniagaan itu pula bukan setakat determine akan untung ruginya dan strateginya sahaja, tetapi adalah wajib untuk kita ketahui dan noted tentang apa jenis benda yang boleh diniagakan, unsur-unsur riba yang perlu kita elakkan dan juga sudah pasti halal haramnya dalam kita berniaga.

Selain berniaga, pekerjaan lain juga berkait dengan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Tak kira lah jika anda itu askar, cikgu, ketua jabatan mahupun sekadar tukang cuci. Profession kita itu adalah Fardhu Kifayah kerna ianya tidak wajib. Tapi mencari nafkah itu sudah jatuh menjadi Fardhu Ain. So, bila kita melaksanakan tugas kita, wajiblah ia di lakukan dengan betul kerna dikhuatiri apabila tidak betul, sudah berdosa pula. Bila sudah berdosa, takut pula pendapatan yang bakal kita perolehi itu sudah jadi haram. Jadi belajar lah mempraktikkannya berlandaskan syariat Islam, sebab bila kita menuntutinya ianya sudah jadi Fardhu Ain.
Dalam saya menaip entry ini, saya terfikir, apa pula hukumnya bila anda membaca entry ini? hukum untuk saya yang membuat entry ini bagaimana pula? kategori mana pula ianya jatuh?..Wallahualam..

P/S : saya baru tahu apa itu maksud ‘Hasanah’.. bermaksud, ada kebaikan dalam keburukan terjadi. betul ke?

No comments:

Post a Comment