nuff nang

Saturday, February 19, 2011

Solat Istikharah

Assalamualaikum.

Straight forward, sebenarnya saya kurang faham dengan tata cara untuk menunaikan solat ini. naifnya saya, saya lupa akan fungsi sebenar akan solat ini, sehinggalah pada satu hari, saya menceritakan kekeliruan saya pada masalah peribadi yang saya hadapi kepada salah seorang kawan saya di FB, dia nasihatkan saya untuk tunaikan solat ini, dan mohon petunjuk dari Allah.

difahamkan, solat ini dilakukan dengan tujuan untuk memohon Allah berikan kita petunjuk atas keraguan mahupun kekusutan yang berlaku atas diri kita. Tapi jangan pula, kita expect dengan sekali solat sahaja, Allah akan berikan petunjuk pada kita. Haruslah ia, kita laksanakan dengan sabar dan istiqamah serta berulang kali.

Menurut pembacaaan saya, solat ini tergolong dari jenis solat sunat di mana ianya dilakukan dalam 2 rakaat. Nilainya sangat besar apabila kita merukuni nya, iaitu sebesar nilai apabila kita melakukan Solat Dhuha.  Maaf lah, jika fakta saya ini salah, kerna saya pun tahu dari pembacaan di sebuah blog berkenaan dengan solat ini. jika saya salah, anda yang membaca, sudi-sudikan lah untuk membetulkan saya, jadi kita boleh sama-sama manfaatkan ilmu Allah ini.

Dalam melakukan solat ini, bersedia lah untuk menghadapi keputusan nya. Jangan takut untuk menghadapinya, kerna keputusannya mungkin tidak seperti kita harapkan. Saya pernah terbaca pada satu kenyataan, kita haruslah lakukan ia sehinggalah kita dapat jawapannya yang pasti. Kalau kita terus ikut dengan apa yang kita harapkan, mungkin juga ianya molek untuk dalam jangka pendek sahaja. Tapi bagaimana pula untuk jangka masa yang lebih panjang?  Allah itu Maha Mengetahui, bila kita did it continuously, dan sudah di hidayahkan dengan petunjuk, kita redha lah ya dengan sebarang kemungkinan.

Entry ini tidak lain juga, sebenarnya untuk self note diri sendiri, selain itu, dapat juga saya berkongsi pada mereka yang sudi. Jika ada keraguan lebih akan persoalan solat ini, maka tanyalah pada yang lebih arif ya…

Cara-cara
Slightly the same dengan Solat Subuh, Cuma niatnya berbeza. Ia dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Solat ini tidak perlukan azan atau jemaah kerna ia bersifat persendirian, antara kita denganNYA. Sangat  baik andai ia dilakukan sesudah lewat malam dalam suasana sunyi, agar InsyaAllah kita lebih baik penghayatannya dan juga lebih khusyuk.

Ada juga persoalan yang mengatakan, boleh kah ia dilakukan pada waktu siang? Maaflah jika silap, tapi menurut pembacaan saya, ianya boleh dilakukan pada waktu siang, tapi diharamkan pada waktu antara Solat Subuh sehingga waktu Solat Dhuha dan juga selepas Solat Asar.

Niat :
“ Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala” :
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala


Rakaat pertama-Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

·         Satu lagi info, ketika kita bersujud dalam rakaat terakhir itu, kita haruslah membaca tasbih  / selawat dan “Subhanakala ilmalana illama alamtana innakaantal alimul’akim”  sebanyak 40 kali berserta niat apa kita mahu itu.

Berkenaan dengan doa istikharah itu, jika kita mahu berdoa dalam bahasa melayu pun boleh ( refer erti doa tersebut ).  Ianya antara kita dan Allah sahaja. Ianya lebih penghayatan dan sepenuh hati dalam kita berdoa kerna kita lebih memahami maksudnya dan boleh meluahkan dengan lebih baik.

Kalau dilihat pada doa yang saya paste kan di atas, pasti ada perasan simbol  ( *** ) kan, disitu lah kita selitkan permohonan doa atau pun masalah kita.

InsyaAllah, saya pun masih merangkak lagi, sudi-sudikan lah tegur saya, jika salah ya. saya pun mahu belajar..


5 comments:

  1. Sila jawab yerrr.....yg selawat tu masa tgh sujud ke ??

    ReplyDelete
  2. tasbih tu kalau tidak Baca sah tak solat kita?

    ReplyDelete
  3. Salam Saya amalina Saya Ada masalah hendak berpindah ke tempat lain tetapi suami Saya tidak ikut sekali berpindah kesana kerana dia berkerja kl masalahnya Saya berbelah bagi sama Ada duduk di sungai besar atau pun di mersing kalau di sungai besar family Saya Ada blh tgkkan Saya dn anak kalau di mersing Ada kakak ipar suami Saya kalau suami Saya tiada ikut sekali pindah ke mersing Saya berasa susah hati kalau Saya duduk di sungai besar mak ayah Saya Ada kalau Saya Ada kesusahan diaorg blh Bantu tapi kalau kak ipar sya

    ReplyDelete
  4. Saya baru mengetahui yang solat istikharah ni tidak boleh dilakukan selepas solat fardhu subuh, sudah 3 malam berturut turut adakah ia sah? Mohon beri penjelasan sama ada saya perlu lakukan semula.

    ReplyDelete