nuff nang

Saturday, August 13, 2011

whoaaa...thanks :)

whoa..tadi family ku meraikan my belated birthday...auwww...touching eden..hikhik...thanks thanks thanks..

dan...tengok lah pic apa tu? yes..kek angry bird...hikhik...memang tak boleh lari jauh...angry bird juga tu..nampaknya hujung tahun ini, kena lah decide sama ada nak beli DSLR camera or Ipad2. eh, tak ada kena mengena langsung dengan angry bird kan? ( since, dalam Ipad kan ada game angry bird,motive? ) hahaha...

tak apa la, maybe i'll stick with my decision to grab DSLR camera..InsyaAllah..Moga dipermudahkan oleh Allah dan dilimpahkan pada ku dengan rezki yang halal.. Ipad2 tak mengapa lah, nanti claim kat dulang hantaran je..eh? lol... berangan lah kau perempuan...hikhik

oklah, mahu tidur, esok mahu kerja la pulok..

Assalamualaikum and ta-ta :)

Friday, August 12, 2011

dah basi


Assalamualaikum,


dah basi kan? hihihi. yup, it was my birthday on August 3rd, recently. nothing special, nothing extraordinares happened. but, what ever it is, i am still being thankful and grateful as well to Allah.

kerna apa? kerna masih memberi peluang pada hambaNYA ini untuk terus menikmati hidup. Alhamdulillah, syukur.

ada hadiah ke? since birthday kali ini, pada bulan Ramadhan. so, tiadalah, makan-makan or family gathering. saya tak kisah pun. coz selama ini pun, tiap kali ada birthday dalam family, saya cuma utamakan anak-anak saudara saya sahaja. bagi mereka bergembira sesama mereka makan birthday cake and upmost, mestilah family gathering. berkumpul adik beradik and whole family.

owh..lupa pula,hadiah ya? ada..ni haaa....


for my birthday....sarung henpong eden..hikhik..angry bird lagi.. from my kaklong and her princesses...it is ok..makyang loikeee..walaupun makyang tak minat angry bird...

other than that, i got so many birthday wishes from friends, siblings and relatives and juga teman tapi mesra..ahakz ;p tettt...thanks guyz...i really do appreciates it...thank you again for still being loyal, standing beside this silly-irritating-mood swinger kinda girl...hikhik...

thank you thank you thank you! May Allah bless all of you.

till then, Assalamualaikum.

* p/s : serius malas nak edit and copyright pics di atas tu registered under TFL. ;p

TFL

Tuesday, August 2, 2011

rhyme ooo rhyme

 I hate the way you talk to me
 and the way you cut your hair
 I hate the way you drive my car
I hate it when you stare
I hate your big dumb combat boots
and the way you read my mind
 I hate you so much it makes me sick
it even makes me rhyme. 
I hate it
 I hate the way you're always right
 I hate it when you lie
 I hate it when you make me laugh
 even worse when you make me cry
 I hate it when you're not around
and the fact that you didn't call
But mostly I hate the way I don't hate you
 Not even close
not even a little bit
not even at all.

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ selamat menyambut bulan ramadhan ♥♥ ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

Wednesday, July 20, 2011

random

Assalamualaikum,

saya tidak tahu nak mula dari mana dan tidak juga tahu apa yang sebenarnya mahu saya ceritakan pada entry ini. pointless! itulah sebenarnya..

terlalu banyak sangat 'drama' dalam hidup ini. ada yang gembira, ada yang duka, ada juga masanya terkejut, dan ada juga tikanya saya kecewa. yang pastinya, yang buat 'drama' ini menarik, sudah pasti momentum duka dan kecewanya..


apa mahu buat, by hook by crook, kita yang masih hidup dan berupaya bernafas ni, kena lah juga tempuhinya. rasa duka n kecewa  saya ini, janganlah pula takrifkan ia pada sudut percintaan sahaja, ianya sangat umum. terlalu letih dan juga terasa malas nak menceritakan in detail segala perihal yang mendatangkan kesedihan hati ini.

yeah, saya tahu, ramai yang akan cakap, ini lah realiti kehidupan. yeah, saya tahu juga, ia memang ayat yang sungguh cliche. tapi itulah juga hakikatnya. mungkin juga 'drama' ini lah punca kenapa saya lebih sukakan gadgets..yup, gadgets,kalau dah minat, they rarely let us down with what its offers itself. tapi manusia? sendiri faham lah ya. saya masih dan sentiasa ingat, seorang rakan lama saya pernah berkata, ' Sometimes people can turn into such big disappointment'. i totally agree with you my old friend. kita hidup di dunia ini menyemai benih, hasil nya di akhirat nanti. setiap apa kita buat, ada timbang tara nya dan ada juga neracanya. Kalau tidak, masa kan ada syurga dan neraka, kan?

ok lah, dari saya melalut or terbuka aib sendiri mahu pun orang lain. baiklah saya undur diri segera, dan muhasabah diri. merenung kembali mana salah dan silapnya, dan perbetulkan apa yang patut agar diri lebih baik pada masa akan datang.

Assalamualaikum.

TFL.

Saturday, July 2, 2011

Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.



Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.



Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.



Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.



Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).

[Surah al-A'raf, ayat 201]

Tuesday, June 14, 2011

reason why..

Assalamualaikum wbt...

lama menyepi bukan?..bukan tahap bersawang dah ni..nak masuk macam sarang kucing beranak ( eh! itu rupa bilik tidur saya sekarang ).huhu...sorry ya, sangat malas untuk berblog. walau pun idea banyak meluap-luap keluar..tapi dek kerna keletihan mental dan fizikal..maka saya biarkan sahaja blog ini haunted keusangan...

entah lah ya, mood dan hormone dan jadi imbalance lately..mungkin letih otak, letih fizikal, dangkal mengawal stress  juga barangkali, lack of anger management dan most probably, overthinking kotttt....sentiasa memikirkan pros and cons untuk setiap perkara or details  in life..itu yang jadi kan every situations becoming much critical..

untuk ambil langkah mudah, i just keep my mouth shut and remains in silent mode..

kenapa ya malam ni, saya rasa nak kembali menulis ? sebab saya rasa nak meluahkan sesuatu, but tak terluahkan...beside mom, family and bff, mungkin juga sampai masanya sudah, tuk saya cari ideal soulmate instead of making me sort of ' stok pelepas sepi cuma' kan..huhu. come on darling, you are getting older, sooner or later, you are becoming 28 years old lady..yeah, a lady...perhaps..


Moga Allah tenangkan dan terangkan hati saya, agar dapat redha dan petunjuknya dalam mencari apa yang saya mahu itu di sebalik kekaburan di hadapan mata sekarang.

ok lah, repekan saya harus di hentikan setakat ini. pointless sungguh entry kali ini kan. sorry for wasting your much precious time by reading this junk.

bila lagi mahu berblog? entah, mungkin esok atau lusa, mungkin juga bulan depan. atau mungkin bila sahaja saya ada waktu senggang yang menyenangkan lagi menenangkan..jika sudi, berilah saya masa..

thank you for reading.

gudnite.

Assalamualaikum wbt.

TFL