nuff nang

Sunday, May 1, 2011

Expectation

source : FB

How do you expect kids to listen to their parents as, Tarzan lives half naked, Cinderella comes back home at midnight, Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves, Batman drives at 320KM/h, Sleeping beauty is lazy and Snow white lives with 7 guys. We shouldn’t be surprised if kids misbehave at times! They get this from their own storybooks:s

so readers,what say you? 

Wednesday, April 20, 2011

sengkek sangat ke?

 
spec, yang ku beli hanya pada nilai RM 2.00 shj di kedai RM 2.00 
( ok fine, mesti akan ada siulan nak mengatakan murah dan tak ada UV protector )
 so what?  akak ni ganas dik, beli lah mahal-mahal pun, part punggung ni nak landing tak kena masa, dan-dan je ranap spec eden. dah 3-4 spec eden hancus kerana kecuaian punggung  eden ni. kesudahannya,beli kat kedai RM 2.00 saja lah. kalau ranap sekali lagi, tak eden raso hangus yo poket eden ni ha..hehehe

juga RM 2.00 for two. tidak, bukan stereng itu, mahu pun paha besar macam gajah itu,gear box itu ya. saya maksudkan leopard print bangles itu. hikhik..

flat tu cuma RM 15.00, dan seluar jeans lusuh itu cuma RM 60.00 or RM 70.00 saja kot.

PERSOALANNYA..

SENGKEK SANGAT KE?????

tak lah sengkek sangat kalau di teliti gaya penampilannya, tengok handphone yang dipakai, netbook yang dibimbit,  kereta apa yang di pandunya..tapi dah itu yang eden suko...nak buek camno...nasib baik eden tak boli yang imitated, itu dah kiro syukur lah tu yo... 

there's nothing wrong for being our own self right?..so, act like one-lah ( rojak betul slanga!ampun T_T )

hehehe..

ok,dah, gastrik eden dah merindui eden semulo ni..

eden, poei dolu lah yo...

sila lah rindu eden kotat-kotat..

eden memang malas nak hapdet solalu blog ni, sobab eden memang sengkek bab waktu-waktu senggang ni..

tatatititutu!


Assalamualaikum :) 


                                   

Sunday, April 17, 2011

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita

source : www.iluvislam.com

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Thursday, April 7, 2011

Sin.Ya.Tha.Wau.Alif.Sin.Ya

Si-Tua-Si

Situasi 1

A : bila nak kahwin? ( sambil tengok B dari atas ke bawah berulang kali ).
B : owh, belum ada jodoh lagi ( sambil buat muka manis dan tahan sabar ).
A : punya lah besar bandar ni, takkan satu pun tak jumpa.
B : haa..itu lah dia.. ( menjawab sambil senyum lagi…sabar..sabar.. )

Selang beberapa minit…
A : kalau ada suami kan senang, nak kemana-mana bergerak, ada suami temankan.
B : hehe..ya lah makcik..  ( senyum lagiiiiiiiii !!!! tq makcik for your caringness  ;p  )



Situasi 2

C : Akak ni bila nak kahwin?
B : eh eh…soalan awak ni.. ( cubaan membuat muka manis disitu )
C : hehe, akak ni cantik lah, kita suka tengok muka akak. takkan tak ada pakwe?
B : hehe,tak apalah,akak tunggu awak lah kahwin dulu ya ( hok oloh!  Senyum lagi… )


Situasi 3

D : anak dah berapa?
B : eh, kak. Saya belum kahwin lagi. ( siot je, tahu lah hari ini aku selebet persis mak orang )
D : eh sorry2…laaa..napa tak kahwin lagi…
B: ( senyummmmmmm!!!! Grrrr )


Situasi 4

E : awak dah kahwin?
B : belum, makcik.
E : lawa macam ni pun tak kahwin lagi,kenapa?
B : InsyaAllah, nanti2 lah..


Situasi 5

F : awak bila nak kahwin ?
B : eh,  hmm belum ada calon lagi lah aunty.
F : ahh ya je awak ni. Lawa macam bintang ‘pilem’ takkan tak ada yang hendak. Kalau saya lah lelaki,
     lawa macam ni. Hari ni kenal,esok saya masuk meminang…
B : …… ( tak tahu nak senyum kena puji or nak menyengih aja kena smash dengan makcik ni )



Actually ada banyak lagi situasi…serius..malas nak tepek di sini..huish…tapi rasanya, the best answer yang patut saya jawab adalah..”InsyaAllah, doakanlah saya dapat jodoh terbaik dan ia dipercepatkan ya”..anyway,anyhow..thank you very much for your valued concern lah eh! :)

Lepas ni, cukup 100 kali di tanya soalan ‘cenggini’..boleh lah, saya nyanyi lagu situasi-bunkface. Boleh buat single album terus ;p

Assalamualaikum..

Monday, April 4, 2011

KUTIP

CHOPPPP!!!

penat guna otak hari ni buat kerja yang dah lama pending...take 5 lah sekejap dengan menghapdet blog..

Tak ada kerja lain lah untuk isi waktu rehat setiap malam, sementara nak tunggu mata ini lelap. Selain ber’muka-buku’, ber’pemesan-yahoo’ dan berdating dengan ‘uncle google’,  www.iluvislam.com sentiasa saya buka, dan baca artikel-artikelnya.  Banyak yang memberi kesedaran, pengajaran, pengetahuan dan ada juga secara tidak langsung memberi inspirasi.  Juga kerna apa? Kerna saya ini kadangkala rapuh didalamnya. Itu yang saya perlukan antibiotic untuk build up kembali semangat dan minda saya.


Jadi, entry kali, saya ‘kutip’ beberapa keratan ayat-ayat menarik untuk dikongsi semasa saya browse through all the articles. Biasa lah, kan saya ini penggemar QOTD / Quotes .

“ Kecantikan luaran tidak mampu ubah, tetapi kecantikan peribadi masih boleh miliki.”

“ Biarlah menang kerana memiliki ilmu bukan kerana memiliki kecantikan. Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri. “

“ Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur“.

 ….kecantikan bukan penentu kebahagiaan, yang penting adalah dengan ilmu yang di miliki dan cara pembawaan diri.”

fikir-fikirkan... 



Sunday, April 3, 2011

A Note For You

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi.

Tidak semulia Khadijah, tidak setaqwa Aishah, pun tidak setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanya wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi isteri solehah.

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama.

Isteri menjadi tanah, dan kamu menjadi langit penaungnya.

Isteri menjadi tanaman, dan kamu menjadi pemagarnya.

Isteri menjadi kiasan ternakan, dan kamu kiasan gembalanya.

Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjakannya.

Saat isteri menjadi racun, kamulah penawarnya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok, berkatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya Iman dan Taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana.

Justeru kamu bukanlah Rasulullah pun bukan Saidina Ali Karamallahuwajhah.
Kamu hanyalah lelaki akhir zaman yang berusaha menjadi lelaki soleh.

*Sumber :  Slot Renungan Bersama  di Kad Undangan Perkahwinan.

Tuesday, March 29, 2011

Sentap

Assalamualaikum..

Ala, dah tak muat almari lah…



setakat ini, ini lah dia koleksi tudung / shawl yang ada dalam simpanan saya. Ada yang saya beli, ada juga atas ehsan emak , dan juga ada yang di sponsor oleh kakak saya ( si tauke tudung ).

huh, macam mana ni, niat di hati nak menambah koleksi, tapi apakan daya tak muat almari.(eh, dah macam pantun dua kerat pula ).

Ini baru koleksi dari bulan januari yang lalu ( sekarang bulan mac )…imagine saja lah, kalau saya non stop buying…rasanya by december,  kena lah tempah satu bilik khas letak tudung / shawls saya sahaja lah.. lol ;p

Semasa saya menggoogle, saya tersentap akan kecantikan dan ke-cun-nan ( hancus bahasa melayu eden ) koleksi shawls di bawah ni…
saya sentap dengan inner scarf nya. sangat cantik :)

memang design ni dah outdated, published last year kot. but then, i still do want it T_T 

i want it! T_T

T_T nak juga...

patchwork yang sangat eden suko..

i love her style.. :)

so far, cuma ini saja tudung syria yang saya suka..dan saya belum dapat miliki lagi. Fyi, tudung yang di pakai tuan punya blogger famous ika,radiusite itu lah :)

shawl dia cantik kan..pink color lagi tu..unique but yet..so shuweeet T_T

cute sangat syria ni kan

sampai sekarang tak dapat shawl warna merah cili menjerit macam gambar di atas. i like this shawl..anyone, ada yang sudi nak hadiah kan ia pada ku ? T_T sobss..

sentap. yang ini pun saya mahu!


Sila sentap! ( kalau tak nak sentap pun tak apa, biar saya seorang saja sentap ;p )


All pics credit to :
www.radiusite.com
www.miasuraya.com
www.aeiouyun.blogspot.com




Alaaaaa….rasa-rasanya nak beli lagi tak?…mestilah nakkkkkk…

Habis kalau tak muat almari macam mana? Alaaaaa…..nak juga!

Iman tak kuat….Fail!

Assalamualaikum…