Assalamualaikum.
to be inform, daerah saya hujan lebat sangat.non stop. dah berlanjutan beberapa hari lagi. most of location di daerah ini,dah naik paras airnya di tahap yang merisaukan. lagi membimbangkan pula, takut affect kawasan perumahan dan kedai saya.
doakan kami ya.
nuff nang
Sunday, January 30, 2011
Sunday, January 23, 2011
QOTD
i was thinking about it, recently...
" Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for? "
" Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for? "
Saturday, January 22, 2011
A note for myself
Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!
Artikel penuh, sila klik di ( credit to : ) www.iluvislam.com dan search ‘Perkataan Syukur Yang Dilupai’
Friday, January 21, 2011
Sometimes…But…
Assalamualaikum,
Blogging isn’t all about writing, it is more of sharing our thoughts and experiences. Jika tidak mahu shares, we better ‘off-blog’. Secara jujurnya, saya tidak pandai menulis sebaik blogger yang lain. Apatah lagi mahu berkias dan berbunga ayatnya tiap kali buat entry. Mungkin ada yang berkata penulisan saya dalam setiap entry agak boring. Tak mengapa hokay, yang penting apa yang saya mahu sampaikan, InsyaAllah end reader dapat mesejnya. Isu originality atau tidak, itu tolak tepi. Jika bukan hasil garapan saya, anda akan notices saya pasti akan credit to the original authors.
Yang pasti sejak kembali berblog, saya banyak membaca. baik dari pembacaan buku-buku mahupun articles ataupun dari hasil bacaan dari blogwalking. sehinggakan ada certain penulisan itu, pada kiraan saya, sudah cukup baik untuk sekadar dikongsi bersama anda semua tanpa perlu di tokok tambah.
Sources : A Girl's Heart Desire – www.iluvislam.com
Sometimes,
I want to open my hijab,
and show the world,
that I too,
am beautiful in the people's definition.
But,
deep down here,
in my little heart,
I know that beauty is by definition,
a mystery.
and it is forever more rewarding,
to be beautiful in God's eyes.
Sometimes,
I want to wear ruffled dresses and tight jeans,
show off what I really look like,
under those baggy shirts and loosely fitted pants,
make a statement,
that I too,
have a figure and worth looking at.
But,
I know better,
to avoid entering the world of men's imagination,
for I love my future husband,
and I am ashamed,
what should be his, has already been unveiled by others.
Sometimes,
I want to show the world,
the other side of me,
the bubblier, bolder, and crazier me.
put myself on display,
for everyone to see,
to be desired, and admired upon.
But,
I know that eyes are not just eyes,
seeing is not just seeing,
image and respect are gained,
shame and humility deserve a better place,
Because in the end,
it is not just about me,
I carry a lot of impressions and expectations,
of what a Muslim girl should be,
I am covered by the word "Islam" the moment I walk out of my door,
So don't be selfish girl,
Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for?
Love is all it takes.
Love.
InshaAllah
Wednesday, January 19, 2011
Cantik di mata mereka..
Cantik? Setiap pagi, sebelum kerja, itu yang selalu kita perkatakan pada diri kita, bila berada di hadapan cermin. Dan cantik itu sendiri, tidak dinafikan, seakan mempunyai chemistry hebat dengan wanita. Kalau tidak, masa kan kecantikan wanita sering sahaja di luahkan dalam karya-karya lagu dan puisi di seluruh dunia.
Waima, tiada sesiapa pun di dalam dunia ini, mampu memberi definisi yang tepat dalam mengenalpasti apa itu cantik kerna kita punyai pandangan berbeda terhadap apa itu cantik. Ada yang menilainya dari perspektif matanya sahaja, ada juga menilai cantik itu dari pelbagai sudut. Mungkin tidak dari rupa paras dan fizikal, ada juga memberi definisi cantik berdasarkan makanan, tempat, kaum, budaya dan peredaran semasa .
Ada yang berkata, kecenderungan dalam mentafsir kecantikan itu banyak di pengaruhi oleh barat. Tanpa mengambil kira kaum, keturunan, etnik dan kepercayaan oleh masyarakat seluruh dunia , tapi kita di timur ini juga punyai pandangan istimewa dan unik mengenai apa itu cantik.
Contoh-contoh info mengenai kepelbagaian definisi cantik oleh masyarakat di beberapa pelusuk dunia, jom jenguk di bawah ini :-
( sources : credit to googles )
- Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh. : di mana lah Mauritania ini ya? Saya nak pergi lah.hehe ;p
- Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
: owh, nasib baik lah diriku di lahirkan di Malaysia.
- Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
: sudah pasti mereka ini sangat cantik dan seksi di mata sang lelaki di sana ya. Telinga kamek sik panjang towk, bahasa Sarawak pun sik pandai kamek nangga sama kitak.hikhik ;p
- Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
: lebih baik eden bayar hutang ptptn dari nak kena bedah-bedah ni.
- Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
: eh, bukankah negara itu negara Islam. Wallahualam.
Owh, siapa yang tidak mahu cantik kan. Tipu sangatlah anda semua termasuk diri saya sendiri tidak mahu cantik. Jika tidak untuk orang lain pun, cukuplah rasa puas kecantikan itu untuk diri sendiri.
Cantik itu bisa meninggikan tahap keyakinan kita dan secara tidak langsung menjadi salah satu faktor dalam mendapat tempat di hati manusia lain ( ohok3 ;p ). Baik lelaki mahu pun wanita, tetap mahu kelihatan sempurna di mata manusia lain. tetapi bagaimana pula cantik di mata Allah? Itu saya tidak mahu ulas lah ya, sebab ianya akan menjentik sensitiviti dan emosi masing-masing, apatah lagi saya ini manusia tidak sempurna mana, tidak betah untuk memperkatakan lebih-lebih. Yang saya mampu, sebagai blogger, saya share sahaja dengan anda semua (*_*)V
Sekadar berkongsi ( sources : www.iluvislam.com ):-
“ Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.”
p/s :
*sengal mode : ya ya ya. Saya tidak sempurna. Mata saya besar. Pipi saya tembun. Badan saya gemuk. Muka saya tampak berusia dari usia sebenar. Ya ya ya. Saya tidak cantik…tapi saya comel kan kan kan? Eleh, mengaku saja lah..hehehe..
Assalamualaikum wbt :)
Tuesday, January 18, 2011
Jejaka Seksi..
Assalamualaikum.
Wah! Cepat saja ya klik, bila keluar title berkaitan seksi-meksi ni.tetttt! kantoi!..
Maaflah, saya tidak berminat mahu bercerita mengenai seksi dari segi body figure mahupun appearance. Tapi saya mahu berceritakan mengenai ‘keseksian’ hamba Allah yang datangnya dari kaum ‘Adam’ ini dari sudut berbeza.
Entry ini terbit berikutan satu artikel yang saya telah baca di www.iluvislam.com yang bertajuk ‘ Lelaki Rajin itu Seksi’. Mahu lebih detail, sila search di link di atas ya. Tapi, izinkan saya share dengan anda semua, ada beberapa keratan ayat yang menarik dari artikel tersebut.
“…hakikatnya mata wanita dijadikan Tuhan menilai keseksian seorang lelaki melepasi tarikan fizikal.”
“ pesanan Rasullah s.a.w akan empat jenis pasangan terbaik (harta, keturunan, cantik dan beragama)”
“sifat rajin adalah satu piawaian yang mampu membantu para wanita mencari pasangan seperti pesanan Rasullah s.a.w:
- Harta - rajin bekerja (tidak kira latar belakang pendidikan)
- Keturunan - rajin berusaha memperbaiki diri (menambah ilmu dan tidak terlibat dengan anasir negatif)
- Cantik - rajin menjaga kesihatan diri seperti bersenam dan tidak mengambil toksid (termasuk tidak merokok)
- Beragama - rajin ke masjid, majlis ilmu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan ”
“ ..dimata 'wanita-wanita seksi', jika anda menjadi seorang lelaki yang rajin dalam segala hal, anda akan dilihat sebagai seorang lelaki yang amat seksi.”
Haaa.. dalam blog kesukaan saya pula , www.fotochenta.blogspot.com juga terdapat satu entrynya yang memperkatakan mengenai keseksian lelaki …..
( snap pic credit to www.fotochenta.blogspot.com )
Tapi pada nilaian interpretasi saya…lelaki itu sangat seksi ( tolak tepi rupa paras dan bentuk badan ) apabila, memadai lah saja jika dia sangat menghormati wanita ( termasuk peradaban dan layanan ) dan menghargai kewujudan wanita di muka bumi ini.
Wah! Ayat tak boleh blah. nampak macam senang saja kan. Tapi itu cuma ‘main point’ saja , kalau anda nak saya elaborate in details…boleh…tapi takut ada yang berdarah mata saja bila nak membaca nanti.. ;p ( siapa yang nak berdarah mata tu? Heh, malas mahu reveal, kamu tahu siapa kamu itu ya! )
Walaubagaimanapun, saya percaya, jika mereka tergolong dari 2 jenis golongan seperti yang saya nyatakan tadi, InsyaAllah, segala sifat-sifat baik seperti rajin, jujur, setia dan beriman pasti akan ada pada mereka internally and it will ‘well-naturally-sincerely express’.
Well, kaum adam, when you are so call ‘well-naturally-sincerely express’, definitely you are ‘sooooo sexxyyyyy’ to me!
Bye!
Monday, January 17, 2011
Kata-kata Itu Indah…
Assalamualaikum.
Maaflah, jika sudah lama tidak buat entry yang ‘berisi’…kalau update pun, saya sekadar menulis beberapa line sahaja. Idea untuk menulis itu sentiasa ada, cuma few weeks back ini, otak dan emosi ini sentiasa menidakkan apa yang patut. mood pula terbang selalu. Hasilnya, bersawang lah blog ‘cik putih’ ini. Mohon maaf sekali lagi, itu lah saya, sentiasa tidak lekang dari khilaf.
Seribu satu kali saya cuba untuk menceriakan hati, tapi seribu satu kali itu juga saya fake it. Tak mengapa, masih boleh mencuba buat kali ‘seribu dua kali’ dan seterusnya juga. InsyaAllah, Allah itu Maha Mendengar doa hambaNYA, dan juga Maha Mengasihani. Moga kita sebagai hambaNYA, tidak terlepas pandang olehNYA.
Anyway, tidak update blog, tidak bermakna saya terpisah langsung dari virtuality. Saya masih membaca senarai ‘blogwalking’ dan juga membaca beberapa penulisan menarik dari pelbagai sources di internet, walaupun end up tertidur di depan netbook beberapa kali. Ngeee ;p
Baiklah, seperti biasa, entry kali ini, saya kumpul beberapa ayat-ayat dan kata-kata yang saya rasa cukup ‘cantik’ dan indah untuk di kongsi bersama. Ya, ianya berkaitan fitrah istimewa di sebalik kejadian manusia berjantina ‘Hawa’ ini.
Credit to www.iluvislam.com
“ Jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. ”
“ Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.”
“ Apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita “
“Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.”
“ Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.”
“ Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai”
“ Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata."
“ Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. “
Sekian saja, untuk entry pada kali ini. InsyaAllah, lain kali saya update lagi ya. Terima kasih kerana membaca.
(*_*) V
Peace, Bye,End!
Subscribe to:
Posts (Atom)
