Assalamualaikum. kisah ini saya ambil dari notes sharing di FB.
Sayu jer rasa….
Aku menggeliat sepuas-puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku menggeliat. Mahu jatuh saham aku nanti. huhu.
Tiba-tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper bapa tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapa aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat. Aku anak yatim. huhu.
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah-celah langsir tingkap. Jam menunjukkan dah pukul 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun, capai tuala, lalu masuk bilik mandi.
Lepas mandi, aku belek-belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku tersenyum sipu sendiri.
Aku nekad! Aku akan protes habis-habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru je aku nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. NOW or NEVER!!!!
Bila bapa aku buka je pintu, aku bersalam dengannya. Kucium tangannya penuh rasa kasih sayang dengan harapan lembut lah hati bapa nanti. Dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “”Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!” . Sambil memegang tangan bapa yang agak kasar itu.
Mata bapa aku terus jegil sebesar-besarnya. Macam ada api keluar!
Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok ayu aku di celah set sofa.
“Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abang tak nak….”
Pangggggggggggggggggggg….! Bapa labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.
“Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa???" Takutnyer tengok bapa.
"Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku bubuh “Razali”, tup-tup lekat jadi AZA saja!!!!!
Dan lagi satu aku nak habaq kat hang anakku RAZALI, memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAH KAH AKU?? SALAH KAH AKUUUUUUUU!!! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!
Moral of the story : Lu FIKIR la sendiri! (^_^)
nuff nang
Sunday, November 28, 2010
Janganlah...
Janganlah Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan & perfume anda adalah kapur barus..
Janganlah Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung..
Janganlah Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana Tempat istirehat anda yang terakhir adalah Kubur..
Janganlah Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing danSerangga....
Janganlah Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung..
Janganlah Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana Tempat istirehat anda yang terakhir adalah Kubur..
Janganlah Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing danSerangga....
Saturday, November 27, 2010
Wahai Tuhan
Tuhanku,
Aku tidak layak masuk SyurgaMu,
Namun tak upaya menghadapi api nerakaMu,
Terima taubatku,
Dan ampunkan dosa-dosaku,
Sesungguhnya Engkau mengampunkan,
Dosa-dosa hambaMu.
Amin YaRabbalamin..
info di bawah ini saya dapati bila saya googling..saya mahu berkongsi dengan anda semua..
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S.A.W. bersabda: "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
Thursday, November 25, 2010
saya nak kahwin!
gilo hapo!sapo yang tak nak kahwin kan..tettt ;p
hehe, tapi bukan lah sekarang, that one fine time will arrive for me, InsyaAllah, just do not stop praying for the sake of ourselves ok :)
sebenarnya saya tersangat lah suka dengan gambar-gambar perkahwinan selebriti tanah air, si elyana. wah, sangat cantik dan terberangan pula diriku seketika tatkala melihat gambar-gambar itu.( tak sedar walaupun polamin anganku musnah kan ). dari koleksi busananya, set pelamin, teknik solekan dan sudah tentu sekali mempelainya, semuanya nampak cantik pada mata saya, and it looks superb fine!
oklah, bak kata abang ipar saya, 'cakap tak guna, tembak tak kena'..moh lah kita tengok gambar-gambar cantik perkahwinan elyana, di mana sumbernya saya ambil dari google ( maaflah, specifically saya tak tahu nak kredit pada siapa, alih-alih pakcik google yang dapat nama ).
pada yang belum berkahwin, mungkin dapatlah inspirasi darinya. pada yang dah kahwin, tak apa cuci mata untukbakal madu orang lain pula. pada yang 'pelamin anganku musnah' seperti saya, tak mengapa, pasang saja angan-angan, menjamu mata dan minda sambil lap air mata. dush3 !
hehe, tapi bukan lah sekarang, that one fine time will arrive for me, InsyaAllah, just do not stop praying for the sake of ourselves ok :)
sebenarnya saya tersangat lah suka dengan gambar-gambar perkahwinan selebriti tanah air, si elyana. wah, sangat cantik dan terberangan pula diriku seketika tatkala melihat gambar-gambar itu.
oklah, bak kata abang ipar saya, 'cakap tak guna, tembak tak kena'..moh lah kita tengok gambar-gambar cantik perkahwinan elyana, di mana sumbernya saya ambil dari google ( maaflah, specifically saya tak tahu nak kredit pada siapa, alih-alih pakcik google yang dapat nama ).
pada yang belum berkahwin, mungkin dapatlah inspirasi darinya. pada yang dah kahwin, tak apa cuci mata untuk
oklah, semoga berbahagia elyana ( ceh, macamlah elyana nak baca blog saya kan, yang adooo )
tak mahu la ulas lebih, nanti ada yang berdarah kembali hatinya,
ingat, ijab dan kabul itu yang penting. tetapi jika ada rezeki lebih, terpulanglah pada anda bagaimana mahu meraikannya.
bubbye!
Wednesday, November 24, 2010
biru mata coklat ku
inilah dia gambar-gambar budak debab a.k.a kucing oren bernama Mystery. seriously, i am not a cat person. tapi itu tidak bermakna saya benci kucing ok. dia juga hamba Allah. baiklah, enough of that.
budak debab ini sangat manja dengan saya hari ini, mungkin 'tukang layan n tukang manja' dia MC demam hari ini, itu yang dia terpaksa lah manja-manja dengan 'mak tiri' dia ini. ataupun juga, mungkin hari ini, color contact lense saya warna biru, jadi dia ingat saya ini 'geng' dia gamaknya. cuma saya ni spesies gebu. gebu ke? tetttt ;p perasan!
gambar-gambar di atas ini, di ambil sementara mahu menunggu giliran untuk saya menunaikan fardhu solat maghrib. sementara saya tengah duduk berehat di atas sofa, dan melayan FB thru mobile internet. she came to me, and terus duduk atas riba saya and baring seperti mahu tidur. situasi ini mungkin biasa pada orang lain, tapi tidak pada saya. maka, terkejutlah eden ni, kaku tak bergerak sementara menunggu kakak saya selesai solat dan datang untuk pujuk dia turun dari riba saya. other than that, boleh pula dia ajak saya main kejar-kejar dengan dia. lepas itu, cepat sangat excited and naik 'sheh' bila kita melayan. sampai kepala dia terhantuk di meja coz terover laju lari. nak ketawa tapi kasihan pun ada. huhu.
hadoi hai budak debab, kalo dengan orang lain selain kami, tak tahu lah apa nasib kamu wahai kucing. manja semacam.
oklah, mahu 'bermuka buku' pula.
p/s : pelik lah, ramai betul stalkers nowadays, as if lah saya ni artis kan. saya ini manusia biasa sahaja wahai stalkers! nothing special pun,gemuk, pendek, gebu, with no extra super capability. same ordinary kinda people, just like you.
Monday, November 22, 2010
Cengeng
cengeng kan ? terkena alergi pun,nak inform kat blog..huhu
habis,badan and muka merah-merah,bengkak dan gatal-gatal. semalam lagi kena, tapi tak teruk sebegini. malam ni kena kaw-kaw pula, semua hadap woo...
spoil dah rupa ku,bibir bengkak merah,mata pun bengkak sebelah... jatuh saham eden,kalauanuar zain orang lain tengok. ;p
baru saja makan 2 biji piriton,dengan harapan cepat pulih...
doakan saya pulih ya..sob sob sob..
nite..
habis,badan and muka merah-merah,bengkak dan gatal-gatal. semalam lagi kena, tapi tak teruk sebegini. malam ni kena kaw-kaw pula, semua hadap woo...
spoil dah rupa ku,bibir bengkak merah,mata pun bengkak sebelah... jatuh saham eden,kalau
baru saja makan 2 biji piriton,dengan harapan cepat pulih...
doakan saya pulih ya..sob sob sob..
nite..
Angin bayu membawa diriku..
Tidak, entry kali ini tidak ada kena mengena dengan tajuk di atas. saja nak buat kamu naik angin dengan entry angin di atas.
Baiklah, saya ada terjumpa petua di facebook, berkenaan kalau mahu membuang angin dalam badan. jadi, dengan baik hatinya, saya yanglawa rajin ini, mahu berkongsi dengan anda semua, cara tradisional untuk buang angin 'prottt prott' dalam badan kita. ( tapi kalau tengah 'hangin satu badan', itu eden tak dapek nak bantu yo ;p )
Pilihan 1:Ambil beberapa helai pucuk mengkudu dan sedikit halia. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tadi setiap pagi dan petang. Amalkannya selalu.
Pilihan 2:Ambil 5 ulas bawang putih kemudian bakar tetapi jangan sampai hangus. Setelah itu makanlah bawang itu atau anda juga boleh menjadikannya sebagai ulam.
Hah, dah tahu petua tu, tak boleh lah alasan nak malas-malas ya. Ikutlah, kalau rasa lebih selesa berjumpa dengan doktor bila dah angin-angin sepoi bahasa satu badan tu, pergilah. saya cuma kongsikan cara alternatif untuk anda. Selamat Mencuba ya :)
Baiklah, saya ada terjumpa petua di facebook, berkenaan kalau mahu membuang angin dalam badan. jadi, dengan baik hatinya, saya yang
Pilihan 1:Ambil beberapa helai pucuk mengkudu dan sedikit halia. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tadi setiap pagi dan petang. Amalkannya selalu.
Pilihan 2:Ambil 5 ulas bawang putih kemudian bakar tetapi jangan sampai hangus. Setelah itu makanlah bawang itu atau anda juga boleh menjadikannya sebagai ulam.
Hah, dah tahu petua tu, tak boleh lah alasan nak malas-malas ya. Ikutlah, kalau rasa lebih selesa berjumpa dengan doktor bila dah angin-angin sepoi bahasa satu badan tu, pergilah. saya cuma kongsikan cara alternatif untuk anda. Selamat Mencuba ya :)
Subscribe to:
Posts (Atom)








