Loves my mommy, loves her even more than everyone else. Pada yang membaca entry ini, kalau sudi, doakan seikhlas hati, kesihatan emak saya, moga dia sihat seperti sedia kala. Thanks , Big thanks actually...
nuff nang
Friday, November 5, 2010
Thursday, November 4, 2010
Saya Alahan
Ini bukan berkenaan alahan saya pada penyakit resdung saya…itu dah beransur pulih…tapi ini berkenaan alahan yang satu lagi..iaitu ‘alahan kepada soalan-soalan bonus’…heh, siapa yang kena, tahulah bagaimana feelingnya ok.
Ya, saya tidak kisah jika soalan itu berbunyi ‘ Bila ya awak nak buka cawangan baru untuk perniagaan awak?’ atau ‘ Muka awak ni cantiklah, awak pakai produk apa ya?’ mahupun ‘ badan awak dah kuruslah, apa rahsianya?’.. maka, saya tidak kisah untuk memperkatakan jawapannya dalam 4 perenggan sekali pun ya.
Tetapi…yang adooooo….saya masih menjawab ‘soalan-soalan bonus’ itu, tetapi sesungguhnya jawapan di mulut dan jawapan di hati sangat ‘clash’ ok..letih tahu, tetapi saya masih menjawabnya dengan senyuman, ‘walau dalam hati ada pisau’.
Soalan-soalan yang selalu ditanya pada saya adalah ( terutama kebelakangan ini ) seperti berikut. :
- Soalan : ‘ Alahai Muka awak ni cantik lah, bila nak kahwin ni?’
Jawapan Mulut : ‘InsyaAllah, tunggu je lah kad jemputan ya’ ( jawapan dengan senyuman )
Jawapan Hati : ‘tak ada calon, asyik frust menonggeng jek.macam mana nak kahwin’..Ngok tul!
- ‘Belum kahwin ya, bila nak merasa makan nasi minyak ni?’
Jawapan Mulut : ‘Alah, nak makan sekarang pun boleh, jom kita pergi makan kat restoran tu’
( sekali lagi, menjawab dengan senyuman )
Jawapan Hati : ‘Hok oloh, ada yang mulut kena rodok dengan selipar ni kang..busy body
betul.salah ke aku belum berkahwin?’
- ‘ Dah ada calon ke ni?’
Jawapan Mulut : saya cuma tersenyum lalu jawab bajet ala artis ‘ No Komen’ ataupun cakap saja
‘ Ada’.
Jawapan Hati : ‘Adoi, ada calon atau tidak…jangan sibuk boleh tak? Takkan lah aku nak
menceritakan ‘ kronologi cinta’ aku lak…
- ‘ Anak dah berapa?’
Jawapan Mulut : ‘ Eh, saya belum kahwin lah’ ( masih senyum )
Jawapan Hati : ‘Siot lah, aku belum kahwin, dah nampak macam mak orang lak’
- ‘ Eh, kenapa rupa awak lain ya dari kakak awak?’
Jawapan Mulut : ‘Owh, akak ni orang yang entah ke berapa ribu entah tanya soalan macam ni’
Jawapan Hati : ‘ tau arr aku tak lawa, tak payah la nak buat soalan compare-compare ni..hangin
tul arr’.
- ‘Eh, awak dah kurus lah, awak makan ubat apa?’
Jawapan Mulut : ‘ tak makan ubat lah, Cuma diet, exercise dan sauna saja’
Jawapan Hati : ‘Hok oloh, dah makan hati berulam jantung, mana tak nya jadi kurus’
Hmm..believe it or not. Macam-macam ragam ok manusia ini. Ada juga yang bertanya ‘soalan-soalan bonus’ ni, belum sempat saya memberi jawapan, yang bertanya itu sendiri yang menjawab soalan mereka sendiri. Contohnya :
- ‘Akak ni comellah, akak dah ada boyfriend tak? Belum sempat saya menjawab, dia dah menjawab. ‘ belum ada jodoh lagi ye kak’
- ‘ awak dah ada calon ke?’ sama juga,belum sempat jawab, mereka dah bagi jawapan. ‘ belum ya, saya ada kawan…bla bla bla..’
- ‘ Awak dah kurus lah, apa rahsianya?’ maka mereka menjawab pula soalan mereka sendiri ‘ hmm, yelah dah awak ada semua alatan dan kerja awak pun macam ni, mestilah boleh kurus kan’
Heh, ada banyak lagi sebenarnya ‘soalan-soalan bonus’, pelbagai versi mahupun edisi…saya tak marah, Cuma kadangkala tu ‘bengkek’ itu adalah juga… so, people out there…please do be good to others ok…
kalau soalan-soalan sebegitu anda utarakan pada mereka yang rapat dengan anda..tidak mengapa, kerna masing-masing sudah tahu attitude each other.
Ini tidak, baru jumpa sekali, terus ditebak dan dihujani dengan pelbagai soalan-soalan yang mungkin mengganggu ‘privacy’ seseorang..kalau anda bertanya pada saya, mungkin saya boleh menjawab dengan baik dan berbalas senyuman. Tetapi, Kalau silap tanya kepada mereka yang mungkin moodnya tengah tidak ok, silap-silap ‘kasut berhias sos tomato’ masuk dalam mulut.
Saya pasti anda semua baik-baik orangnya, Cuma kadangkala tingkah kita dalam kehidupan seharian, tanpa disedari boleh ‘violate others’. maaflah jika anda terasa, saya bukan mahu menunjuk baik, sekadar berkongsi apa di benak saya ketika ini. Jadi jika anda sudi, fikir-fikir kan ya…
Assalamualaikum..
Teka Teki Teka Tekuk…
Hehe..bila dah online, tak dinafikan pelbagai informasi dan sumber boleh kita perolehi..semalam, saya saja menggoogle perkataan ‘ teka teki’…haaaa…maka berderetlah senarai koleksi teka teki..yang banyaknya dalam versi bahasa melayu. Wah, kreatif rupa-rupanya orang kita ni kan. Kadang-kadang macam tak percaya saja, mereka yang mereka-reka teka teki ni boleh come out with such a great ideas. Dan teka teki ni selalunya sinonim dengan humorous effect…bila berhempas pulas mencari jawapan, tapi gagal…bila dah tahu jawapannya, selalunya saya akan pasti akan tergelak-gelak sendiri..kadang kala gelakkan jawapannya yang kelakar dan tak diterima akal, kadang kala menggelakkan diri sendiri yang tak berapa pandai nak menjawab..nak-nak, kalau soalan teka teki itu diutarakan oleh anak-anak saudara sendiri…malu woo..ngeeee ;p
Tahu tak..saya ni kan..sebenarnya suka baca teka teki…dan kalau ada ternampak teka teki…mesti saya akan berfikir jawapannya semampu boleh..tak kira la logic atau tidak, mesti saya akan cari jawapannya… geng sekutu saya, adalah dua orang anak saudara perempuan saya, fatin dan nurul.
So, di bawah ini, ada beberapa teka teki yang pada saya mencuit hati…tersenyum-senyum saya sendirian..lupa sebentar segala masalah..tak salah jika cara ini mampu untuk membaikpulih mood dan emosi kita kan ketika itu..
haaa….in case kalau ada yang bertanyakan soalan-soalan teka teki berikut, pasti kita boleh ‘eksen’ kerna dah tahu jawapannya..koleksi ini, saya dapat dari ‘Family Azam Dot Com ( surf lah nanti ya ). Soalan teka teki di bawah ini saya hanya pilih yang mencuit hati saya saja.. Jadi, kalau anda mahu lebih, silalah bertanya kepada ‘ Mister Knows Everything = Mr. Google’ ya.
- Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
: Penguin
- Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
: Stokin tu basah lah....
- Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
: Telur
- Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
- Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
: Aku berjalan secara mengundur!
- Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
- Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
- Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
: Tapak kaki kitalah.
- Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
- Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"
- Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....
- Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
: Buang tebiat
- Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
- Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
- Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?
- Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
- 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
- Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
- Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.
: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim.
3- Alhamdulillah.
Heh, apa lagi..jom kita berteka teki teka tekuk..tak dapat, eden lekuk ( ok, tipu! part lekuk, saya tak sampai hati nak buatlah ).
Bubbye!
Hormonal Driven
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,
Tahu tak..saya ni orang yang terkadang-kadangnya terdorong oleh sesuatu situasi..berubah mengikut situasi dan mood. Dan saya notice, mood dan hormon saya juga berkait rapat dengan lagu-lagu yang berkumandang…betul…tak tipu..
Contohnya…jika saya in happy mood..saya hanya boleh dengar lagu-lagu ceria ( yang boleh diterima oleh halwa telinga saya ini ) sahaja. Dan saya kurang gemar untuk dengar lagu-lagu sedih sebab ia mungkin boleh spoilt my mood pada ketika itu.
Same goes, when I was in ‘bunga-bunga chenta mode’ dahulu, saya suka dengar-dengar lagu cinta yang bahagia sahaja. Iyo lah, ‘dalam hati ada taman’ katanya…walaupun! Kalau ada saja lagu-lagu sedih di radio, sehabis boleh, saya mengelak untuk mendengar dan sudah pasti saya akan tukar channel or switch to other songs. Tak tahulah mengapa, hormones driven sungguh woo…
Hmm.. even worse, when I was in ‘SPC’ recently (sila lah refer entry-entry terdahulu, apa itu SPC ya )…I cannot even heard none of it…Rasa macam nak bakar or baling je apa saja ‘medium’ yang boleh putarkan lagu. Lagu-lagu sedih or frust, saya langsung tak boleh dengar. Nak-nak kalau lagu tu ada kena mengena dengan situasi saya ketika itu. Terasa macam betul-betul terkena pada batang hidung and I was totally down kalau terdengar..lagu gembira pula, sungguh tak mencerminkan emosi saya pada ketika itu. Dan saya rasa sungguh sakit hati terdengar kegembiraan lagu-lagu tu. Dan ianya berlarutan hampir sebulan.
Dan pada ketika itu, saya mula menyalahkan stesen-stesen radio, yang pada saya, memberi bad impacts pada saya, kerana dalam purata satu hari, terlalu banyak lagu sedih dan frust berkumandang. Sungguh berkurangan lagu-lagu motivasi dan inspirasi. Itu belum saya sentuh bab ‘lagu-lagu ulang tayang’ sampai 15 kali sehari, macam di negara kita kurang lagu-lagu lain dibuatnya. Radio station, get alive ok! ( song composers and lyricist, I dare you to produce more motivation-inspirations oriented kinda songs, instead of heart broken songs ok! ). Ok lah, maybe it is my fault, saya saja yang teremosi lebih, bukan silap stesen-stesen radio kot. ;p
Mungkin saya hanya berada dalam percaturan di gelanggang sendiri, lupa pada percaturan sebenar di dunia realiti kita sekarang.
Alhamdulillah, nasib baiklah, masih ada lagi lagu-lagu yang masih mampu memberi motivasi pada saat saya rapuh. Believe it or not, sebenarnya lagu-lagu yang kita dengar pada waktu kini, memang akan memberi impak serba sedikit pada emosi kita. Bila mendengar dan menghayati Ayat-ayat suci Al-Quran yang saya simpan dalam handphone dan netbook, dan juga beberapa koleksi Zikir penenang jiwa..walaupun tidak secara total, ia melegakan sedikit keluh kesah saya pada saat rapuh. bukan saya mahu menunjuk baik dengan menceritakan ini di blog, saya cuma berlaku jujur..
Sekarang, saya sudah beransur pulih, da mula banyak mendengar lagu-lagu yang berunsurkan motivasi, ceria dan memberi inspirasi. Mungkin kamu akan gelakkan saya, tahu tak, saya juga mendengar lagu ‘Barbie’ dari pelbagai OST. Sumpah,! ini bukan influences dari anak-anak saudara saya ya. Lol ;p Hehe, kalau betul-betul dengar dan hayati lirik-liriknya, banyak lagu-lagu dari OST ‘Barbie’ yang bermacam-macam genre ( boleh surf lagu-lagu di ‘tube awak’ ) memberi semangat dan motivasi serta inspirasi. So, siapa kata, ‘Barbie’ movies and songs just for kiddos saja.
Saya tidak pasti anda semua, sama atau tidak dengan driven saya nan satu ini. Tapi, itu lah saya, ‘ Saya mungkin a good pretender or faker in expressing certain thingies, but perhaps I am not a good liar…because I cannot lie with my emotion. ’
That Fair Lady.
Wednesday, November 3, 2010
Nota dari FB : pesanan Nabi sebelum tidur...
Sekadar ingat mengingati.. ...
SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam
yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam
yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Tuesday, November 2, 2010
Pergilah
Pergilah kau ‘luka’..letih dah aku menahan sakit ini…
Aku dah jemu kerna kau asyik mengalir..
Selagi kau ada, selagi itu lah perit yang ku rasa..
Aku mahu pulih..jangan lah kau berdarah lagi…
Sembuhlah segera, lekaslah kau kering…
Biarkan saja ia berparut..
Aku tidak sesal kan parut itu..kerna aku telah belajar sesuatu dari mu ‘luka’..
Pergilah, lenyaplah kau ‘luka’…
Berilah ruang untuk ‘gembira’ kembali bertakhta pula…
Kerna itu yang ku dambakan kini…
Maruah, semangat dan ego ku..bertahanlah…
Aku tidak memerlukan kau lagi…’luka’…
Pergilah…
thatfairlady
Monday, November 1, 2010
goodbye october, hello november
goodbye october and all those sad thingies happened previously..
hello november, please do be good to me..
hello november, please do be good to me..
Subscribe to:
Posts (Atom)