nuff nang

Monday, November 14, 2011

kayu betul !

dah, nak cakap tu je..

ok, dah, bye !

eh lupa, Assalamualaikum wbt

Sunday, November 13, 2011

membosankan

saya seorang yang membosankankah?

 i feels like one right now..

tidak mengapa...

 mungkin diri ini bukan lah manusia yang begitu penting untuk di timbang tara feeling-nya

begitulah manusia, bila kita beria-ia, dia pula ambil mudah...

sudah ada peluang depan mata, tak mahu grab..

nanti bila peluang dah jadi limited,baru tahu 'feeling'-nya kan..

lepas ni, diri ku buat 'tak tahu'..baru tahu...

mungkin itu yang perlu ku lakukan,

jangan mengaduh-kesah selepas ini,

biar sepurnama sahaja lagi menjadi penentunya...

positive atau tidak keputusannya, hidup pasti diteruskan...

'berkecil hati'? iya, memang..


it is time for me to waves 'ta-ta', readers

:)    <-----  senyum pahit je tu

Saturday, November 12, 2011

ORANG KATA BUKAN SAYA KATA

COPIED & PASTED FROM FB :


SANGKA ORANG..

KAHWIN HANTARAN MURAH “ish,murahnye hantaran die,mesti ade apa apa ni ?”

KAHWIN HANTARAN MAHAL “ish,mahalnye?nak jual anak ape?
... ...
KAHWIN UMUR MUDA “ish,muda muda dah kahwin,ini mesti ade buat benda tak baik nie !

KAHWIN UMUR LAMBAT “ish,dah tua baru nak kahwin,tu la muda muda tak nak khwn,org da beranak pinak dia br nak kahwin !

KAHWIN BUAT KECIK ”ish,ni kahwin ke ape?kedekutnye,makanan pun enth pape bukan selalu buat lah besar sikit !

KAHWIN BUAT BESAR-BESARAN “ish,besarnye..kalah anak DATUK nak belagak la tu,macam anak die je nak kahwin kat dunia ni !

-BERSANGKA BAIK LAH,JANGAN DENGAR KATA ORANG DENGAR KATA ALLAH ! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA ! NAK KAHWIN TAK SUSAH ! TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA.. =)

Friday, November 11, 2011

ILMU KECANTIKAN SECARA PERCUMA :

Assalamualaikum.

Kenapa jerawat dan kekotoran yang tersumbat di pori-pori muka sentiasa tumbuh di tempat yang sama ? Malahan pori-pori kelihatan lebih besar dari sebelumnya.

Senang sahaja, ada dua kemungkinan bagi persoalan kenapa muka kita malar ditumbuhi jerawat dan kekotoran di tempat yang sama ( same spot ).

Pertamanya adalah kerana kemungkinan besar , memicit jerawat yang tidak sepatutnya ( jerawat yang kemerahan dan jerawat yang tengah masak ). Jadi, saki-baki / ‘akar’ jerawat di dalam kulit kita masih kekal dan ini menyebabkan bakal berlakunya ‘ulang tayang’ jerawat tersebut di spot yang sama.

 Kedua, pemakaian toner atau mask mahupun menggolek kan muka dengan ais yang tidak konsisten dalam rutin harian. Toner / mask / ais ini membantu mengecilkan liang pori-pori muka kita. Bila permukaan liang pori-pori kita dapat di MINIMAkan, kotoran dan minyak yang membentuk kotoran tersumbat atau jerawat dapat di atasi secara MAKSIMA.

Bagi persoalan,mengapa pori-pori muka kelihatan lebih besar dari yang sebelumnya adalah kerana beberapa faktor. Tapi disini, saya mahu rungkaikan satu sahaja faktor iaitu, anda tidak mencuci muka dengan betul  dan juga tidak memakai medium yang betul untuk mengecilkan liang pori-pori dan kebersihan muka anda. Maka, kekotoran dan juga kuman semakin lama, semakin ‘sedap’ termendak di dalam liang pori-pori kita. Kesannya, liang pori-pori yang kecil menjadi semakin besar, kerna tidak dapat menampung kekotoran halus yang melata di muka kita.

Jadi apa perlunya rawatan muka / facial? Beautician hanya dapat membantu anda tuk cucian ‘deep-cleanse’ pada setiap kali anda facial. Selebihnya, jika tiada praktikaliti yang konsisten diamalkan dirumah oleh anda sendiri, ianya juga tidak dapat menyumbang kepada permukaan muka yang bersih , sihat dan cantik.

Kenapa saya beria-ia mahu bagitahu anda ini semua? 3 SEBAB sahaja. Pertama, saya rasa sangat bertanggungjawab tuk sebar atau war-warkan ilmu ini pada anda semua ( kadang-kadang berasa berdosa pula kalau tak bagitahu ), supaya anda semua faham akan sebab-musababnya kenapa ia berlaku. Keduanya, saya pasti dalam setiap agama yang diamalkan dalam dunia ini, menuntut kita mengamalkan kebersihan, jadi mengapa tidak ianya kita praktik-kan tuk kebersihan muka kita sendiri. Yang ketiga, sharing is caring J

Sampai di sini sahaja.

end.

Thursday, November 10, 2011

TER-

 
TERKESIMA, TERKEJUT, TERUJA !

Sepanjang saya hidup, saya tak pernah tengok video macam ni. kalau ada pun, macam tak minat nak tengok. mesti akan tukar channel punya.  entah mengapa, malam tadi, sementara menunggu mata ni lelap unconciously, boleh pulak nak tengok video di 'tube-awak'.

MasyaAllah ! Subhanallah !Sungguh Indah ciptaan Allah. jaw-dropped for few seconds.. perghhh...underwater lifes tak kan habis kita explore sampai bila-bila. Insaf..

moreover, tempat ni cuma di Malaysia sahaja. tak payah susah-susah nak pergi jauh nak menikmati indah dunia dasar laut ni. 'toksah' lah nak feeling overseas sangat eh.. ( jeles ! ;p )

Hmm..ada sesiapa mahu ajak saya pergi sini? SILA ANGKAT KETIAK ! ( tapi harus consider, phone network disini sangat hancus ! ) tapi khabarnya, next year akan ada development plan tuk upgrade phone network di situ. ok lah tu, boleh lah nak act jakon lalu meng-3G dengan omak eden..kih3..berangan lebey !

hahaha..

oklah, malas dah nak merapu lebih.

Assalamualaikum,

till then,

bye :)

Wednesday, November 9, 2011

tunggu punya tunggu

bak menunggu bulan jatuh ke riba.
 ibarat menanti kucing bertanduk.

sigh..

Assalamualaikum wbt

nite everyone.

Monday, November 7, 2011

EX BOYFRIEND

Assalamualaikum,

baru saja check ini...
                                          ( klik pada gambar tersebut jika rabun tidak jelas )

ya, pengunjung dari korea..

hmmm...ini mesti ex-boyfie saya yang surf ni..rindu dengan i lah tu...kui3..

in case, jika masih ada yang tak tahu ex-boyfie saya..meh sini saya tepek pic dia...harap awak tak kisah ya mr ex-boyfie, walaupun kita telah bercerai tanpa nikah..

jangan lah diri ku dikenang lagi wahai mr. ex-boyfie, sebab hati saya tetap ada padanya..

 
anuar zain.. ;) ( senyum senget kita samalah..owh,chemistry sangat kuat..perasan ! ;p )


mode : out of blue ! tetiba jek...tengok pic ni, buat hati bikin rasa mahu bercuti..tenangkan otak dan fikiran.. perghh..ker ada maksud lain yang tersirat dan tersurat ? propa...kui3..

till then,

Assalamualaikum :)


Sunday, November 6, 2011

uncertainty

Assalamualaikum,

yup, that is what i feels right now...

bercampur-baur = rojak = carca mabra

ya, saya tahu...

Istikharah jawapannya


TFL

Friday, November 4, 2011

Puasa Sunat 9 Zulhijah

Assalamualaikum wbt,


sekadar untuk berkongsi.


esok, (9 zulhijah/sabtu) jom, berpuasa sunat bersempena hari wukuf di arafah :). ganjarannya adalah pengampunan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang. InsyaAllah.


saya tahu, ramai yang tercari-cari niatnya kan? well, tiada yang spesifik, tapi mungkin statement berikut, mungkin boleh membantu anda ya.


read it.


Niat dari segi bahasanya bermaksud kehendak hati atau tujuan hati. Dari segi istilah, Niat bermaksud gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t. Maka, kalau sudah terlintas di hati utk berpuasa Arafah, maka cukuplah utk kita berpuasa. Lafaz niat hny tujuan utk menetap & meyakinkan saja. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu walau sebezar zarah sekali pun. Waallaua'lam. :)


further detail, click link ini ya : http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-hari-arafah.html

p/s : saya yang jahil ini, baru tahu yang 11,12,13 zulhijah adalah hari tashrik, iaitu hari yang diharamkan tuk berpuasa. jika saya salah dengan kenyataan hari tashrik, jika sudi, tolonglah perbetulkan saya ya. terima kasih.

TFL

Malaikat

Assalamualaikum.

Sabda Rasulullah.

 " Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat.
 Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur
Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. 
Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ke tujuh
Ia  mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.
 Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy
Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur.
 Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat. "


Begitulah kekuasaan Allah yang Maha Esa.
Moga kita menjadi umatnya yang sentiasa berdoa meminta keampunan-NYA dan mendapat 'KACAMATA' yang sebenarnya, agar tidak kita tergolong dari mereka yang ' RABUN AKHIRAT'.

Amin Ya Rabbalamin.

Tuesday, November 1, 2011

ramalanku benar belaka

Salam.
gimik saja tu. tak ada kena mengena pun dengan tajuk di atas tuk entry kali.kui3..

oklah, malam semalam, sementara melayan mata yang sudah separa katup, saya saja-saja suka tuk google rahsia tarikh lahir. saya tak percaya 100% pun. but then, ada information yang boleh dipercayai dan ada juga kelemahan yang saya akui ada bila saya membaca ramalan tersebut. to be truth, yang part lemah, saya take note and cuba tuk perbaikinya, from now on.

oklah, jom baca apakah ramalan cuaca tarikh lahir budak TFL ni. saya akan bagi feedback kat any point yang saya rasa perlu ya.

TARIKH LAHIR     : 3 - 8 - 1983

JANTINA         : Perempuan --- tulen ya  ;p

KETINGGIAN        : 152 cm ---- thanks tu high heels and wedges :)



NO. PERIBADI    : 5 --- ok, tak faham.ada apa dengan nombor 5. anyone, can explain it to me?
ELEMEN         : Tanah

CIRI UTAMA     : Mencari - mencari pasal gamaknya ;p
SINOPSIS         : Disukai kerana karisma kepimpinan, namun degil. - part degil tu, memang tak boleh blah ;p
TAFSIRAN UMUM  : Pemimpin, kerja keras, berpangkat tinggi, degil. - kerja keras :)

WARNA SESUAI     : Coklat, beige dan kuning. - only beige yang disukai, dari 3 option tersebut. but i do like red and pink 

                                                                                        the most :)


PENYAKIT UMUM     : Pencernaan (kesakitan atau senak perut), ketidakhadaman, sembelit, anemia (kurang darah), buasir, sakit sendi, sengal tulang (arthritis). - currently memang tengah suffering problem sakit sendi :(


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
################################
- Semulajadi degil, bercakap dengan prinsip yang kuat. Emosional dan tidak penyabar. Individu yang emosional yang sentiasa sibuk setiap masa, kreatif. Bergaul dengan orang kenamaan, tetapi mempunyai kebarangkalian untuk menolak penyokong. Sangat berhati-hati dengan wang, percaya prinsip sendiri dalam memperolehi duit. -
sangat betul !
Selalu keluar dan tiada di rumah/pejabat. Mudah belanja orang, mudah kasihan orang.  Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Banyak idea, tercari-cari kekayaan/kejayaan, mudah bosan dan terlalu suka berangan. Bergaul dengan orang kenamaan/VIP, mudah mendapat kepercayaan orang atasan. Duit banyak dihabiskan untuk belanja orang atasan/kenamaan. Mudah disabotaj dan mensabotaj. Potensi mengumpul wang jika bekerja di luar (outstation). Memiliki gerak hati, ilham, firasat dan muslihat. - tak salah berangan, coz semuanya bermula dengan angan-angan, macam saya berangan nak tackle anuar zain ;p. muslihat? muslihat tiadalah, kalau strategi pemasaran tu adalah :)


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA
################################
(KERJAYA SESUAI)
Hartanah, pusat kewangan, pembuat pasu, kedai antik, pakar runding, perakaunan, pengkebumian, batu permata, marmar, kontraktor, perlombongan, kebajikan, pembinaan, broker saham dan sekuriti, arkitek, pekebun, peladang. - salah satu kerjaya dinyatakan, adalah one of my job right now :)

(KERJAYA TERBAIK)
Perniagaan berasaskan perkhidmatan, minuman, tenaga buruh, agensi pembantu rumah, makanan laut, perkapalan, loji janakuasa air, pakaian renang, agensi pelancongan, agensi insuran, pengurup wang, jual beli, pertunjukan kebudayaan, pengarang bebas, jurujual, peniaga gerai, penapis air, internet, ahli silap mata, stesyen TV, stesyen radio, penyampai berita, DJ, wartawan, posmen, pemandu, nelayan, ahli matematik, ahli falsafah, diplomat.





walau apa pun, ramalan tetap ramalan. yang nyata, hanya Allah sahaja yang tahu.
ia sekadar tuk renungan, agar yang baik, kita jadikan tauladan, yang tidak baik, kita jadikan ia cabaran tuk kita perbetulkan diri kita,ok ?


oklah, bye :)