nuff nang

Tuesday, March 29, 2011

Sentap

Assalamualaikum..

Ala, dah tak muat almari lah…



setakat ini, ini lah dia koleksi tudung / shawl yang ada dalam simpanan saya. Ada yang saya beli, ada juga atas ehsan emak , dan juga ada yang di sponsor oleh kakak saya ( si tauke tudung ).

huh, macam mana ni, niat di hati nak menambah koleksi, tapi apakan daya tak muat almari.(eh, dah macam pantun dua kerat pula ).

Ini baru koleksi dari bulan januari yang lalu ( sekarang bulan mac )…imagine saja lah, kalau saya non stop buying…rasanya by december,  kena lah tempah satu bilik khas letak tudung / shawls saya sahaja lah.. lol ;p

Semasa saya menggoogle, saya tersentap akan kecantikan dan ke-cun-nan ( hancus bahasa melayu eden ) koleksi shawls di bawah ni…
saya sentap dengan inner scarf nya. sangat cantik :)

memang design ni dah outdated, published last year kot. but then, i still do want it T_T 

i want it! T_T

T_T nak juga...

patchwork yang sangat eden suko..

i love her style.. :)

so far, cuma ini saja tudung syria yang saya suka..dan saya belum dapat miliki lagi. Fyi, tudung yang di pakai tuan punya blogger famous ika,radiusite itu lah :)

shawl dia cantik kan..pink color lagi tu..unique but yet..so shuweeet T_T

cute sangat syria ni kan

sampai sekarang tak dapat shawl warna merah cili menjerit macam gambar di atas. i like this shawl..anyone, ada yang sudi nak hadiah kan ia pada ku ? T_T sobss..

sentap. yang ini pun saya mahu!


Sila sentap! ( kalau tak nak sentap pun tak apa, biar saya seorang saja sentap ;p )


All pics credit to :
www.radiusite.com
www.miasuraya.com
www.aeiouyun.blogspot.com




Alaaaaa….rasa-rasanya nak beli lagi tak?…mestilah nakkkkkk…

Habis kalau tak muat almari macam mana? Alaaaaa…..nak juga!

Iman tak kuat….Fail!

Assalamualaikum…

Tuesday, March 22, 2011

Conquered

Assalamualaikum.

~ Pictorial mode ~

tengok ekspresi muka nya.. 

cheeky

peace

lemas

uk..uk..uk...erkk..monkey?

 like an eagle  

 sleepy like a...is that a bear?

creepy look..kononnya..

terkezut!

roar like a lion

 ouhh...snap ini bikin hati saya cair...

 Ini lah terjadi, bila adakalanya netbook saya di conquered oleh budak pipi tembun ini… bukan saja pandai on Cam untuk self-camwhore, tapi juga sudah pandai sendiri untuk googling cari game online…nasib baik tak boleh ada facebook..kalo ada, maka memang orang lain tak ada chance lah nak sentuh laptop..dia saja  conquer nak main online game di facebook tu nanti..pheww…

Thank to Allah, Alhamdulillah, belajar pun pandai…sejak umur 5 tahun sampai lah umur dia sekarang yang almost 8, orang lain tak ada chance nak dapat nombor 1..dia conquered memanjang..hikhik..harapnya berterusan lah sampai ke besar cerdiknya itu.. hope so, dia tak lupa diri dan sombong dengan cerdik dan ilmu yang ada padanya. bukan apa, dah banyak contoh sedia ada dalam dunia ini yang ada perangai sebegitu. makyang will always pray for you my lil niece..’lebiu hard-hard lah’ . hehe  ;-p

anyway, her name is nurul nafisa, lil sis to si blogger cilik, fatin meow meow..

kalau ada free time, saya ceritakan pasal si bujang kecil ni pula ya…nantilah, sekarang saya malas..hehe..



Ok,dah,bye..

( *_^ )V    ---- ikon muka bajet cute ala Fatin Liyana

Monday, March 21, 2011

BESAR PUNYA!


heh,tak ada pen besar lagi? hehe...ini lah jadinya bila setiap kali nak tulis phone number,tak ada pen...bila nak tulis cheque tak ada pen..nak kira gaji pekerja secara manual, pen pula hilang...dah ada pen, berebut dengan anak-anak saudara..ceh, padahal boleh saja nak guna PDA..apo nak buek, eden ni orang kampung..tulis pakai pen lagi copek  rasanya..hikhik

maka,eden beli lah pen untuk diri sendiri....BESAR PUNYA! hahaha..pueh hati den, harap lepas ni, tak ada lah isu pen hilang ya..fyi,untuk anak-anak saudara pun turut di belikan juga pen BESAR PUNYA! ni.. 

boleh juga kalau siapa yang eden tak pueh hati,eden rodok yo turus mato nyo eh pakai pen BESAR PUNYA! ni ;p 

p/s : apsal malam ni ado loghat nogori pula, tetibe... 

Friday, March 18, 2011

Yang Fardhu..

Assalamualaikum.

Nak tanya ni.. masih ingat tak apa maksud Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah mengikut fahaman anda sendiri.. ( hep hep hep..dan-dan nak pergi google cari maksud nya kan? ) saya tahu anda semua bijak pandai, tapi mesti ada yang dah terlupa kan..same goes to me, saya dengan jahilnya, sama terleka dan terlupa apa maksudnya bila di tanya pasal Fardhu Ain pada beberapa hari lepas oleh seorang teman..padahal Sekolah Agama sampai darjah 6 ( sekolah agama di negeri johor ), dan subject Pendidikan Agama merupakan antara subject yang saya selalu score pada zaman sekolah dulu. Tapi apakan daya, berubah mengikut zaman, otak pula sudah pandai tumpul dan berkarat..alah, senang cerita, di akui lah, saya yang alpa..

 Jom kita refresh pada dasarnya  sahaja mengenai Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.  Saya tak berani nak sentuh lebih mendalam mengenainya sebab masih belum cukup ilmu di dada. Info-info ini pun, macam biasalah credits to Google dan juga pada seorang teman saya ini yang top up n refreshing me all about regarding to this matter. Seperti biasa, jika saya tersilap, sudi-sudikan lah membetulkan saya ya. Tapi please, betulkan lah saya dengan usul yang kukuh sebab saya tidak mahu memperdebatkan mahu pun mempelajarinya atas dasar omongan kosong mahupun ibarat mengetuk tin kosong.

Salah seorang ulama yang bernama Al-Ghazali, pernah berkata yang hanya ada satu ilmu yang wajib di tuntut, iaitu ilmu agama. Ilmu agama itu pula, terbahagi kepada dua, Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

Mengikut Al Ghazali, Fardhu Ain itu adalah kepelbagaian ilmu untuk mengenal Allah dan sifat-sifatNYA,  mengetahui cara beribadat, apa yang halal dan haram dan macam- macam lagi. Pada bahasa yang lebih mudah untuk di fahami, kiranya Fardhu Ain ini adalah berkenaan ilmu yang wajib kita ketahui sebab bila kita dah tahu, yang wajib dan halal kita lakukan dapat pahala, manakala jika ditinggalkan pula, dapatlah kita dosa.  Dari Fardhu Ain juga, timbullah istilah ilmu-ilmu lain iaitu kita panggil ilmu syara’  seperti yang kita selalu dengar iaitu Tauhid, Feqah, Tasawuf, Mu’amalah dan Mukasyafah.  Dan satu lagi, jangan lah kita sempitkan pemikiran kita dengan takluki Fardhu Ain hanya pada perkara-perkara wajib seperti solat, haji dan puasa saja. Sebenarnya, dalam kehidupan seharian, ada banyak lagi hal-hal wajib dan ianya merupakan Fardhu Ain.

Fardhu Kifayah pula, ilmu yang perlu untuk kita tahu, sebab ianya merupakan ilmu yang digunakan untuk keperluan dan keselesaan hidup kita di dalam dunia ini. bila tiadanya ilmu ini, mesti kita rasa susah untuk meneruskan hidup. Bila dah susah, sukar pula kita nak buat apa yang wajib dalam Fardhu Ain tadi. Contoh senang adalah ilmu perubatan, matematik, ekonomi dan lain-lain berkaitan. Walaupun ianya tidak sewajib Fardhu Ain, tapi tahu tak, yang sebenarnya ia nya sangat mutual untuk kita ketahui sebagai menghindar dosa. Saya bagi satu contoh, dalam satu situasi untuk menentukan sesuatu perkara  yang mungkin berkaitan dengan kematian dan perubatan.  jika ada di antara kita yang tahu akan ilmu Fardhu Kifayah itu, InsyaAllah terlepas kita dari dosa. Tetapi, jika tidak ada seorang pun di kalangan kita yang mendalami ilmu itu, maka kita ini diklasifikasikan sebagai berdosa. Masa kan tidak, kita tidak tahu apa yang betul dan tidak, apatah lagi ia melibatkan nyawa dan penyembuhan manusia.  Nasib baik kita ada tokoh ilmuan perubatan Islam dan juga doktor-doktor sebagai rujukan. hmm..rasa-rasanya, faham tak maksud contoh saya tadi? Maaf ya, kalau tak faham, sila lah rujuk pada yang lebih arif.

Satu lagi contoh, hukum kita melakukan solat sunat adalah sunat, tetapi tahu kah anda, yang apabila kita mengerjakan solat tersebut, adalah wajib untuk kita merukuninya dengan sempurna. Di situ kita dah nampak link di antara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah kan.  Pada fahaman saya atas contoh tadi, solat sunat itu sebagai satu tuntutan untuk menuntut ilmu ( Fardhu Kifayah ), tetapi merukuninya dengan sempurna itu sudah di kategorikan wajib ( Fardhu Ain ). Ada banyak lagi contoh yang saya dapat bila googling, tapi untuk sekadar memahami nya, cukup lah saya bagi satu contoh ya.           

Aduhai, bila di fikir-fikir, yang saya pelajari di sekolah dulu,  cuma asas Fardhu Ain sahaja, itu pun saya masih kabur lagi mengenai kefahaman dan konsepnya. Masih banyak lagi perlu dipelajari. Bila dah pelajari, wajib lah untuk dipraktikkan pula.haaaaaa…sendiri mahu ingat lah ya! ( eh, macam pernah nampak saja tagline tu ;p )
 Menyentuh mengenai perniagaan pula. Sudah tentu lah tujuan utamanya kita berniaga ni adalah untuk mencari nafkah .memang mencari nafkah itu sudah wajib hukum nya. Tetapi dalam mencari nafkah itu kita perlu juga tahu ilmu perniagaan. Ilmu perniagaan itu pula bukan setakat determine akan untung ruginya dan strateginya sahaja, tetapi adalah wajib untuk kita ketahui dan noted tentang apa jenis benda yang boleh diniagakan, unsur-unsur riba yang perlu kita elakkan dan juga sudah pasti halal haramnya dalam kita berniaga.

Selain berniaga, pekerjaan lain juga berkait dengan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Tak kira lah jika anda itu askar, cikgu, ketua jabatan mahupun sekadar tukang cuci. Profession kita itu adalah Fardhu Kifayah kerna ianya tidak wajib. Tapi mencari nafkah itu sudah jatuh menjadi Fardhu Ain. So, bila kita melaksanakan tugas kita, wajiblah ia di lakukan dengan betul kerna dikhuatiri apabila tidak betul, sudah berdosa pula. Bila sudah berdosa, takut pula pendapatan yang bakal kita perolehi itu sudah jadi haram. Jadi belajar lah mempraktikkannya berlandaskan syariat Islam, sebab bila kita menuntutinya ianya sudah jadi Fardhu Ain.
Dalam saya menaip entry ini, saya terfikir, apa pula hukumnya bila anda membaca entry ini? hukum untuk saya yang membuat entry ini bagaimana pula? kategori mana pula ianya jatuh?..Wallahualam..

P/S : saya baru tahu apa itu maksud ‘Hasanah’.. bermaksud, ada kebaikan dalam keburukan terjadi. betul ke?

Saturday, March 12, 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia..

Assalamualaikum, sorry for the late wish..

Entah mengapa.lately ini, memang saya akui, penyakit malas nak update blog, memang ketara..kalau online pun, just buka fb sekejap, blogwalking sekejap.. selain itu, ym dan juga skype di biarkan appears as online sampai lah ke pagi…closest friends ada juga cakap yang saya ni rajin, setiap hari pun online sampai pagi…walhal, sebenarnya saya end up tertidur depan screen…hikhik ;p

Saya tahu, jumlah ‘tetamu’ pun sudah menyusut, kerna blog ini sudah bersawang lamanya..tak apa lah, bagi chance lah anda semua rindu pada saya.. perasan lah! Hehehe ;p

Oklah, last couple of days before, saya ada dapat satu sms forward, dari rakan merangkap pelanggan setia kedai saya.

 Ini antara isi kandungannya…

“ MAKLUMAT PENTING DR POLIS. 4wd msg : Msg penting untuk semua golongan wanita yang nak pergi ke tempat kerja, ke sekolah, kolej seorang diri. Jika anda terjumpa seorang kanak-kanak menangis di jalanan dan menunjukkan anda alamat tempat tinggalnya dan meminta anda membawanya ke alamat tersebut, tolong bawa dia ke balai polis berhampiran. Tak kira apa pun yang terjadi, jangan sesekali pergi ke alamat tersebut. Ini adalah taktik terbaru satu kumpulan yang ingin merompak, menculik dan merogol”

saya tak tahu sejauh mana kebenaran akan maklumat sms tersebut, however, think wise ok ladies :)


daaaa :) 



Saturday, March 5, 2011

THINK!

QOTD -sources #ihatequotes@twitter

No matter how hard you've been through, always remember that not all the roads will always be rocky to you.

Whenever you're to hurt someone's feeling, always remember: "Treat people as you want to be treated.

Boy: "I wanna be a superhero, guess my name." Girl: "Superman? Ironman?" Boy: "(smile) YOURMAN."

You can't live your life for other people. Do what's right for you, even if it hurts some people you love.

You'll looked two times sexier when you're smiling & being grateful, than when you're cursing & being grumbler.


A woman has got to love a bad man once or twice in her life to be thankful for a good one.

In life, you're going to be left out, talked about, lied to and used. Decide who's worth your tears and who's not!

Thursday, March 3, 2011

ada apa dengan F?

Assalamualaikum...

mereka yang terdekat dan rapat dengan saya, mesti dapat relate kan apa kaitan F ini dengan saya..

saya pun tak pasti, tapi bila saya termenung sebentar,bahawa F ini banyak kaitannya dengan saya. di pendekkan cerita, kaitannya dengan hubungan saya dengan lelaki-lelaki zaman lampau..

wahhh...sudah macam kronologi, bila di ingat-ingat balik..most of lelaki yang pernah rapat dengan saya, kebanyakkannya  mesti nama mereka dipanggil dengan permulaan huruf F.sama ada nama betul ataupun nama panggilan.adeh,motif?

sorry to be a bit open in this, my ex-bf pun di panggil dengan permulaan huruf F? wth? tapi, apa-apa pun, all of it, tiada satu pun ada pengakhiran yang baik..semuanya end up to be in worse situation. apa lah dosa dan nasib ku ini ya..huhu. dan yang paling superb-worse,sudah tentu my last relationship..

ahh, lantak lah kan..life must go on..tapi kan..baru-baru ni, i am making a new friend with one hamba Allah. adeh, nama gelaran nya pun F...wahhh,apakah? adakah  badi F akan berterusan..tapi, setakat ini kawan saja ya...relax ya everyone, jangan membuat spekulasi mahupun gosip liar mahupun jinak..lol ;p Anuar Zain masih di hatiku...harharhar... ;p

yang pasti, ada satu F yang mencuit hati saya...ini dia..



Good night,

Assalamualaikum Semua :)

xoxo