nuff nang

Sunday, January 30, 2011

takut

Assalamualaikum.

to be inform, daerah saya hujan lebat sangat.non stop. dah berlanjutan beberapa hari lagi. most of location di daerah ini,dah naik paras airnya di tahap yang merisaukan. lagi membimbangkan pula, takut affect kawasan perumahan dan kedai saya.

doakan kami ya.

Sunday, January 23, 2011

QOTD

i was thinking about it, recently...

" Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for? "

Saturday, January 22, 2011

A note for myself

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!

Artikel penuh, sila klik di ( credit to : ) www.iluvislam.com  dan search ‘Perkataan Syukur Yang Dilupai’


Friday, January 21, 2011

Sometimes…But…

Assalamualaikum,

Blogging isn’t all about writing, it is more of sharing our thoughts and experiences. Jika tidak mahu shares, we better ‘off-blog’. Secara jujurnya, saya tidak pandai menulis sebaik blogger yang lain. Apatah lagi mahu berkias dan berbunga ayatnya tiap kali buat entry. Mungkin ada yang berkata penulisan saya dalam setiap entry agak boring. Tak mengapa hokay, yang penting apa yang saya mahu sampaikan, InsyaAllah end reader dapat mesejnya. Isu originality atau tidak, itu tolak tepi. Jika bukan hasil garapan saya, anda akan notices saya pasti akan credit to the original authors.   

Yang pasti sejak kembali berblog, saya banyak membaca. baik dari pembacaan buku-buku mahupun articles ataupun dari hasil bacaan dari blogwalking. sehinggakan ada certain penulisan itu, pada kiraan saya, sudah cukup baik untuk sekadar dikongsi bersama anda semua tanpa perlu di tokok tambah.

Sources : A Girl's Heart Desire – www.iluvislam.com

Sometimes,
I want to open my hijab,
and show the world,
that I too,
am beautiful in the people's definition.

But,
deep down here,
in my little heart,
I know that beauty is by definition,
a mystery.
and it is forever more rewarding,
to be beautiful in God's eyes.

Sometimes,
I want to wear ruffled dresses and tight jeans,
show off what I really look like,
under those baggy shirts and loosely fitted pants,
make a statement,
that I too,
have a figure and worth looking at.

But,
I know better,
to avoid entering the world of men's imagination,
for I love my future husband,
and I am ashamed,
what should be his, has already been unveiled by others.

Sometimes,
I want to show the world,
the other side of me,
the bubblier, bolder, and crazier me.
put myself on display,
for everyone to see,
to be desired, and admired upon.

But,
I know that eyes are not just eyes,
seeing is not just seeing,
image and respect are gained,
shame and humility deserve a better place,

Because in the end,
it is not just about me,
I carry a lot of impressions and expectations,
of what a Muslim girl should be,

I am covered by the word "Islam" the moment I walk out of my door,
So don't be selfish girl,

Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for?

Love is all it takes.
Love.

InshaAllah

Wednesday, January 19, 2011

Cantik di mata mereka..

Cantik?  Setiap pagi, sebelum kerja, itu yang selalu kita perkatakan pada diri kita, bila berada di hadapan cermin.  Dan cantik itu sendiri, tidak dinafikan, seakan mempunyai chemistry hebat dengan wanita. Kalau tidak, masa kan kecantikan wanita sering sahaja di luahkan dalam karya-karya lagu dan puisi di seluruh dunia.

Waima, tiada sesiapa pun di dalam dunia ini, mampu memberi definisi yang tepat dalam mengenalpasti apa itu cantik kerna kita punyai pandangan berbeda terhadap apa itu cantik. Ada yang menilainya dari perspektif matanya sahaja, ada juga menilai cantik itu dari pelbagai sudut. Mungkin tidak dari rupa paras dan fizikal, ada juga memberi definisi cantik berdasarkan makanan, tempat, kaum, budaya dan peredaran semasa .

Ada yang berkata, kecenderungan dalam mentafsir kecantikan itu banyak di pengaruhi oleh barat. Tanpa mengambil kira kaum, keturunan, etnik dan kepercayaan oleh masyarakat seluruh dunia , tapi kita di timur ini juga punyai pandangan istimewa dan unik mengenai apa itu cantik.

Contoh-contoh info mengenai kepelbagaian definisi cantik oleh masyarakat di beberapa pelusuk dunia, jom jenguk di bawah ini :-

( sources : credit to googles )

-          Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh. : di mana lah Mauritania ini ya? Saya nak pergi lah.hehe ;p

-          Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
: owh, nasib baik lah diriku di lahirkan di Malaysia.

-          Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
: sudah pasti mereka ini sangat cantik dan seksi di mata sang lelaki di sana ya. Telinga kamek sik panjang towk, bahasa Sarawak pun sik pandai kamek nangga sama kitak.hikhik ;p

-          Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
: lebih baik eden bayar hutang ptptn dari nak kena bedah-bedah ni.

-          Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
: eh, bukankah negara itu negara Islam. Wallahualam.

Owh, siapa yang tidak mahu cantik kan. Tipu sangatlah anda semua termasuk diri saya sendiri tidak mahu cantik. Jika tidak untuk orang lain pun, cukuplah rasa puas kecantikan itu untuk diri sendiri.

 Cantik itu bisa meninggikan tahap keyakinan kita dan secara tidak langsung menjadi salah satu faktor dalam mendapat tempat di hati manusia lain ( ohok3 ;p ). Baik lelaki mahu pun wanita, tetap mahu kelihatan sempurna di mata manusia lain. tetapi bagaimana pula cantik di mata Allah? Itu saya tidak mahu ulas lah ya, sebab ianya akan menjentik sensitiviti dan emosi masing-masing, apatah lagi saya ini manusia tidak sempurna mana, tidak betah untuk memperkatakan lebih-lebih. Yang saya mampu, sebagai blogger, saya share sahaja dengan anda semua  (*_*)V

Sekadar berkongsi ( sources : www.iluvislam.com ):-

“ Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.”

p/s :
*sengal mode : ya ya ya. Saya tidak sempurna. Mata saya besar. Pipi saya tembun. Badan saya gemuk. Muka saya tampak berusia dari usia sebenar. Ya ya ya. Saya tidak cantik…tapi saya comel kan kan kan? Eleh, mengaku saja lah..hehehe..

Assalamualaikum wbt :)







Tuesday, January 18, 2011

Jejaka Seksi..

Assalamualaikum.

Wah! Cepat saja ya klik, bila keluar title berkaitan seksi-meksi ni.tetttt! kantoi!..

Maaflah, saya tidak berminat mahu bercerita mengenai seksi dari segi body figure mahupun appearance.  Tapi saya mahu berceritakan mengenai ‘keseksian’ hamba Allah yang datangnya dari kaum ‘Adam’ ini dari sudut berbeza.

Entry ini terbit berikutan satu artikel yang saya telah baca di www.iluvislam.com yang bertajuk ‘ Lelaki Rajin itu Seksi’. Mahu lebih detail, sila search di link di atas ya. Tapi, izinkan saya share dengan anda semua, ada beberapa keratan ayat yang menarik dari artikel tersebut.

“…hakikatnya mata wanita dijadikan Tuhan menilai keseksian seorang lelaki melepasi tarikan fizikal.”

“ pesanan Rasullah s.a.w akan empat jenis pasangan terbaik (harta, keturunan, cantik dan beragama)”

“sifat rajin adalah satu piawaian yang mampu membantu para wanita mencari pasangan seperti pesanan Rasullah s.a.w:
-          Harta - rajin bekerja (tidak kira latar belakang pendidikan)
-          Keturunan - rajin berusaha memperbaiki diri (menambah ilmu dan tidak terlibat dengan anasir negatif)
-          Cantik - rajin menjaga kesihatan diri seperti bersenam dan tidak mengambil toksid (termasuk tidak merokok)
-          Beragama - rajin ke masjid, majlis ilmu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan ”

“ ..dimata 'wanita-wanita seksi', jika anda menjadi seorang lelaki yang rajin dalam segala hal, anda akan dilihat sebagai seorang lelaki yang amat seksi.”

Haaa.. dalam blog kesukaan saya pula , www.fotochenta.blogspot.com juga  terdapat satu entrynya yang memperkatakan mengenai keseksian lelaki …..

( snap pic credit to www.fotochenta.blogspot.com )


Tapi pada nilaian interpretasi saya…lelaki itu sangat seksi ( tolak tepi rupa paras dan bentuk badan ) apabila, memadai lah saja jika dia sangat menghormati wanita ( termasuk peradaban dan layanan ) dan menghargai kewujudan wanita di muka bumi ini

Wah! Ayat tak boleh blah. nampak macam senang saja kan. Tapi itu cuma ‘main point’   saja , kalau anda nak saya elaborate in details…boleh…tapi takut ada yang berdarah mata saja bila nak membaca nanti.. ;p ( siapa yang nak berdarah mata tu? Heh, malas mahu reveal, kamu tahu siapa kamu itu ya! )

Walaubagaimanapun, saya percaya, jika mereka tergolong dari 2 jenis golongan seperti yang saya nyatakan tadi, InsyaAllah, segala sifat-sifat baik seperti rajin, jujur, setia dan beriman pasti akan ada pada mereka internally and it will ‘well-naturally-sincerely express’. 

Well, kaum adam, when you are so call ‘well-naturally-sincerely express’, definitely you are ‘sooooo sexxyyyyy’  to me!

Bye!

Monday, January 17, 2011

Kata-kata Itu Indah…

Assalamualaikum.

Maaflah, jika sudah lama tidak buat entry yang ‘berisi’…kalau update pun, saya sekadar menulis beberapa line sahaja. Idea untuk menulis itu sentiasa ada, cuma few weeks back ini, otak dan emosi ini sentiasa  menidakkan apa yang patut. mood pula terbang selalu. Hasilnya, bersawang lah blog ‘cik putih’ ini. Mohon maaf sekali lagi, itu lah saya, sentiasa tidak lekang dari khilaf.

Seribu satu kali saya cuba untuk menceriakan hati, tapi seribu satu kali itu juga saya fake it. Tak mengapa, masih boleh mencuba buat kali ‘seribu dua kali’ dan seterusnya juga. InsyaAllah, Allah itu Maha Mendengar doa hambaNYA, dan juga Maha Mengasihani. Moga kita sebagai hambaNYA, tidak terlepas pandang olehNYA.

Anyway, tidak update blog, tidak bermakna saya terpisah langsung dari virtuality. Saya masih membaca senarai ‘blogwalking’ dan juga membaca beberapa penulisan menarik dari pelbagai sources di internet, walaupun end up tertidur di depan netbook beberapa kali. Ngeee ;p

Baiklah, seperti biasa, entry kali ini, saya kumpul beberapa ayat-ayat dan kata-kata yang saya rasa cukup ‘cantik’ dan indah untuk di kongsi bersama. Ya, ianya berkaitan fitrah istimewa di sebalik kejadian manusia  berjantina ‘Hawa’ ini. 


“ Jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. ”

“ Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.”
“ Apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita “
“Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.”

“ Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.”

“ Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai”

“ Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata."

“ Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. “

Sekian saja, untuk entry pada kali ini. InsyaAllah, lain kali saya update lagi ya. Terima kasih kerana membaca.

(*_*) V   
 
Peace, Bye,End!





Saturday, January 15, 2011

M.e.M.o

Assalamualaikum.. 

To Whom It May Concern 
(from past, present, future ) 

My heart is easily bruised. Don’t you ever think to step any closer, if your intention is just to break my heart!

Please don't!

 Thank You!

Tuesday, January 11, 2011

Sunday, January 9, 2011

Yang Ke Sembilan...

Assalamualaikum,

Saya baru perasan yang blog saya ini sudah ada pengikut. Via Google mahu juga Network blog. Walaupun sedikit bilangannya, terima kasih lah ya wahai followers, kerna sudi mengikuti blog saya yang agak kelam lagi kusam ini. Big thanks actually :)

Cuma yang saya pelik, via Network blog itu, stated 9 followers,tapi bila saya kira, cuma ada 8...siapa yang ke sembilan?

AJL or...

berhasrat mahu menonton AJL sebentar lagi...tapi badan ku yang semakin menua ini,tak tahu lah dapat bertahan atau tidak sampai akhir program...cewah,macam lah tua sangat ( tahun ini 28 tahun wehhh )

ataupun i'll end up Zzzzzzzzz....

hehe, hope not...malas nak predict siapa yang menang, walaupun ada few singers yang saya suka ( antaranya faizal tahir, ohok3 ). i just wanna enjoy the show :)

itu pun, kalau tidak membosankan lah..

ok,dah,bye :)

Friday, January 7, 2011

Too Good To Be True..

Sadness! Hormonal! Kusut! Wreck!

Oit! Oit! Oit!

Yeah, it is too good to be true...but whatever it is.....somehow....however...the fact is....that....I cannot spell it out here.  
  
Sorry.

Please do pray for me yeah.

Thank you,

bye!

Assalamualaikum.

Wednesday, January 5, 2011

Russian Federation


whooooaaa...eden menaip blog,ada gayo org rusia kah...atau eden ado sodaro maro kek sano?nanti esei risik kek mak eden, kot-kot lah ado kan..bulih la esey molawat nanti ;p

dah, saya nak tidur. maaf lah entry kali ini merepek. hehe.

Assalamualaikum,

Bye *_*

Monday, January 3, 2011

Perempuan, Akal Setipis Rambutnya?

Assalamualaikum.

Benarkah seperti tajuk di atas itu? Ianya saya dapat disini.

Seperti biasa, saya kan pemalas. Jadi kalau mahu tahu apa ceritanya, klik link di atas, anda baca dan tafsirkan sendiri ya.

Cuma, entry pada kali ini, saya mahu share sedikit, ada beberapa potong ayat yang pada saya amatlah menarik untuk kita renungkan dan fikirkan. Agar kita sesama wanita lebih percaya dengan kelebihan kejadian kita di muka bumi ini, mahupun anda lelaki di luar sana, lebih menghargai manusia istimewa ciptaanNYA, iaitu WANITA.

“ Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. ”

“ Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. “

“ Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. “

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'. “

“ Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. “

“ Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali. “

Jadi, bagaimana? I ‘leave’ it to you to think about it.

Entry tamat.

End.  



Sunday, January 2, 2011

Bunga dan si pembikin khilaf

BUNGA 

Aku melintasi malam sepiku

Tanpa dirimu di sisiku kekasih

Rasa sesal yg selalu menghantuiku

Di saat ku campakkan dirimu manis

Walau kini engkau sudah

Menjadi miliknya lagi

Aku tetap cinta

Ku harap engkau kembali

Untuk maafkanku

Bunga beri aku satu kesempatan lagi

Jangan sampai ku mengemis padamu

Bunga ku berjanji kali ini akan kutepati

Karna aku lelaki

Sudah ku mantapkan hatiku untukmu

Hanya engkau yg mampu mengerti aku

Tinggalkan dirinya kembalilah padaku

Hanya aku yg mampu memahami

Sudah tutup saja mata

Lupakan semua

Yang telah terjadi

Mari kita mulai lagi

Satu kisah cinta
 
Hmmm, saya suka dengar lagu ini. one of it, adalah kerana saya suka dengar karakter suara sang pelantun lagu ini. suaranya sungguh asyik pada saya walaupun kedengaran effortless saja. Sekali dengar saja, terngiang-ngiang dalam otak akan mesej lagu ini. tapi  itu comment untuk lagu ini, lagu lain yang dinyanyinya, saya tidak tahu, dan saya tidak berminat pula.

 Moreover, saya ini cerewet orangnya, kalau setakat suara penyanyi ( normally referring to male singers ) nyanyi ala-ala kepit dan tidak all-out time perform on stage, definitely will never be in my fav list. Teehehe ;p few friends and relatives pun tahu  itu, and no wonder that 2 Malaysians SweetHearts, Anuar Zain dan Faizal always on my top list  ( ^_*)V

Back to the topic, beside his ‘melting’ ( my expression toward what I heard ) voice, I do like this lyric too.  Tak mahulah terangkan dengan lebih lanjut kerna liriknya sungguh straightforward, saya pasti anda boleh interpretasinya sendiri.

Cuma bila saya hayati lirik ini, buat  saya terfikir pula, jika benar situasi seperti lagu ini berlaku in real life. Saya ada dua ‘buah fikiran’ ( cewah, kelakar pula bila guna-pakai buah fikiran ;p ), which is, it is based on ‘pro and con’ situation.

 Pertamanya, ianya sangat positif sekali, kerna si lelaki ini memang ‘Anak Jantan’ dan saya amat suka akan keJUJURannnya.  Dia telah menyedari dan mengakui akan khilafnya itu, dan bersedia untuk confess his mistakes dan memohon maaf  pada si bekas kekasih. In real life, tidak kira lelaki mahupun wanita, jarang sekali kita mahu mengaku akan silap kita pada pasangan kita. Semuanya nak menang walaupun isunya sekecil zarah, paling tidak pun both side mahu ‘win-win situation’. Sorry to say,might harsh to spell it out,  most of it kaum lelaki lah, mungkin pada kamu lebih betah bersikap ‘KAYU’ dan anggap itu semua remeh kan?  Daripada nak confess and admit self-mistakes, baik mendiamkan diri, larikan diri dari kekalutan, paling tidak pun cari pengganti lagi. Kalau tak dapat yang ‘serius’, dapat yang ‘stok bajet geli-geli’ jadilah gamaknya. Then, bila things happen lagi, buat lah perangai lagi, ibarat ‘ gali lubang-tutup lubang’. Itu pun, kalau ingat nak ‘tutup lubang’, kalau alpa, takut tersungkur saja dalam lubang-lubang yang digali sendiri.  Even worse, kalau dah tersungkur  dalam lubang itu, takut ada yang dah menanti nak timbus balik lubang tu cepat-cepat. Tika itu, berdoa lah ya, jika diberi peluang untuk terus bernafas.

Ok, keduanya, sedikit negative, kerna maafnya dengan intention, to get her ‘ in-return’. Dah sah-sah lah bekas kekasih hati itu dah ada pengganti baru, buat apalah nak sibuk merayu semula. Pada saya, it is not fair to that lady and especially to her ‘kekasih baru’nya. Kalau si bekas kekasih itu, memang still single, tidak mengapa lah, maybe he can try his very best to win her heart once again kan.

Wah, over dan emo pula kan saya ni. Maybe, I should it accept this song as ’it is just a song-lah makcik!’ saja kan ? 

Kalau lah this thing happen to me ( hope not, owh faith, please do be good to me! ), all those hapraks  mahu kembali  ke sisi saya, what will be my action?

Well….err….errr…errr…shhhhh…ahakz!

Hehe, no worries, whatever my decision making further on, I am a lady who really think hard on everything happens surround her, as well as always prioritize on ‘logical-wise’.

ok,dah,bye! 

(^_^) V

p/s : sincerely sorry, pada yang ‘terasa’ ( especially to the males ). Habis, kurang saham eden malam ni ;p  

Saturday, January 1, 2011

INAI SUDAH DI UKIR, CINCIN DI JARI TIADA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Wah! Tak boleh blah sungguh tajuk entry kali ini kan. Hehe.

Ok, ia tidak ada kena mengena dengan jodoh perkahwinan ya. Belum nampak lagi jalan ke arah itu. Almaklum lah, tahu saja la kenapa kan. Apa? Tak tahu? Saya malas nak bagi tahu, rajin-rajin lah exercise jari itu tuk klik previous entries.

Hokay, back to the topic. Sebenarnya few weeks back, on Tuesday kalau tak silap. Saya menemani keluarga ke Kuala Lumpur atas beberapa urusan. Sebelum balik, sempat juga menghiburkan hati saya dengan buat ukiran inai di tangan kiri ini, manakala adik lelaki saya, saja buat ukiran inai di lehernya. Si emak dah menjeling-jeling pada adik bongsu saya ni, tapi dia buat tidak tahu. Tettt…tak apa, yang penting diriku tidak di marahi..hehe.


 Cekap sungguh tukang ukir inai ini buat, dalam tak sampai 5 minit rasanya, ukiran di tangan saya dah siap. bila saya tanya  berapa lama pengalaman, dah 8 tahun katanya. Patut lah cekap dan cantik hasilnya.  kalau suruh saya, ukiran inai tak jadi, tapi jadi lukisan hagemaru..hehe.

Dalam tengah dia mengukir inai tuk kami berdua. Sempat lagi dia bertanya pada saya, asal dari mana? Saya cakap lah dari jauh datangnya. “ Owh, kamu ni Orang Sabah kah ?”. Saya jawab, “ Tidak lah kak, kenapa, rupa saya macam orang Sabah kah?” “Iya”, jawabnya ringkas. Huhu. Bukan sekali dua saya kena tanya soalan macam ini, time tengah ‘zaman cintan cintun’ or berdating dahulu pun, selalu juga kena soalan macam ini. Apo nak di kato, mungkin la gamaknya ada rupa sikit. kawan-kawan pun ramai dari sana, malahan ‘bekas’ pun dari sana. Lagi lah pula, boleh berbahasa sikit-sikit ala-ala orang sana. Mana tak orang selalu salah sangka. Huhu. Tak kisah lah dari mana, janji diriku ini sahih rakyat Malaysia.

Setelah seharian keletihan di Kuala Lumpur, malam itu kami pulang juga, since keesokan harinya masing-masing ada komitmen kerja kan. On the way back home, kami singgah di satu RnR untuk makan malam. Maka di situ, terjadilah insiden yang tak diingini berlaku. Cincin-cincin di jari saya hilang selepas kami siap makan malam kami. Asalnya nak buangkan inai yang dah kering di leher si adik lelaki saya. Entah macam mana, mungkin over ‘mengibas’ or menggerakkan tangan dan jari saya. Cincin-cincin di jari saya, terpelanting. Satu cincin terjatuh depan saya. Satu lagi entah mana tercampak. Maka haru lah saya, dan keluarga mencari dalam gelap, cincin saya itu.

Dah lah tengah mencari cincin dalam gelap tu, ada pula berlaku ‘drama pergaduhan laki-bini’ depan mata, sampai adik lelaki saya kena call polis untuk bantuan meleraikan mereka. Sengal kan ‘diorang’ ni., kita dah la tengah kusut otak mencari benda hilang. Tapi dalam kekusutan mencari, yang buat saya terharu, rata-rata yang datang lalu lalang, turut bantu mencari cincin saya yang hilang tu. Agaknya tak sampai hati tengok, muka memang dah nak menangis, tengok pula tangan dah berinai. Mesti dalam fikiran ‘diorang’, budak ni muka macam bajet baru lepas kahwin. Huhu, tak kira lah melayu atau cina, turut sama lah bantu kami mencari cincin yang hilang tu. Time tu terasa juga, untungnya duduk Malaysia ni, kalau susah, masih ada yang nak membantu mencari, walaupun tak kenal sesama sendiri.

Dalam hati, tak payah cakaplah, segala doa yang saya tahu, saya keep on baca..cakap je lah, ceruk mana kat kawasan tu kami tak cari. Masing-masing dah tak ada gaya terbongkok-bongkok dalam gelap, terus kami  merangkak dan pakai tangan ‘membarik’ tanah, mencari cincin itu. Hadoi, kalau takat cincin silver biasa, memang tak adanya saya nak mencari dalam gelap. Tapi cincin itu, cincin emas pemberian emak, precious woo..

Dalam bag pun turut saya cari beberapa kali. Sling bag saya tu, dah berapa kali saya ‘barik’, tapi tak juga jumpa. Nak di jadikan cerita, selepas sejam lebih misi pencarian mencari cincin, saya berdoa lagi,saya kerap ungkap ‘auzubillah himinashaitanirojim’ dan cari lagi. Saya punggah lagi bag saya ke atas seat yang kakak saya duduk. Hampanya, tiada juga. Tapi, masa saya nak mengemas semula barang-barang nak dimasukkan dalam bag, saya ternampak satu benda kecil seakan shining, terselit di celah seat itu.heh, apo dio? Cincin saya lah itu. MasyaAllah, terus saya jerit pada mak saya, yang saya dah jumpa. Serta merta orang disekeliling saya yang dah tahu, terus stop pencarian, except this one Chinese lady, yang dari tadi gigih bantu mencari walaupun pada asalnya dia pun sebenarnya tak tahu apa yang kami cari. Huhu. After cakap terima kasih pada semua yang membantu, kami pun terus naik kereta dan teruskan perjalanan pulang. Sebelum pulang, ada seorang pakcik tu bercakap pada kami, tak ingat sangat ayatnya , tapi sort of lah “ Alhamdulillah, syukurlah dah jumpa, maknanya datang dari rezki yang halal lah tu”. InsyaAllah pakcik..



Dalam kereta, phewwww…relieved..itu saja yang saya rasa and that was the moment yang saya terasa pula air mata mengalir. Hehe. Tapi yang peliknya, macam mana lah pula, boleh terselit pada seat yang kakak saya duduk di bahagian depan, walhal pergi-balik perjalanan saya duduk di seat saya sendiri, di belakang. Dan cincin itu pula terpelanting di luar kereta. Saya tak mahu fikir lebih, yang penting saya dah jumpa cincin itu. Thank you Ya Allah, Kau Maha Mengetahui di langit dan bumi.

Pengajarannya, lepas dari insiden malam itu, saya tak lagi pakai cincin-cincin itu, ada saya simpan rapi di tempat sepatutnya. Ya, memang silap saya, dah tahu cincin-cincin itu dah semakin longgar, mahu lagi di pakai. Itu lah dia keterbiasaan saya yang tak patut di amalkan. Keterbiasaan melalaikan yang menyusahkan diri sendiri, even worse saya telah menyusahkan ramai orang, terutama my lovely dovey my Emak.

Jangan contohi saya hokay .

(^_^)V