nuff nang

Tuesday, November 30, 2010

01.12.2010

Assalamualaikum.

dalam beberapa ketika saja lagi, masa bakal beransur ke hari baru. ianya bermaksud kita juga bakal melangkah ke bulan baru, iaitu disember 2010.

hmm..sekejap saja rasa, dah nak sampai akhir tahun..Alhamdulillah, masih lagi kita diberi peluang olehNYA untuk terus bernafas lagi sampai tika ini.

dalam tempoh hampir setahun ini, walau pun rasa sekejap, macam-macam perkara dah berlaku pada kita dan manusia sekeliling. same goes to me. jasad dan mental ini juga tidak terlepas untuk melalui kehidupan yang pahit, manis, kelat, jerih  dan masam masin, semuanya saya dah lalui untuk tahun ini. tak payah lah, nak ulas lebih-lebih pasal itu semua. malas saya nak beremosi untuk bercerita pasal itu. letih juga, setiap hari kita dicop muka 'emosi' kan. well, i am just being my own self, take it or leave it ok people!

waimanya, masih lagi saya 'survives' dalam percaturan hidup, walaupun adakalanya dah 'acup-acup' kelemasan tenggelam timbul dek arus hidup. Alhamdulillah, mungkin juga kerna saya pernah terbaca dan terngiang-ngiang dalam otak dan minda ini akan satu sabda Rasulullah, 'bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam.' jadi, itu lah pegangan saya, walaupun ada ketika saya pun terlupa akannya, well, saya juga manusia biasa seperti kamu semua.

jarang sekali entry-entry saya selama ini, saya menulis panjang-panjang dalam blog, most of it, saya just share ( copy and paste ) and then ada juga saya set it as pictorial entry. well, malam ini, itu mood menulis, ada mari lah..huhu..sila lah baca sampai lebam..teehehe..

baiklah, pengharapan saya pada bulan baru, bulan terakhir 2010 ini, masih lagi sama. secara umumnya, tidak lah saya meminta lebih, malah tidak juga meminta kurang..As long as Allah masih memberi peluang untuk saya terus bernafas, bagi lebih mentaatiNYA dan juga teruskan kehidupan seharian untuk memenuhi tuntutan kerja dan keperluan fungsi keluarga, Alhamdulillah for that. Thank You Allah!

jangan dihitung sangat hari mendatang kerna masa tetap akan berjalan, umur pun makin meningkat, tanggungjawab pula makin besar,resolusi yang tak tercapai segera usahakan.hidup pula sudah pasti makin hectic lagi complicated hasil garapan kita sendiri.amal dan tabiat? itu sendiri fikirkan lah ya.

ulang tayang quote :

"goodbye november and all those sad thingies happened previously..

hello december, please do be good to me..
"


p/s : semalam saya telah belajar satu lagi quote dari seorang rakan. quote nya begini  "good, better, best.... dont rest until your good is better, your better is best". faham maksudnya? fikirkan sendiri, tak faham, tanya lah pada yang tahu ya. ( diulangi, yang tahu ya, bukan yang 'berlagak' tahu mahupun 'purak-purak' tahu ) ;p

 sekian! :)

koleksi pantun lama

jom layan koleksi pantun lama

Halia ini tanam tanaman
Uratnya tumbuh di hujung halaman
Dunia ini pinjam pinjaman
Akherat sungguh tuju pedoman

Anak ikan dimakan ikan
Tulang di mana hendak longgokkan
Pandai makan pandai bersimpan
Rahsia jangan awak tunjukkan.

Sakit pandan kerana duri
Sakit badan tak sedarkan diri

Puyu puyu konon namanya
Di dalam kolam konon tempatnya
cantik manis barang lakunya
serta dengan budi bahasanya

Penggaga di dalam timba
Mari di goreng di dakam kuali
Seekor naga di Lautan Cina
Digonggong kumbang dibawanya lari

Patah ranting di tengah rimba
Patah di titi Malim Sidi
Sungguhpun gajah binatang besar
Sudahlah rezeki si ular lidi


Pulau tinggi terendak cina
Nampak dari Pasir Sibu
Tuan pergi janganlah lama
tidak kuasa menanggung rindu

Pinjam saya pisau raut
Hendak meraut bingkai tudung
Gila apakah ikan di laut
Melihat umpan di kaki gunung

Terang bulan di pintu kurung
Cahayanya sampai ke daun kayu
Kalau Allah hendak menolong
Air pasang kapal pun lalu.

Alang di sebelah alang
Anak ikan kena lukah
Jangan tuan alang kepalang
Jangan diduga Laut Mekah

Buah jering di atas para
Diambil budak sambil berlari
Keringlah laut tanah Melaka
Barulah saya mungkirkan janji

Orang menembak di Pulau Hantu
Asapnya ada timbun menimbun
Seumpama bunga di naung batu
Taruknya kaca, tangkainya embun

Orang mengail di Lubuk Bulang
Apa umpannya? Kulit duku
Orang bermain kekasih orang
Nyawa bergantung di hujung kuku


Buah embacang masak serangkai
burung dekut meniti batang
Saya dagang tidak terpakai
Macam melukut di tepi gantang

Tikar pucuk, tikar mengkuang
Alas nikah raja melayu
Ikan busuk jangan dibuang
Buat perencah si daun kayu

Tebang gelam tebang kenanga
Batangnya tumbang menimpa gedung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung

Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu

Tumbuk lada di atas para
Ada kasut simpan di peti
Tepuk dada tanya selera
Apa maksud di dalam hati ?

Limau Bentan di tepi tingkap
Budak budak melempar burung
Harimau di hutan lagi ku tangkap
Kononlah pulak cicak mengkarung

Air surut, memungut bayam
Sayur di isi ke dalam kantung
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Anak punai, anak merebah
Hinggap di tonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hatinya orang

Rotan siput rotan berlengkar
Anak itik patah kakinya
Hujan ribut gunung terbakar
Embun setitik padam apinya

Dari Arab turun ke Aceh
Naik Jawa berkebun serai
Apa diharap hati yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai

Monday, November 29, 2010

Kepada Allah Aku Meminta..

ini ada satu lagi notes dari FB. kisah ini memang boleh dijadikan kesedaran, meleleh air mata membacanya..Allah Maha Besar..tidak pula saya pasti, siapa penulis asal notes ini, tapi saya pasti niatnya baik,kita berkongsi ya..

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

“Roti canai…” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.
 

*Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

‘Tak boleh sembahyang Jumaat!’

Saya bekerja di bahagian ‘script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

“Kenapa baru balik? Pergi mana?” jerkahnya.

“Sembahyang. Hari inikan Jumaat,” saya jelaskan dengan santun.

“Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!”katanya tidak puas hati. Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ‘solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim ‘bersidai’.

“Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!” kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang “Remiser” mengambil saya berkerja sebagai “Asistant” di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza – bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

“Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat,” ingat mereka kepada saya.

Teresak-eask saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya…

“Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka.”

Ya, begitulah juga dengan saya…hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka…

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia…itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.”





*Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah ‘menyelamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.

Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya. Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu…

Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :

'Mmm…sedap..” Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik-carikkan’ nurani saya. Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena……

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya. Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama ‘universiti terbaik’ hidup kita selama ini.

Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya. Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?” (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa. Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga ‘frust’ dan tewas. Kecewa umpama ‘mati’ sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, ‘menghidupkan’ saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.

Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya. Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang…

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156).

Sunday, November 28, 2010

Salahkah...???

Assalamualaikum. kisah ini saya ambil dari notes sharing di FB. 

Sayu jer rasa….

Aku menggeliat sepuas-puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku menggeliat. Mahu jatuh saham aku nanti. huhu.

Tiba-tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper bapa tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapa aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat. Aku anak yatim. huhu.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah-celah langsir tingkap. Jam menunjukkan dah pukul 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun, capai tuala, lalu masuk bilik mandi.

Lepas mandi, aku belek-belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku tersenyum sipu sendiri.

Aku nekad! Aku akan protes habis-habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru je aku nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. NOW or NEVER!!!!

Bila bapa aku buka je pintu, aku bersalam dengannya. Kucium tangannya penuh rasa kasih sayang dengan harapan lembut lah hati bapa nanti. Dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “”Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!” . Sambil memegang tangan bapa yang agak kasar itu.

Mata bapa aku terus jegil sebesar-besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok ayu aku di celah set sofa.

“Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abang tak nak….”

Pangggggggggggggggggggg….! Bapa labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

“Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa???" Takutnyer tengok bapa.

"Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku bubuh “Razali”, tup-tup lekat jadi AZA saja!!!!!

Dan lagi satu aku nak habaq kat hang anakku RAZALI, memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.


Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU?? SALAH KAH AKUUUUUUUU!!! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Moral of the story : Lu FIKIR la sendiri! (^_^)

Janganlah...

Janganlah Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan & perfume anda adalah kapur barus..

Janganlah Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung..

Janganlah Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana Tempat istirehat anda yang terakhir adalah Kubur..

Janganlah Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing danSerangga....

Saturday, November 27, 2010

Wahai Tuhan

Tuhanku, 
Aku tidak layak masuk SyurgaMu,
Namun tak upaya menghadapi api nerakaMu,
Terima taubatku,
Dan ampunkan dosa-dosaku,
Sesungguhnya Engkau mengampunkan,
Dosa-dosa hambaMu.
Amin YaRabbalamin.. 

info di bawah ini saya dapati bila saya googling..saya mahu berkongsi dengan anda semua..

sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S.A.W. bersabda: "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

Thursday, November 25, 2010

saya nak kahwin!

gilo hapo!sapo yang tak nak kahwin kan..tettt ;p

hehe, tapi bukan lah sekarang, that one fine time will arrive for me, InsyaAllah, just do not stop praying for the sake of ourselves ok :)

sebenarnya saya tersangat lah suka dengan gambar-gambar perkahwinan selebriti tanah air, si elyana. wah, sangat cantik dan terberangan pula diriku seketika tatkala melihat gambar-gambar itu. ( tak sedar walaupun polamin anganku musnah kan ). dari koleksi busananya, set pelamin, teknik solekan dan sudah tentu sekali mempelainya, semuanya nampak cantik pada mata saya, and it looks superb fine!


oklah, bak kata abang ipar saya, 'cakap tak guna, tembak tak kena'..moh lah kita tengok gambar-gambar cantik perkahwinan elyana, di mana sumbernya saya ambil dari google ( maaflah, specifically saya tak tahu nak kredit pada siapa, alih-alih pakcik google yang dapat nama ).

pada yang belum berkahwin, mungkin dapatlah inspirasi darinya. pada yang dah kahwin, tak apa cuci mata untuk bakal madu orang lain pula. pada yang 'pelamin anganku musnah' seperti saya, tak mengapa, pasang saja angan-angan, menjamu mata dan minda sambil lap air mata. dush3 !








oklah, semoga berbahagia elyana ( ceh, macamlah elyana nak baca blog saya kan, yang adooo )

tak mahu la ulas lebih, nanti ada yang berdarah kembali hatinya, 
ingat, ijab dan kabul itu yang penting. tetapi jika ada rezeki lebih, terpulanglah pada anda bagaimana mahu meraikannya. 
bubbye! 


Wednesday, November 24, 2010

biru mata coklat ku







inilah dia gambar-gambar budak debab a.k.a kucing oren bernama Mystery. seriously, i am not a cat person. tapi itu tidak bermakna saya benci kucing ok. dia juga hamba Allah. baiklah, enough of that.

budak debab ini sangat manja dengan saya hari ini, mungkin 'tukang layan n tukang manja' dia MC demam hari ini, itu yang dia terpaksa lah manja-manja dengan 'mak tiri' dia ini. ataupun juga, mungkin hari ini, color contact lense saya warna biru, jadi dia ingat saya ini 'geng' dia gamaknya. cuma saya ni spesies gebu. gebu ke? tetttt ;p perasan!

gambar-gambar di atas ini, di ambil sementara mahu menunggu giliran untuk saya menunaikan fardhu solat maghrib. sementara saya tengah duduk berehat di atas sofa, dan melayan FB thru mobile internet. she came to me, and terus duduk atas riba saya and baring seperti mahu tidur. situasi ini mungkin biasa pada orang lain, tapi tidak pada saya. maka, terkejutlah eden ni, kaku tak bergerak sementara menunggu kakak saya selesai solat dan datang untuk pujuk dia turun dari riba saya. other than that, boleh pula dia ajak saya main kejar-kejar dengan dia. lepas itu, cepat sangat excited and naik 'sheh' bila kita melayan. sampai kepala dia terhantuk di meja coz terover laju lari. nak ketawa tapi kasihan pun ada. huhu.

hadoi hai budak debab, kalo dengan orang lain selain kami, tak tahu lah apa nasib kamu wahai kucing. manja semacam. 

oklah, mahu 'bermuka buku' pula. 

p/s : pelik lah, ramai betul stalkers nowadays, as if lah saya ni artis kan. saya ini manusia biasa sahaja wahai stalkers! nothing special pun,gemuk, pendek, gebu, with no extra super capability. same ordinary kinda people, just like you.




Monday, November 22, 2010

Cengeng

cengeng kan ? terkena alergi pun,nak inform kat blog..huhu

habis,badan and muka merah-merah,bengkak dan gatal-gatal. semalam lagi kena, tapi tak teruk sebegini. malam ni kena kaw-kaw pula, semua hadap woo...

spoil dah rupa ku,bibir bengkak merah,mata pun bengkak sebelah... jatuh saham eden,kalau anuar zain orang lain tengok. ;p

baru saja makan 2 biji piriton,dengan harapan cepat pulih...

doakan saya pulih ya..sob sob sob..

nite..

Angin bayu membawa diriku..

Tidak, entry kali ini tidak ada kena mengena dengan tajuk di atas. saja nak buat kamu naik angin dengan entry angin di atas.

Baiklah, saya ada terjumpa petua di facebook, berkenaan kalau mahu membuang angin dalam badan. jadi, dengan baik hatinya, saya yang lawa rajin ini, mahu berkongsi dengan anda semua, cara tradisional untuk buang angin  'prottt prott' dalam badan kita. ( tapi kalau tengah 'hangin satu badan', itu eden tak dapek nak bantu yo ;p )

Pilihan 1:Ambil beberapa helai pucuk mengkudu dan sedikit halia. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tadi setiap pagi dan petang. Amalkannya selalu.


Pilihan 2:Ambil 5 ulas bawang putih kemudian bakar tetapi jangan sampai hangus. Setelah itu makanlah bawang itu atau anda juga boleh menjadikannya sebagai ulam.


Hah, dah tahu petua tu, tak boleh lah alasan nak malas-malas ya. Ikutlah, kalau rasa lebih selesa berjumpa dengan doktor bila dah angin-angin sepoi bahasa satu badan tu, pergilah. saya cuma kongsikan cara alternatif untuk anda. Selamat Mencuba ya :) 

Sunday, November 21, 2010

sob sob sob

sob sob sob..dah lah lama tak update entry, tiba-tiba sentap pula kan..

sob sob sob...blusher powder ku jatuh bertaburan atas kesilapan sendiri..apesal sentap? sob sob sob..sebab dah tak ada stock lagi blusher tu..

sob sob sob...ada yang sudi mahu sponsor belikan saya blusher? (motif?)..saya nak blusher bobby brown, kalau tak dapat bobby brown, belikan saya estee lauder pun saya tak kisah.. ( mintak puji wooo! ;p )

haha, propa saja yang lebih kan..walaupun deep down inside, sedih la juga kan, ini lah dia perempuan, kadangkala sensitiviti kita pada little thingies boleh ubah mood.

anyway, Selamat bercuti pada orang-orang Johor.. manakala, yang bekerja seperti saya, go go chayo! no 'isnin-biru' hokay!

Assalamualaikum.
( mahu sambung 'berdrama' pasal blusher )

Thursday, November 18, 2010

signal

"Kalau suka katakan suka, 
Tidak aku termangu ternanti,
Kalau suka katakan suka,
Jika tidak tak ku mahu menaruh hati" 


 12.30am

thatfairlady

Wednesday, November 17, 2010

Pantun vs Quotes

Pada minggu lepas, emak dan saya, curi sedikit waktu kerja kami, untuk pergi ke Perpustakaan awam ( how i wish, it was located nearer..jauh lah ). kalau dekat, haruslah saya merupakan salah seorang pelawat tegar mereka. hehe.

Ok, back to the topic, di sana, saya ambil kesempatan, untuk khatam banyak majalah-majalah, yang pada perhitungan saya, kalau dibeli di luar sana, kosnya sama dengan kos 'reload' handphone cap ayam saya ini selama sebulan. lama sungguh kami di sana, rasanya hampir setengah hari juga, itu pun, bila masing-masing tersedar yang komitmen kerja-kerja menimbun sedia menanti, jika tak di 'settle'kan pada hari itu juga.

Selepas khatam majalah-majalah, saya baca suratkhabar pula..then, berpindah kepada buku-buku pelbagai genre..

Beberapa kerat pantun / peribahasa / Quotes menjadi tarikan minat saya dari beberapa buku yang saya tak ingat tajuknya sekarang..tak apa, yang penting saya dapat 'capture' beberapa line dari buku-buku tersebut...sumbernya tidak tertakluk hanya pada pantun melayu lama, malah ada juga dari sabda Rasulullah SAW, pendeta terkenal zaman dahulu kala, dan juga 'quotes' dari barat...yang mana saya suka, itu yang saya take note. ada banyak, tapi saya catatkan sebilangan kecil sahaja di sini ya, manalah tahu, setelah membacanya, mungkin anda pun dapat 'sesuatu' darinya,seperti saya.. :)

~ "Apabila sesuatu telah sempurna jelaslah dimana kekurangannya " - pepatah orang Arab.

~ " Hendak tahu baik orang tanyalah kepada sahabatnya, hendak tahu buruk orang tanyalah musuhnya " - pepatah melayu lama.

~ "Anak nyamuk di dalam padi, Sayang cuka dalam pemberasan, Sungguh beramuk di dalam hati, Di muka jangan kelihatan " - pantun melayu lama.

~ " Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".

~ " Pilih-pilih tempat mandi, Pertama teluk kedua pantai, Pilih-pilih tempat menjadi, Pertama elok kedua pandai ".

~ " Gula serawa si daun turi, Buah manggis diikat-ikat, Kawan ketawa mudah dicari, Teman menangis sukar mendapat ".

~ " Orang yang tidak mahu jangan disuruh, orang yang tidak hendak jangan diberi ".

~ " Hajat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai ".

~ " Belayar ke Pulau Bakal, Bawa seraut dua tiga, Kalau kail panjang sejengkal,  Janganlah laut hendak di duga ".

~ " Tikar busuk jangan dibuang, alas nikah raja melayu, ikan busuk jangan dibuang, buat perencah si daun kayu ".

~ " Lahir ke dunia di sambut bang, Pulang ke kubur di hantar solat, Suara azan dengan sembahyang, Wahai hidup alangkah singkat ".

~ " Hilang harta boleh dicari, Hilang akal habis bicara, Akal tidak sekali datang, Fikiran tidak sekali tiba ".


Kalau ada masa, memang mahu ke sana lagi :)

the reason why

patutlah lately ini,di pejabat, kertas 'conteng' saya makin menyusut setiap kali saya nak guna untuk buat draft or calculation..

rupa-rupanya ada 'insan-insan kreatif' yang ambil ya..epp epp epp...

 
 kreatif tak? awan ada fake lashes lagi..


                              ok, please do not ask, i have no idea..err..abstract? lol ;p
 
ini lukisan orang dewasa ni..rasanya lah..

 
cheerleader with fake lashes..hahaha ;p
takut betul tengok si 'insan kreatif' ini buat harga untuk menu..standard 'secret recipe' betul ;p 

tapi saya sikit pun tak kisah, mereka ini duk 'perabis' kertas-kertas di office ( jangan A4 size paper untuk print out tu sudahlah ya). for at least, ada juga aktiviti mereka ni bila datang pejabat..berkembang juga otak mereka ni bila illustrate on those papers kan..

main reason, i don't mind about the papers-wasted, because i love them moreeeee than everything..ngeee ;p

the other reasons are...
( feel free to scroll down )

 insan kreatif ini berjaya peroleh 'Anugerah Kecemerlangan', 'Anugerah Terbaik dalam Matematik' dan 'Anugerah Terbaik dalam Pendidikan Islam'. 
* dia juga pemegang rekod tegar, dari umur 5 tahun hingga darjah satu, dapat nombor satu dalam exam.
insan kreatif ini pula baru saja tamat pra-sekolahnya dan dapat No.3 dalam exam. As a start, cukup baik lah itu kan :)


oklah, ada satu lagi gambar.. 
kasihnya Nenek ( itu emak saya :) )

oklah,sampai sini saja entry kali ini ya.

Assalamualaikum.

Bubbye! 





Tuesday, November 16, 2010

Di sebalik..

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya AidilAdha!

Disebalik kita mendengar dan memahami pengajaran dan tauladan dari pengorbanan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail...

Dalam pada masa yang sama, tahun ini, pengertian Hari Raya AidilAdha pada saya adalah seperti...

~BERCOOOOTIII...bestnya cuti.....dapat rehatkan badan dan otak yang semakin tenat berfikir, dan tak payah keluar rumah..

~ Selain itu, saya juga bersama-sama adik beradik dan emak ku terchenta akan memasak dan mentekadarah menikmati juadah raya seperti :

                                           Sayur
                                            Ayam Kurma
            'Rendang Daging Podeh Gilee'- 'terbaek' dari ladang- air tangan mak eden.
        * saya buat apa? saya tukang potong-potong bahan-bahan saja, dan menyibuk lebih..ngee ;p
                                           Instant nasi himpit
                                           Sup Tulang

   * Maaf lah, kualiti gambar tidak memuaskan, almaklumlah, kita pakai 'tipon cap hayam' je.

~ Saya juga mahu.... basuh baju kotor...menimbun-menimbun dalam bilik saya tu. Well, hati memang mahu, yang kurang mahu ni, badan yang pemalas ini. lol ;p
Sumber : Pakcik Google 

~ Saya bercadang mahu ke Giant untuk membeli barangan peribadi...most of it dah out of stock... ( bercadang lah, jadi atau tidak,tidak tahu lah kan ;p )

~ Dan yang paling penting...adalah 'tha.ya.dal.wau.rha' ( tidur )...bestnya, jangan sentap lah ya, kalau panggilan dan sms tidak berjawab ataupun lambat reply pada hari ini ;p

Wait! ada lagi yang lebih penting, esok harus lah mula diet semula, dan disiplinkan kembali rutin bersenam saya, sebab muka mula tembam semula dan perut suda mula buncit berubah struktur...tettttt!!! ;p OMG, i don't want to be even fatter than this shape again...never...nightmares...huhu..

Oklah, sekali lagi, Selamat Hari Raya AidilAdha semua! Jika Nabi Ibrahim dan anaknya dikisahkan dengan pengorbanan mereka..tapi, apa pula pengorbanan kita selama ini ya? fikir-fikirkan..Selamat Beristirehat ya :)

Signing off...Bubye! :)

Seandainya Masih Ada Cinta

   

Seandainya Masih Ada Cinta

Usah kau berpura
Di sebalik kata
Kerana ku tahu siapa diriku

Tak perlu merayu
Dengan pujukanmu
Biarkanlah saja semuanya pergi

Cukuplah sekali
Kau menghiris hati
Menghancurkan kasih
Yang telah lama terbina

Seandainya masih
Ada cinta lagi
Lupakan oh sayang
Hasrat dan perasaanmu

( korus 1 )
Rindu nan membara
Nyala dan membelai jiwa
Tiada berteman
Sepinya berpanjangan

( korus 2 )
Resah dan gelora
Jadi sahabat derita
Berakhirlah sandiwara
Kisah dusta dan dilema
Pintaku semoga kau sedar
Kesilapanmu

Kini hanya duka
Bersulamkan pasrah
Titis airmata
Tak lagi bererti

Namun di hatiku
Terukir namamu
Menjadi memori
Kekalnya abadi

( ulang korus1 & korus2 )( 2X )


I thought i've move on, but somehow memories keep on bugging me.. 
but believes me..although i've decided to move on, some of the memories will always remains as memories...
I believes in 'Past,Present,Future'..

Selamat Hari Raya AidilAdha..

'Sanggup Berkorban?'


Assalamualaikum... 
 



  

 

Monday, November 15, 2010

artis perempuan bajet seksi..

tettt...propa saja yang lebih kan...hehe..

pictorial entry..less typing....

pssttt...her name is Mystery 


jom kita main sembunyi-sembunyi. cuba awak cari kita?

haaa!cak!!! cute tak kita?cute kan...mengaku saja lah.
hmm...kita memang suka tidur, posing ala bajet seksi. seksi ke?
aksi terbongkang ni pun 'mak tiri' kita cakap bajet seksi ya..tak apa lah, yang penting kita dapat tidur kat atas sofa empuk dan beraircond
 syok nya tidur..sampai berapa round kita mimpi dan mengigau tau
                                                                                    dan lagi..
 lagi lagi..

mak kita yang satu lagi,nama 'kak qila' selalu marah kita 'gemuk,debab, kuat makan,kuat tidur, pemalas'...eleh, bila kita tak ada, dia cari pula,tau lah kita ni tomboy...tapi tomboy-tomboy manja tau, disayangi ramai lagi..

oklah, kita nak sambung tidur, penat tahu hari-hari kita kena jadi penyambut tetamu untuk 'emak-emak' kita..

bubye, meowwww!



 

Sunday, November 14, 2010

headache..all of sudden

tertidur depan netbook (perkara biasa) lepas solat isyak tadi..

at 10.30pm, phone rang,customer called to made an appointment ( yes, tonight, at 10.30 pm) for tomorrow morning slot..

mungkin terkejut dengan bunyi phone yang all of sudden berbunyi mengacau mengejutkan saya dari lena, now i am officially headache and hard to sleep again...combos in a night?..kudos!

Saturday, November 13, 2010

Refleksologi kaki

Assalamualaikum.

Niat di hati ingin memperlengkapi lagi ilmu mengenai refleksologi kaki. Ya lah, kalau ilmu kesihatan dan kecantikan ni, saya memang suka ambil tahu. Nak-nak kalau dah diri sendiri yang sakit, tahu jugalah mana nak tuju kat badan ni. Almaklumlah, kita kan bujang trang tang tang..tiada yang mahu picitkan..sob sob sob…teettttt…ok, back to the topic ;p

 Bukan apa, almaklumlah, kalau dah tahu ilmu ni nanti, confirm ramai yang mahu tadah kaki pada saya tuk di praktik kan. Time tu, ada sakit kepala , yang sakit kaki lain, yang sakit tengkuk, bla bla bla… Bak kata orang dulu-dulu, kebanyakan penyakit dalam badan kita ni, boleh disembuhkan di bahagian kaki. Wallahualam..saya masih dangkal ilmu untuk mentafsir kenyataan itu.

Ok sambung cerita, kiranya semua penyakit lah keluar time mahu menadah kaki tu. Contoh terdekat, sudah semestinya, ahli keluarga saya lah, siapa lagi. Tapi saya tak kisah, ‘apedehal’ kan…tak reti-reti nak belanja makan lepas tu…hehe ;p baik punya marketing strategy..hikhik..

Sebagai permulaan, mari kita mengkaji gambar kaki ini dulu.. fahamkan bahagian-bahagian di tubuh kita yang Cuma terletak di tapak kaki kita ini. Yalah, tubuh kita ini saling ‘link’ urat sarafnya dan segala bagai. Sebagai nasihat, jangan la pandai-pandai godek kaki tu sendiri, kalau kurang ilmu di dada ok. Nanti lain penyakit pula jadinya.



Ok, tak faham…kita ‘tube awak’ pula..








Ok, blur-blur lagi kan..moh lah isi boring, pergi kursus refleksologi ya.. bila nak pergi kursus tu? Entah bila lah…tak apa, yang penting niat sudah ada…ok, buat sementara, saya dah khatam ‘tube awak’ mengenai refleksologi  ni, ada sesiapa nak tadah kaki. ‘Ada beran’ ? kuang kuang kuang!

Dah,bye!

Friday, November 12, 2010

Assalamualaikum..

kemalasan dan ketiadaan mood melanda...

maafkan saya ya,nanti malas sudah tiada,mood sudah mari..

saya update blog yer...

hokay,bubbye..

Assalamualaikum..

Wednesday, November 10, 2010

awak, kita nak bagitahu rahsia ni...shhhhhh....

pssstt...awak, kita nak bagitahu awak satu rahsia ni...siapa? awaklah, yang tengah baca entry blog kita ni...awak duduk diam-diam, buka mata besar-besar ya....baca baik-baik, satu persatu..sebab kita nak bocor rahsia kita dekat awak ni...tapi...shhhhhhh....

ok lepas ni, kita akan berbahasa 'omputih'..harap awak faham ya...


DiGi is launching the DiGiMusic PLAY app for the iPhone 4 and iPhone 3GS! It’s Malaysia’s first unlimited music download application, giving DiGi iPhone users a whole new music experience. It doesn’t matter if you’re into rock music and idolise Led Zeppelin, rap along to the hip hop beats of Eminem, adore sultry R&B crooners like Alicia Keys or (god forbid) emulate pop star Justin Bieber, there’s something for everyone. There’s no artiste or music genre you can’t find in DiGiMusic PLAY. The best thing is, you can get it all at the unbelievably low rate of just RM 5 a month!

lepas ni kalau awak nak dengar lagu dangdut atau dikir barat dekat iPhone awak tu pun tak apa, tak ada orang  pun kisah. Awak nak download lagu-lagu kat DigiMusic  sampai lebam pun tak apa, sebabnya, awak cuma perlu bayar rm5.00 saja sebulan...murah kan? mahal lagi kos nak makan nasi lemak dekat 'kedai kopi' tau awak...


 hokay, kita sambung belitkan lidah kita dengan berbahasa inggeris ya, awak jangan lah korek hidung awak tu, teruslah membaca ya...

Pimp My Music party to celebrate the launch! Details of the party are as below:

Date: 11 November 2010 (Thursday)
Time: 7 pm
Venue: Velvet, Zouk

We know everybody loves dressing up for a party, so we’re giving you the chance to go all out for this one. We can’t have the hits without the superstars, so come dressed as your favourite celebrity from a music genre – you might be handsomely rewarded for it ;) Michael Jackson, 50 Cent, Lady Gaga, the possibilities are endless. Check out the prizes you stand to win:

Best dressed blogger: iPhone 3GS
Best post-event blog post: iPhone 3GS

 


ala, kalau awak datang dengan dress code ala 'M.DAUD KILAU' pun ok juga..dia pun legend juga di Malaysia ni...di Zouk nanti, haruslah tagline awak 'Ohohoiiiiiiiii'...jangan segan, mana lah tahu, awak dapat best dressed blogger..dapat iPhone 3GS sejibik..kalau awak tak nak handphone tu, awak lantingkan saja pada saya..'apedehal'..saya tak kisah...ngeeee ;p


pssstt..awak, kalau awak dah dapat iPhone 3GS..awak jangan lah lupa pada saya, kalau tengah 'bertandak' melayan lagu yang awak download di DigiMusic tu, jangan lupa ajak saya ya...jangan lupa download lagu ' M.Daud Kilau'....Ohooiiiihoooooiiiii;...

:) 

Celcom BlackBerry Torch 9800

most of my friends and family, tahu yang saya ini memang penggemar gadgets and gizmos..tapi masalah 'poket' punya pasal, maka banyaknya telan air liur saja lah...

lately, semua orang sibuk sangat dengan blackberry...sana-sini pakai blackberry...lepas tu, sibuk lah ber'BBM' depan kita yang sedang telan air liur ni kan...saja je nak show off hokay korang ni...tak baik tau...masa tu, mula lah saya cari 'lacks' Blackberry ni. most of Blackberry user, saya perhatikan pakai older version of 'BerryHitam' ni....so, tak ada lah, saya hairan sangat, since applicationnya biasa, mungkin lebih pada aplikasi BBM'nya saja. Kameranya pun setakat mencapai paling tinggi pun 3.5MP.. so, saya tak ada lah rasa 'hadap' sangat nak blackberry ni.

tapi, setelah munculnya 'Celcom BlackBerry Torch 9800'



'...mauahahahaha...saya sudah pasang angan-angan ni..kenapa saya sukaaaaa????

hokay,baca ini ( sila sediakan tisu untuk lap air liur tu ;p )

saya percaya, anda semua pandai berbahasa inggeris, kalau tak fasih pun,simple english pun faham kan, ya lah, kebanyakan sistem dan languange dalam komputer mahupun internet explorer pun dalam bahasa inggeris kan..jadi saya 'paste' saja spesifikasi 'bakal buah hati saya ini ya'

the Celcom BlackBerry Torch 9800 is the first smartphone with a BlackBerry keyboard and full 3.2 inch touch screen! It also comes with a 5 MP camera, 8 GB memory expandable with a micro SD card, integrated social feeds, and of course everybody’s favourite push email and instant messaging capabilities.  


ok, ada lagi statement yang boleh mendatangkan sawan, kerna saya telah terlambat mengetahuinya...

On this auspicious date of 29 October 2010, the Celcom BlackBerry Torch 9800 is officially launched and there’s a one-day-only crazy deal going on in conjunction with the launch! Here’s what you can expect:
- Enjoy the Celcom BlackBerry Torch at CRAZY prices from as low as RM 8 when you sign up on the day with Celcom Exec or Celcom Biz plans!
- 1st 10 customers to sign up get it at RM 8!!!
- Next 100 customers get it at RM 488!!
- Following 100 customers get it at RM 888!
- ONLY LIMITED STOCK AVAILABLE and it’s FIRST COME FIRST SERVED… so get there as early as you can!
- Get a FREE Limited Edition BlackBerry Torch Door Cover, FREE BlackBerry Torch hard casing plus FREE Call Me Tones for 1 month worth RM5, games, apps for BlackBerry®. Just Dial *118#, and select STUFF FOR BLACKBERRY!
- There’ll also be many other fun activities, prizes and giveaways on the launch date.


okay, jangan 'sentap' ya..jangan kecewa sangat sebabnya... ( baca lagi ya )

 Don’t fret if you can’t attend the event, you can still get the Celcom Blackberry Torch & enjoy affordable prices plus the widest coverage with Celcom, Malaysia’s No. 1 Blackberry community – in any Blue Cube outlet nationwide – from 3 November 2010 onwards! Check out these affordable packages from Celcom:



saya mahu..saya mahu..pick me pick me! ngeeee :)
 
kenapa saya suka  'Celcom Blackberry Torch' ??
sebabnya..kalau saya 'malas-malas mode'boleh tekan-tekan je touch screen  tu ( sambil action kat orang sebelah yang tengah meleleh air liur dia). kalau saya dalam 'rajin-rajin mode'...saya tekan lah keyboardnya... ( sambil action kat orang sebelah juga ) ;p

kenapa saya suka  'Celcom Blackberry Torch' ??
 sebabnya..bakal buah hati saya ini, mempunyai capaian up 5MP camera..psstt...makin nampak 'cantiklah' saya dalam gambar itu nanti. tak adalah malu sangat kalau nak keluarkan kamera bila nak bergambar nanti ( sambil action kat orang sebelah tu ) ;p

kenapa saya suka  'Celcom Blackberry Torch' ?? 
sebabnya..8 GB memory expandable with a micro SD card...perghhhh...boleh layan lagu-lagu dan video-video sampai lebam..tak payah lah nak heret kemana-mana mp3 / mp4 kalau nak layan lagu kan...sungguh tak cool hokay...lepas ni, boleh lah saya nyanyi lagu favourite saya 'Twinkle-twinkle little star'.....erkkk...kantoi pula. tak apa, masih 'Ada Style-lah'.

 kenapa saya suka  'Celcom Blackberry Torch' ?? 
sebabnya..dah ada pelan Celcom berpatutan dengan bajet, dah dapat Blackberry Torch..apa lagi..sepanjang masa saya boleh update FB, Tweeter dan Blog saya, walau dimana saja saya berada, unlimited time dan juga unlimited place...page browsing pun sangat pantas,dan time-saving. hanya dengan 'Celcom Blackberry Torch' ..laptop?netbook?...errrr..apa tu? 

 kenapa saya suka  'Celcom Blackberry Torch' ??    
sebabnya... boleh e-mail dan ber' BBM' dengan family, kenalan, scandal?? (oppsss,no-no ;p)...amat penting juga, sebab ianya bagus untuk tujuan perniagaan saya. saya boleh berinteraksi dengan pelanggan saya...selain itu, dapat juga menghangatkan semangat 'LoveBlackberry' sesama kami..tak gitu ;p

* pendek kata, kalau dapat 'Celcom Blackberry Torch' : convenient, practical, flexible and in-trend..dah ada semua itu..baru lah boleh cakap 'Ada style-lah' :) 

oklah, kalau nak tahu further more about CELCOM EXAC50 plan, silalah dengan rajinnya untuk klik : http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800.php

atau, kalau mahu Pre-register dan nak beli 'BlackBerry Torch 9800'. klik cepat-cepat di : http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800_register.php

Selain "Ada Style-lah" BlackBerry Torch 9800, '"Berbaloi-baloi'" pula dengan pelan-pelan dari Celcom.