nuff nang

Sunday, October 31, 2010

nak CANTIK MALATOPZ ?

Hehe..mentang-mentang sudah beberapa tak update blog, tajuk entry kali ini, memang sungguh tak boleh blah! hehe..propa saja yang lebih..

ada rahsia kecantikan lagi yang mahu dikongsi bersama anda...
ALOE VERA atau dalam istilah melayu,ianya lebih dikenali dengan nama lidah buaya..
tahukah anda,penggunaan aloe vera ini boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang,khususnya bidang kecantikan.
di sini,saya ingin berkongsi dengan anda beberapa cara untuk menjaga kecantikan wajah dan tubuh badan dengan hanya menggunakan ALOE VERA.

1. MASKER (muka dan badan)
- potong atau racik isi aloe vera ini dengan halus,dan anda boleh terus aplikasikannya terus ke muka sebagai masker. selepas 15-20 minit,anda boleh bilas muka anda dengan air suam atau pun air sejuk,untuk mendapatkan efek muka yang lebih tegang.
anda juga boleh campurkan aloe vera ini dengan bedak sejuk dan madu serta air sejuk,untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat,muka yang lebih bersih,tegang,dan lembapan terkawal serta mampu meminimakan permukaan pori-pori di kulit muka dan badan.

2. AGEN ANTIJERAWAT / ANTISEPTIK (muka dan badan)
- juga dipotong dengan halus,dan boleh terus diletakkan di spot-spot jerawat degil itu. buat permulaan,adalah di nasihatkan,aplikasikan ia selama seminggu atau pun sehingga kondisi muka anda dalam keadaan yang meyakinkan. untuk pemakaian yang lebih menyelesakan, letakkan aloe vera ini di tempat yang dingin,seperti peti sejuk.kandungan aloe vera ini mampu mengeringkan jerawat.

3.AGEN PEMULIHAN LUKA (muka dan badan)
-dipotong dengan halus,dan boleh terus diletakkan di spot-spot jerawat degil itu. buat permulaan,adalah di nasihatkan,aplikasikan ia selama seminggu atau pun sehingga kondisi muka anda dalam keadaan yang meyakinkan. untuk pemakaian yang lebih menyelesakan, letakkan aloe vera ini di tempat yang dingin,seperti peti sejuk.

untuk menjaga kualiti,dan ketahanan aloe vera,letakkan ia ditempat dingin seperti peti sejuk. bagi aloe vera yang telah dipotong halus,letakkan ia di dalam satu bekas khas berpenutup. jika ia didapati terlalu kering,campurkan sedikit dengan air.apabila mahu digunakan,toskan ia daripada air yang telah dicampurkan tadi.

selamat mencuba :)

Nak CANTIK tak?

Wipe-wipe screen laptop yang da berhabuk (ceh!nak bagi tahu dah lama tak update blog lah tu )..ngeh3..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  :)

psstt...nak share sedikit rahsia..nak cantik tak ?

ada masalah muka kendur,tak tegang, pori-pori jelas kelihatan,kurang lembapan,muka mengelupas kekeringan,berjerawat,dan banyak lagi masalah...phewwwww....ada penyelesaiannya..

tiga bahan mudah yang perlu ada ;-
1. bedak sejuk 2. madu asli 3. ais / air sejuk (dalam peti ais)

campurkan ketiga-tiga bahan,sukatkan ia menjadi masker...amalkan 15-20 minit ( kadar penyerapan masker baik pada waktu 15 minit pertama, walaubagamainapun kepanjangan waktu pemakaian masker bergantung pada keselesaan anda ). cuba amalkan ia setiap hari,selama sebulan...InsyaAllah (dengan izin-NYA)...pasti berkurangan masalah muka yang anda hadapi...

tapi apa-apa pun, harus berpegang pada kata kuncinya - 2 J : Jangan Malas, Jangan banyak alasan... :)

kenapa saya tekankan,pemakaian ketiga-tiga bahan ini sebagai masker..sebabnya,kesemuanya mempunyai khasiat tersendiri. sebagai contoh, bedak sejuk berperanan sebagai agen masker, madu pula mempunyai 1001 khasiat seperti yang terkandung dalam Al-Quran, iaitu antaranya sebagai agen pelembap muka dan antiseptic ( pembunuh kuman punca alahan & jerawat ). manakala ais / air sejuk membuatkan muka menjadi lebih tegang, mengecilkan liang roma, dan juga meredakan kemerahan jerawat dan alahan.

Selamat Mencuba :)

Thursday, October 28, 2010

Smile-lah


Smile. even when you're hurting

Smile. even when you're lied to

Smile. even when someone doesn't care

Smile. even if the world comes crashing down

Smile. even if you're hated



Because...



someone out there is hurting more than you are

someone out there has been lied to more times than you have

someone out there is more unloved than you are

someone out there doesn't even have a world, no family, no friends, no home

someone out there is hated by many more than you are

Tuesday, October 26, 2010

Banana



Heh? Dah macam tak ada topik lain lagilah saya ni kan. Ala, sekali sekala bercerita pasal pisang mahupun buah-buahan apalah salahnya kan. Lagipun, saya ni kan memang tengah in diet-mode. So, apa saja yang berkaitan dengan diet, saya suka ambil tahu, supaya tiada efek buruk akan berlaku pada diriku (huhu,almaklumlah I kan single mingle lagi ;p )

Salah satu buah-buahan yang boleh di amalkan oleh para pengamal diet adalah pisang or banana. Kalau hanis zalikha dengan teori ikannya. Ok, mari saya beritahu awak semua pasal fakta dan kebaikan pisang ya. Senang nak dapat dan juga murah.  Siapa kata nak kurus dan sihat lagi cantik itu perlu banyak kos? Heh, itu alasan ok!

Secara ringkasnya, Buah-buahan dalam kehidupan diet seharian adalah amat perlu. Selain membekalkan kita zat dan vitamin tersendiri pada setiap buah-buahan tersebut, ianya juga membantu dalam membekalkan air ke dalam badan kita. By nature, umum dah tahu kan, air perlu cukup dalam badan kita untuk tubuh lebih sihat. ( kalau tak tahu, surf la net k. kalau rajin,nanti saya buat entry khas air ok! )

Oklah, untuk tidak terus melalut. Berikut adalah simple facts and benefits mengenai PISANG / BANANA :)

-          Kaya dengan fiber, magnesium dan vitamin b6.
-          Mengandungi potassium – yang selalu nak pitam atau pening-pening lalat makan lah buah ni ya.
-          Membantu regulate blood chemistry dan menyeimbangkan PH kita.
-          Kandungan serotonin dan norepinephrine dalam pisang boleh membantu kita mengawal depresi. ( woot woot! ;p  )
-          Antioxidant – patutlah saya still nampak muda remaja walaupun usia mahu menjengah 3 series. Lol ;p
-          Membekalkan tenaga.
-          Selain depresi, pisang juga boleh menyeimbangkan dan mengawal perasaan gemuruh kita.
-          Membantu menjauhi penyakit kanser dan ‘hati’ – kalau ‘busuk hati’, pisang memang tak dapat bantu ok.
-          Membantu membekalkan karbohidrat yang lebih baik dan protein dalam metabolism – sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.
-          Mengawal blood pressure.
-          Memenuhi keperluan gula dalam badan manusia.
-          Produce collagen – owh, I loike! ( tahu tak every year, peratusan collagen dalam badan manusia akan berkurangan ). Harus restock pisang banyak-banyak lepas ini. Heh ;p
Membantu pembentukan otot. ( tak ada lah isu muka muda tapi badan macam orang tua lepas ni ya )
-          Better sleep – ( desperately need it! )
-          Relieve diarrhea ( sangat betul! ) dan constipation.


Heh, sekarang dah tahu kan? Mahu atau tidak terpulanglah ya, saya cuma sekadar berkongsi ilmu yang sedikit pada saya ini.

Itu saja, bubbye..

Assalamualaikum...

ASSALAMUALAIKUM..
Haimai! Amapama khamabarmar? Famahammam takmak amapama samayama tumulismis nimi? Samayama samajama jeme tumulismis mamacammam iminimi, nakmak temengokmok, amawakmak famahammam takmak, amapama samayama sammampaimai kanman..

Samayama dahmah lamamama takmak komomumunimikamasimi damalammam bamahasama iminimi..semesemekamalimi bumuatmat mamacammam iminimi, pemeningmingkanman kemepamalama amawakmak unmuntukmuk memmembamacama bestmest gakmak kanman…

Hemeheme! Jamanganman lahmah mamarahmah samamama samayama ehmeh. samayama gumuraumau samajama…omokeymeylahmah, sammampaimai dimisiminimi samajama lahmah enmentrimi samayama bermeramakhirmir, kemesimianman, samayama temengokmok amawakmak termerjumulingming mamatama danman termergemelimiatmat limidahmah memmembamacama…

Momogama cemerimiama lahmah henmendakmak nyama!


Baimai! :)

Monday, October 25, 2010

mim.alif.lamalif.sin

hmm...gitu lah..time ketiadaan blog dulu..ada saja dalam kepala otak ni, idea tuk menulis...tapi sekarang, dah ada blog, malas dan tiada idea..

ok tipu, idea ada..cuma malas...nanti kalau rajin, saya bagitahu ya...buat sementara,layankan ajalah QOTD ( Quote Of The Day )..saya suka QOTD dari dulu lagi..siap ada satu buku khas tuk QOTD sahaja.sources banyak..tidak terhad pada internet sahaja..

baiklah, QOTD tuk hari ini..

i believe in pink.
i believe laughing is the best calorie burner.
i believe in being strong when everything seems to be going wrong.
i believe that happy girls are the prettiest girls.
i believe that tomorrows another day.
and i believe in miracles.

Sunday, October 24, 2010

Go Ahead


Go Ahead & Take One Last Glance At The Girl You Think You Know.
Because This Girl Is Changing.

No Longer Will She Keep Running Back To Her Past,
Make The Same Mistakes,
Date The Wrong Mistakes.
No Longer Will She Be Pushed Around,
Be Treated That Way,
Or Live That Way.

Go Ahead & Take One Last Glance At The Girl You Think You Know.
Because This Girl HAS CHANGED.

- Leiysh

Saturday, October 23, 2010

QOTD

"You can close your eyes to things you don't
want to see, but you can't close your heart to
the things you don't want to feel."

- Unknown

Friday, October 22, 2010

Me 'heart' it...

 i want it..i want it!

Ipad 
since hasrat dan perancangan untuk diberi kepada saya sebagai hantaran perkahwinan tidak kesampaian.. tak mengapa lah…I will get it my self…heh, ingat I tak mampu ke? (memang tak mampu pun. Lol ;p )
Cuma, masa dan financial factor sahaja yang menentukan..mana lah tau, by the time, duit dah mencukupi, Cik Apple dah mengupgrade Ipad into the latest version kan kan kan…haaa..best tuh..


PowerMat.
Heh? Apa tu? Inilah pengecas serba guna yang menjimat duit dan masa… semua barangan seperti handphone, PSP, and so on lah.. let say, kalau diri sendiri tu dah pakai handphone sampai 2, campur adik beradik punya handphone lagi, mak pak’s handphone lagi..haaaa… semua boleh charge in one time..haaa..kan bagus..so lepas ini, tak adalah isu nak pinjam handphone saya lagi kan kan kan ;p teehehe..
Cuma, yang tak bestnya, nak charge all those stuffs, kena ada Bluetooth connection and wifi….tapi fikir dari segi consuming wise, in term of penjimatan wang untuk bil elektrik dan juga masa..so, I think it is so worth it to own…but, once again, macam tak nampak je, benda alah ni dah dipasarkan di Malaysia..plus, harga nya pun, aduiii…boleh tahan…


Android Phone..
pendek kata, tak ada alasan untuk tidak memilikinya ( melainkan duit di poket memang sentiasa tidak cukup untuk memilikinya- macam perli diri sendiri je..hehe ;p )

oklah, banyak lagi sebenarnya gadgets yang menjadi poojaan hatiku, tetapi menulis entry gadgets kegemaran saya ini saja, bisa membuatkan air liurku hampir meleleh..maka, nanti-nanti sajalah saya cerita lagi ya..nak layan ‘tube awak’ pula ;p

bubbye.

QOTD

Never allow someone to be your priority while you're just their option!

Jika Aku...

Amin....

Penggembira Hati...

Salam.

Di atas tuntutan kerja, kini pada setiap hari, antara tempat saya harus pergi adalah ke sebuah sekolah rendah yang terletak di daerah saya.

Almaklumlah, nature kerja saya ini merangkumi pelbagai tugas. Gila kuasa eh? Heh ;p Saya lah driver, saya lah pemantau, saya lah pembantu big boss ( emak ), saya lah kerani, saya lah financial controller sayalah boss wannabe..bla3…senang cerita, self employed- lah..

Setiap kali datang, kebetulannya mesti pelajar-pelajar atau anak-anak itu sedang ‘recess time’.  Maka, dah nama pun kanak-kanak kan..pelbagai ragam yang saya jumpa setiap hari. Memang terhibur, walaupun saya hanya melihat mereka dari dalam kereta sahaja. Ada yang nerd, ada yang nakal dan aktifnya lebih banyak berlari melenting-lenting ( saya memanggil ‘larian berirama’ ) dari berjalan. Soal pakaian tak payah cakaplah, yang awning tudung kedepan tak nampak muka, baju berlengan comot terkena sambal makanan, kasut pula, kalau cuba dibaling ke sungai,  banyak dapat ikan free agaknya. Hehe. Kalau yang mungkin sudah besar sedikit tu, pandai la menjaga pakaian, yang lelaki memang sungguh kemas dan tinggi melampai. Yang perempuan pula, kemas bertudung, duduk pun tertib, jalan pun sudah pandai control tahu, pantang nampak cermin kereta cikgu, pasti berhenti untuk betulkan baju dan tudung. Baik yang lelaki mahupun perempuan, keletah mereka semuanya gembira sahaja…

Kalau saya berada di luar kereta, ada sahaja tersenyum-senyum malu melihat saya, ada juga 2-3 orang yang menegur saya, “ Assalamualaikum Makcik” (okey, time tu I dah rasa tua ;p ). Saya pun tersenyum dan menjawab salam mereka.  Nasib baik tak panggil saya ustazah..heh ;p

Ada juga, yang tersenyum bagai kerang busuk, bila lalu di hadapan saya, menegur saya, “ Hai Makcik!”. Saya pasti akan menjawab semula.. At the same time, ada juga yang berani, menggegar kereta saya, semata-mata mahu ‘wave’ tangan pada saya..saya tak marah, budak-budak kan...

Melihat mereka, memberi pengalaman baru pada saya, mungkin orang lain rasanya berbeza, tapi saya rasa sungguh lain. tiap kali melihat mereka, saya pasti rasa terhibur, lupa sebentar masalah kerja dan hidup yang cukup hectic. Berlari-lari melenting-lenting bermain sesama mereka, makan makanan mereka sepenuh hati sampai baju atau tudung kotor dan terkena sambal pun tak mengapa, tergelak ketawa penuh riang.. bagai dunia riang mereka,tiada penghujungnya.

saya berfikir sejenak, yang mereka ini, memang sungguh beruntung sebenarnya. Di usia mereka, mereka kurang mengerti kedewasaan hidup, jadi selain belajar, apa lagi yang boleh mereka fikir, bergembiralah…belum sampai lagi masanya untuk kamu dewasa wahai anak-anak. Tidak perlu fikir masalah mahu bayar kereta setiap bulan, bagaimana mahu pastikan duit gaji  survives untuk ke bulan seterusnya, belum masuk kes ‘putus chenta’ lagi kan. Lol ;p sungguh beruntung kamu wahai anak-anak, kadang-kadang ‘makcik’ pun naik jeles dengan keriangan kamu.

Well, tidak salahkan mereka, sebahagian kesusahan hidup milik sang dewasa, belum layak diletakkan dibahu mereka.  Perlahan-perlahanlah kita salurkan pengalaman hidup kita pada mereka, agar bila sampai tahap pada satu usia bersesuaian, mereka tidak gentar melalui hidup dan tidak hidup dalam kebergantungan pada bahu parent, keluarga dan orang sekeliling selalu.

Thank you anak-anak kerna menceriakan hati ‘makcik’ yang sedang berduka lara sebenarnya..huhu..

Other than that, pada 5 orang kanak-kanak favourite saya, Fatin, Uyul, Ayish, Yiyin dan Nana ( setakat ini, belum ada tanda-tanda kelahiran terbaru dalam keluarga lagi ;p ). I will always loves you my lovely nieces and nephew..kamulah, buah hati pengarang jantung saya dalam apa segala mood saya pun, kamulah yang sebenarnya antara yang ‘termuaccchhh’ di hati..tiap kali jumpa mereka ( walaupun setiap hari ), we will hugs and kisses each other..really melts my heart tatkala mereka membalasnya. Tak tahulah nanti, bila dah ada anak sendiri nanti bagaimana pula saya. Betullah kata emak saya..’Kalau dah jadi emak, baru kamu tahu rasanya nanti’. Yang pasti, feelingnya mesti berbeza.

P/S : To 5 all time-favourite kids saya, jangan marah saya ya, meskipun kamu dah besar panjang dan masuk ke universiti kelak, saya tetap akan hugs and kisses all of you. So bersiap sedialah ya anak-anak saudaraku sayang ;p


Khatam Al-Quran

Sekadar berkongsi...



Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. 


Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Thursday, October 21, 2010

QOTD

QOTD : 
When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.
- Unknown


interpretasi setiap manusia mungkin berbeda apabila menilai quote di atas. di saat kita mungkin terlalu berduka, ingatlah hidup ini harus diteruskan, dan masih ada banyak lagi hal-hal dalam hidup kita ini yang boleh memberi pelbagai jenis dan bentuk kebahagiaan dan kegembiraan...

pada saya, itulah dia, sehabis boleh, saya mahu senyum dan tampak gembira di hadapan mereka yang sayangi dan ambil berat pasal saya. Saya akan buat apa yang termampu untuk kebahagiaan saya dan mereka juga. Tetapi adakalanya, jika saya bersedih, berilah saya sedikit masa dan ruang untuk saya keluarkan segala kesedihan itu..InsyaAllah, selepas itu, I will be more ok….

What ever it is, Persetankan kepada mereka yang sentiasa ‘membuli' mental dan emosi kita ini ok!

Sedar atau tidak, masih ada yang sayang pada kita…gives a ‘SMILE’ to rewards yourself and to your beloved people surrounds u..

so cheer up yeah! Say ‘BOOOOO’.. to ‘pembuli’ yang membuat kamu bersedih….coz in certain circumstances, sadness may only wreck a life…. so 'SMILE'-lah... 

Bersabarlah hati, Bertenanglah jiwa...

Tidak mahu ulas lebih, Moga saja Tuhan makbulkan doaku ini...amin...

Wednesday, October 20, 2010

Nota dari FB : Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Begitu indah susunan katanya...
Ku masih mengharapkan 'seperti ini' di dunia realiti ini...masih adakah?
Hayatilah...

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)
 

Monday, October 18, 2010

Special entry for my BFF, Anyah.

I am so happy for u darling. Moga kamu berbahagia dan kekal hingga akhir nyawa serta hubungan dengan pasangan kamu itu  sentiasa di bawah lindunganNYA. I do always pray for you my lovely BFF.

Nantikan kemunculan ku di hari bahagia itu, dengan sepersalinan kelabu yang sangat ‘gorjes’ lagi malatop  ( I saja kurangkan sikit level gorgeous I dari you on that day ok. Gurau je anyah ;p )

Wah, siapa lagi akan menyusul selepas kau anyah, di kalangan BFF kita ni..hmm, definitely not me lah L ( almaklumlah, I kan dah ‘tersungkur dalam harapan’ kan ). Siapa pun BFF kita for next yang ikut jejak kau, I am so happy for you guys, nothing can compares our BFF relationship yang sudah menjengah usia hampir 10 tahun. Koranglah teman susah senang aku all these while.  Lebiu guys ( Anyah, Bai, Kak Maya, Zue and Mann ).

Nah, pada Anyah and pada sesiapa yang membaca ini, dimana kamu bakal mahu menempuh hari bahagia anda..deep down inside, sincerely, I wish you all the best in your relationship and life ahead..Moga dirahmati Allah Jua.. jangan nakal-nakal ok!



I am officially ‘51’..

Heh, apa kena lah dengan ‘budak putih’ ni kan..happy bebenar. Bukan officially mencapai usia 51 ok..i masih muda lagi ( yang tak berapa muda actually ;p ). Sebenarnya, saya happy sangat berat badan sudah menurun ke 51kg. wah, macam such a big deal eh? Memang lah big deal babe, bila dah dihitung, I managed to reduced till 18kg..wooo…seberat apakah itu? Huhu

Ok mari baca bebelan dan repekan saya lagi, bagaimana saya mampu (eh mampu ke? ;p ) untuk turunkan berat badan. Begini journeynya…

Started from last year, around june kot, setelah mengalami sindrom SPH ( Sindrom Patah Hati. Lol ;p ) berkobar-kobar saya mahu menguruskan badan. Pelbagai cara dan petua saya buat. Yang pasti in very positive way ya. I was so determine that time.

 Memang nekad. Sort of macam tension dengan segala-galanya, plus ‘nature’ kerja saya memang menuntut saya serba serbi almost sempurna. Saya control makan and diet, gantikan makanan berat dengan buah-buahan, elakkan makanan berat and nasi ( Cuma once in a while, kalau dah hadap sangat nak makan kan ), dalam waktu senggang di waktu kerja, saya akan exercise ringan.  Minuman pula, soft drinks is a big NO-NO! Hanya minum air masak sahaja ketika itu. waktu malam pula saya tidak akan makan apa-apa kecuali fruits jika lapar, and malam juga saya exercise, samaada treadmill ( wajib 30 minit ), exercise ringan dan juga saya berbasikal  ( 5-10 minit ). Sampai satu masa, saya jadi kemaruk exercise, satu hari tidak bersenam, saya rasa sungguh tak selesa. At the same time, saya juga bersauna.  pemakaian corset dengan sungguh disiplin dan dedikasi amat membantu untuk tone kan badan saya . Hasilnya pada bulan oktober 2009, saya berjaya reduced sehingga berat mencapai  56kg. wah, bangga gila bila semua orang mula puji dan realize yang badan saya dah banyak reduced, 14kg..banyak tu tau…

Tapi disebabkan selepas itu, sesi bunga-bunga cinta bermula ( dan telah pun berakhir beberapa minggu ini ).  Berat saya sedikit goyah, sekejap menaik dan menurun, tetapi tidaklah sehingga mencapai 59kg. paling tinggi pun, 58kg. mungkin kerna hormon gembira time itu.huhu.

But due to hectic works during bulan puasa, and demam panas melanda pada malam raya sehingga raya kelima, berat mendadak reduced to 56kg. wah, drastic kan..huh, reduced itu saya suka, yang part demam tu saya tak mahu.hehe ;p

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, sesi ‘bunga-bunga cinta pula berakhir’ beberapa minggu lalu, maka bermulalah episod jiwa kacau dan lara merana emosi. Berlakulah sindrom SPC ( Sindrom Putus Cinta. Lol ;p ). dalam seminggu sahaja, berat saya dropped ke 53kg. gila kan?3 kilos in a week. Pathetic, nasib baik, I am a survivor ( always remember my kak long’s said, ‘Be strong + positive. It is his loss, not yours )..

Now, saya dah mula adapt dengan situation, heart and emotion  juga sudah mula recover, sudah mula amalkan kembali cara hidup yang lebih baik, mula exercise dan diet…hasilnya….tadaaaa…51kg  ( tak tahu lah, sampai bila will it last kan). Just hoping for the best and better day by day J walaupun sudah banyak reduced, ada certain part di body saya, yang masih kena banyak di work out kan. Barulah gorgeous ( perasanlah kau ;p )

Setelah anda berpenat lelah membaca repekan saya, conclusion or point is, BE DETERMINE! Determination dan azam anda kena kuat, tumpaskan ‘parasit-parasit’ yang selama ini, melemahkan semangat kita. Cabar diri kita to be better. Tapi jangan sampai stress, takut nanti kita ‘tersungkur dalam harapan’…saya bukan mahu menunjuk bagus, cuma dari entry ini barangkali ada yang dapat manfaatnya..apa salahnya kan..

Itu sahaja yang mahu saya kongsi untuk entry kali ini ( panjang gila entry ni tau! ). Mahu kembali berbasikal.
 
 * bila lah i nak gorgeous, kurus, cantik dan mempunyai rambut kepuk-kepuk macam si manis fazura ini.
 Bubbye !

That Fair Lady

Salam semua.
Mesti ada yang tertanya-tanya, siapalah penulis blog ini kan. Ala, tak mengapalah, let’s keep it as private ok. Saya ini pemalu orangnya. ngeeee ;p

 Jika ada yang pernah membaca entry-entry saya sebelum ini ( ada ke? Perasan je haha. ;p  ). Mesti pening pening lalat, apakah sebenarnya kecenderungan ‘budak putih’ ( saya bukan anak mak saleh, mahupun Javanese ok,mak pak saya orang melayu ) ini menulis, lebih kepada apa? Lebih kepada agama kah? Cinta ( atau patah hati ) kah? Atau main belasah je ikut suka..?

Sebenarnya, saya menulis apa sahaja yang saya mahu, dan apa sahaja tatkala minda dan hati saya perkatakan on that moment. It’s impulsive! tiada yang spesifik, tiada yang istimewa, tidak wajib dibaca..sekadar mahu berkongsi pada yang sudi…Jadi, pelbagai isu or topic yang caught my mind and eyes, itulah yang akan saya kongsikan ya. Jangan keliru pula. Kalau keliru, bertanya lah pada saya, bukan pada orang lain ok..

Pada yang sudi membaca, maaflah setting blog ini agak berserabut..almaklumlah..hampir setahun tidak berblog..saya agak ‘blur-blur’ lagi dengan button-button di blogspot ini…skill berblog pun masih hingusan ( walaupun umur sudah mahu mencecah 3 series ;p ). Nanti saya kasi kemaskan lagi eh..

Oklah, sampai di sini sahaja lah. tunggu saja lah, kemerepekan dan kemengarutan saya ( di tahap siuman lagi )untuk entry-entry selepas ini ya.

 Salam and bubbye!

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG

saya tertarik dengan satu artikel mengenai ini...mudah untuk kita fahami, tetapi sukar pula untuk kita amalkan..bukan untuk bermegah diri, cuma sekadar berkongsi. jika sudi, bacalah....

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."

Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan bercakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, lelaki itu berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.

Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Sunday, October 17, 2010

Nota dari FB : Jangan kecewakan orang yang mencintai kamu.....


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kerna kamu akan menyesal melakukannya

oh lelaki...

hadirnya sukar tuk hinggap hanya di satu hati...
kenapa? adakah kerna natijahnya atau nafsunya yang melebihi sembilan akal yang dimilikinya...?
atau berkemungkinannya..kedua-duanya sekali....?
mungkin...barangkali...
saya tiada jawapannya..dan saya juga mahu tahu kenapa...
*sigh*...

kembali menulis..

kini,saya sudah kembali berblog...
tidak suka,tidak mengapa..
ianya tidak wajib dibaca...cuma,sekadar luahan rasa mahu berblog..